✨ [ Episode 3 ] ✨

114 27 74
                                    

siapa rindu Rose?

here we go~

EPISODE 3 :

"Putri kau kejut adik kau tu! Harini dia exam sejarah! Kejut sampai dia bangun!" Jerit Kak Lola Blonde dari dapur. Dia sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan masak untuk dijual nanti.

"Jap Ibu." Jerit Putri Tihani Roseanna, lalu memasuki bilik adiknya. [Perghh Putri tak bisu genk]

"Astaga cempedak!" Putri hampir mencarut apabila melihat keadaan bilik adiknya seperti kapal Titanic pecah, sungguh berselerak.

Dengan jijik, Putri menendang boxer yang bertaburan diatas lantai.

Dah la bilik bau hapak! Sungguh menjijikan!

'Ini bilik ke? Sarang tikus?' bisik hati Putri.

"Woi Cempedak bangun lah! Ibu dah bising tu!" Putri menggerakan adiknya.

"Ishk." Cempedak menarik selimut dan memusingkan tubuhnya membelakangi Putri.

"Bangun lah Champ, akak dah lambat ni. Nanti bos akak bising." Rayu Putri.

"Ishk senyap lah kau ni. Blah ah! Memyemak lah!" Halau Cempedak atau lebih manja digelar Champ.

"Ibu dah amanahkan aku untuk gerakkan kau. Aku anak solehah, rajin menabung, dan aku takkan ingkar amanah ibu." Balas Putri.

"Pergi mati lah dengan kau punya solehah tu! Aku nak tidur lah! Blah la kau!" Akhirnya Champ bangun dari katil lalu menolak kakaknya keluar dari biliknya.

"Kata kat ibu, aku taknak pergi sekolah!! Aku nak jadi macam PewDiePie, gamer billionaire! Nak jadi macam SOLOZZZ, dah la kaya, femes! Bini lawo!" Jerit Champ sebelum menghempas pintu biliknya.

Putri terkedu. Adik jenis apa ini? Adik setan ke ni? dasar anak pungut ibu.

..

.

"Adik, harini kau exam sejarah!" Jerit Putri lagi.

"Kau tak faham bahasa ke Kak? aku taknak pergi sekolah! Aku nak jadi jutawan macam pewdiepie!" jerit Cempedak dari dalam biliknya.

        Putri masih tak puas hati, dia kembali mengetuk bilik adiknya yang durhaka itu.

Akhirnya, Champ pun membuka pintu biliknya dan memandang Putri dengan pandangan menjengkkelkan.

"Sejarah, oh sejarah. Ingat ye kak Putri yang selalu malang, sejarah takkan berulang! Benda yang lepas jangan dikenang! Jadi buat apa nak belajar benda yang lepas?! Look for the future. Past is past! Hello future! *Nyanyi sikit* Okbye!" Champ menghempas pintu biliknya kembali.

         Putri menepuk dahinya, kesal dengan perangai adiknya yang tak pernah berubah.

Bagi lah dia masuk kem ibadah solat ke, kem kempipinan ke, kem anak soleh ke, kem pengurusan jenazah ke, dan segala jenis kem...

Perangainya tetap sama. Dia tetap takkan berubah! Manusia paling susah nak insaf dan berubah itu adalah adiknya!

             Mungkin perangai adiknya yang degil dan keras kepala itu mengikut perangai Bapa kandung mereka ➖ Kamal.

'Aku doakan kau kena panah petir suatu hari nanti.' doa Putri dalam hati.
.
.
.
.
.
.
.
.

      Setelah dihalau oleh adiknya, Putri pun pergi menemui ibunya, di bawah. buat pengetahuan semua, keluarga Putri tinggal di rumah kedai dua tingkat.

"Putri malang, mana adik kau?" Tanya Kak Lola.

Putri menggeleng. "Ibu, dia kata nak jadi macam apple pie, gamer billionaire. Jadi, Champ taknak pergi sekolah." Jawab Putri dengan kesal.

"Apple pie kepada hangguk kau! PewDiePie lah! Adumak itu pun kau tak tahu, Putri! Patutlah malang. Apalah nasib aku beranakkan dua mahkluk ni. Satu pemalas, satu lagi lembab!" Kak Lola menepuk dahinya berkali-kali. "Ayoyo!"

"Adik kau tu Putri, 'bagai menitik air diatas batu'. Aku buat lah apa pun kat dia, tetap perangai si Kamal jahanam tu jugak dia ikut." Bebel Kak Lola.

Putri blurr, memproses peribahasa ibu di dalam kepalanya.

'ibu bagi peribahasa ke? simpulan bahasa? ke semua ni hanya metafora hiperbola?' soal Putri sendiri.

"Hah?! Kau buat apa tercegat lagi tu? Kau pergi lah kerja. Nak aku bukak pintu halau kau pergi kerja ke?" Perli Kak Lola.

Putri mengangguk. "Ye ye ibu, Putri pergi kerja dulu tau." Dengan cepat-cepat Putri bersalaman dengan ibunya.

"Doakan Putri agar kerja Putri dipermudahkan." Kata Putri sebelum keluar dari rumah mereka.

"Hah yelah, aku doakan kau tak kena langgar je ni." Jawab Kak Lola, yang sedang melipat lengan bajunya-

Dia mahu mengejutkan anak jantannya yang keras kepala itu.

"Kau siap lah cempedak! Aku gorengkan kau nanti!'

"Kau siap lah cempedak! Aku gorengkan kau nanti!'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bersambung—skskksksksksks pendekkan chapter kali ini?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bersambung—
skskksksksksks pendekkan chapter kali ini?

tag kasih sayang :

cherryjoongs raikurush jaynuckle masyiksejat brathaechan JAYWHYPIXS Hyuksflower hyucksflower azeleatakami httpseo bbyllamahynjin- eeknow LemonsTae- ne0tiny NCTZEN1995 -markme misskasa ten-minutes

apa yang akan jadi pada cempedak? adakah dia bakal digoreng oleh ibu? sksskkskksks nantikan chapter 4 ~

『𝐎𝐆』Sweet Nightmare • yuta nct • rosé blackpink •Where stories live. Discover now