"Siapa?" soalnya sepatah. Dengan penuh teragak-agak, Rihanna beralih memandang ke belakang apabila lehernya tidak lagi dijerat

Buk!

  Satu tumbukan mengena tepat di muka Rihanna, kemudian leher Rihanna dijerat kembali cuma bezanya jeratan kali ini lebih kuat sehingga menyukarkan Rihanna untuk bernafas. Seat kereta dibawa turun, jeratan di leher Rihanna serta merta longgar. Rihanna cepat-cepat keluar daripada kereta, begitu juga dengan figura tersebut.

  Pintu rumah dituju, beberapa batu bata diambil dan dibaling ke arah figura tersebut. Rihanna menunduk mencari barang yang boleh dia gunakan sebagai senjata.

"Ark!" Leher Rihanna dijerat dan ditarik, kedua-dua tangan Rihanna naik memegang tali yang digunakan untuk menjeratnya.

Buk!

Buk!

  Tumbukan dan juga tendangan mengena tepat di muka Rihanna. Rihanna jatuh di atas lantai rumah. Matanya cuba untuk memproses siapa figura yang berada di hadapannya, sebelum matanya jatuh memandang kayu yang dipegang oleh figura tersebut.

  Tanpa berfikir panjang, kaki Rihanna naik menendang kuat perut figura tersebut membuatkan fugura tersebut berundur beberapa langkah ke belakang. Rihanna bangun, baru sahaja mahu mengambil kasut langkah Rihanna terhenti apabila tubuhnya ditarik daripada belakang. Kepalanya dicengkam dan dihentak ke tiang rumah dengam begitu kuat. Sekali lagi, kepala Rihanna dihentak ke cermin kereta pula.

  Tubuh Rihanna yang mulai lemah dilemparkan secara kasar. Rihanna mulai rebah, kepalanya mulai sakit. Tanpa teragak-agak, figura tersebut memijak perut Rihanna.

"Siapa kau?" soal Rihanna perlahan  tambahan pula dengan rasa sakit di bahagian bibir dan juga pipi menyukarkan dia untuk bercakap.

"Kau kenal aku." balas figura itu sebelum memijak perut Rihanna dengan lebih kuat. Kayu yang diletakkan di atas lantai diambil, di sebalik mask yang dipakai, dia mual tersenyum sinis.

Pak!

  Kayu tersebut dihayun tepat mengena kepala Rihanna. Rihanna pengsan. Pintu kereta dibuka, beg tangan dan juga telefon diambil sebelum dia mengangkat tangan sebagai isyarat. Tidak sampai beberapa minit, kereta yang sama berada di luar rumah Rihanna. Tubuh Rihanna diheret dan diletakkan di tempat duduk belakang bersebelahan dengan Rania. Figura tersebut mengambil tempat di sebelah pemandu.

  Masing masing membuka mask, topi dan spek mata hitam. Sara Jane dan Puan Aisha beralih memandang Rania dan juga Rihanna yang sudahpun rebah.

Sara Jane uruskan Rania.

Puan Aisha pula uruskan Rihanna.

.

.

QAYDEN melangkah masuk ke dalam pejabat Faliq, lagipun kerja semua sudah siap. Bolehlah dia kacau Faliq sekejap. Pintu pejabat Faliq dibuka, Qayden mengambil tempat di atas sofa. Telefonnya dibawa keluar.

"Bukan ke kau cakap kau nak jumpa dengan Rihanna. Kenapa tak pergi lagi?" soal Faliq. Qayden beralih memandang Faliq yang turut memandangnya. Kedua-dua bahunya diangkat tanda tidak tahu.

"Entah. Daripada pagi aku call, mesek dia tapi tak balas pun. Sibuk dengan kerja kot, aku malaslah nak desak dia sangat. Cinta ni mana boleh dipaksa, kalau dia dah taknak dekat aku. Aku terima saja. " balas Qayden. Pen yang berada di hadapannya diambil dan dicampak ke arah Qayden.

"Apa lagi kau ni?" soal Qayden tidak pias hati. Suka-suka saja nak baling pen dekat dia. Ingat dia ni apa? Kuli? Hamha abdi? Suka hati Faliq saja nak layan dia macam tu.

"Aku tanya kau, kau tak jumpa dengan Rihanna ke? Tapi yang kau melalut tu dah kenapa?" Faliq menyambung kembali kerjanya yang tergendala.

"Weh, bukan ke kau cakap yang kau pun nak jumpa dengan Rania. Kau nak jumpa bila?" soal Qayden ingin tahu.

"Lunch. Tapi itulah, Rania tak mesej aku  pun lagi. " ujar Faliq. Qayden cuma mengangguk dan bangun dari duduknya. Baru sahaja mahu keluar daripada pejabat Faliq, langkah Qayden serta merta mati. Qayden beralih memandang Faliq.

"Weh, aku rasa tak sedap hatilah."

"Tak sedap hati? Kau kenapa? Okay ke tidak ni?" soal Faliq pelik. Qayden maju beberapa langkah mendekati Faliq. Kedua-dua tangannya diletakkan di dalam poket seluar.

"Aku rasa macam ada something wrong dekat Rania dengan Rihanna. Kau bayangkan, Rania dengan Rihanna daripada tadi call tak berbalas. Tak pelik ke?"

"Lagi satu. Yang ak..." kata kata Qayden terhenti apabila seseorang mengetuk pintu pejabat Faliq. Mungkin pembantu Faliq?

"Masuk." arah Faliq dari dalam. Rizal yang merupakan pembantu baharu Faliq masuk ke dalam pejabat. Di tangannya terdapat dia foolscap envelope. Qayden beriak biasa sahaja.

"Tuan, tadi ada orang minta saya kirimkan barang ni dekat Tuan Faliq dan juga Tuan Qayden." Foolscap Envelope diberikan kepada Qayden dan juga.

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu." Rizal keluar daripada pejabat Faliq. Tanpa melengahkan masa, Faliq dan Qayden mula membuka foolscap envelope.

"Qayden." panggil Faliq. Qayden beralih memandang Faliq, begifu juga dengan Faliq yang turut memandang Qayden.

"The war."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now