"Tak payah nak mengadalah kau."

.

.

MANGKUK yang berisikan maggi diletak di atas meja. Sudu dan garfu diambil, dengan bacaan bismillah Qayden menjamah maggi yang dimasak olehnya.

"Kau ni memang tak ada rumah eh? Asyik-asyik datang rumah aku, lepas tu habiskan stok makanan aku. Kau ingat aku beli makanan semua ni untuk kau ke?" tutur Faliq. Air masak diambil dan diteguk.

"Diamlah kau. Aku bukannya apa, bosan duduk rumah sengsorang. Kau ni, takkan tak bosan kot?" soal Qayden. Faliq mengangguk. Takkanla tak bosan, bosan kot. Bayangkan dulu balik rumah isteri sambut sekarang ni balik rumah tak ada siapa pun yang sambut. Ada rezeki hantu yang sambut.

"Bosanlah. Takkan tak bosan, tapi sekurang-kurangnya aku ni takdalah nak menempel dekat rumah orang macam aku ni takda rumah."

"Kau kalau sehari mulut tu tak memuaka memang kau mati eh? Tak boleh nak hidup? Dahlah muka kau tu macam biawak. "  balas Qayden. Sakit hati juga dia dengan mulut Faliq.

"Ni, kau dengan Rihanna macam mana?" soal Faliq ingin tahu.  Dia ada perasan juga lepas Qayden balik dari jumpa dengan Rihanna muka dia muram saja. Tak lain dan tak bukan mesti gaduh. Biasalah budak bawahan baru nak bercinta.

"Aku pun tak tahulah. Kadang-kadang aku rasa macam aku yang terlalu berharap dekat Rihanna. Tambahan pula lepas apa yang terjadi dekat kau dengan Rania, Rihanna macam nak tak nak saja dengan aku."

Faliq mengangguk. Tangan kanannya naik menepuk perlahan bahu Qayden.

"Kalau aku jadi Rihanna pun akan buat benda yang sama. Kau bayangkan, dahlah boyfriend muka macam biawak lepas tu berahsia dengan dia pula. Siapa saja yang tak marah."

  Garfu dilepaskan secara kasar di dalam mangkuk. Qayden beralih memandang Faliq, dalam hatinya sudah menyumpah seranah Faliq. Faliq cuma tersenyum sambil membuat 'peace'.

"Kau ingat kau buat macam tu elok ke? Aku rasa macam nak termuntah tahu tak. Lagi satu, aku kesian dekat Rania. Dahlah dapat suami tapi perangai mengalahkan binatang, lepas tu tak hensem. Dahlah tak hensem, suka perasan macam dia yang paling segak dalam dunia ni. Kesian Rania, apalah malang sangat nasib dia."

  Kali ini, giliran Qayden pula membalas dengan kata-kata pedas. Tak apa, dah biasa dah lawan menganjing. Faliq cuma diam tidak mengangguk mahupun menggeleng. Cawan yang berisi air masak diteguk.

"Tapikan, cakap fasal Rania. Aku rindulah dekat dia."

"Itulah, bila kau buka cerita tanya fasal Rihanna aku pun rindu dekat dia." Faliq beralih memandang Qayden, begitu juga dengan Qayden. Perasan yang Faliq memandangnya lama, Qayden membuat muka comel dan mengelipkan matanya berkali-kali.

Pfft!

"Kurang ajar punya kawan." Tangan Qayden naik mengelap air yang disembur oleh Faliq sebentar tadi.

"Kau ingat kau comel ke nak buat muka macam tu?"

"Haah, aku memang comel pun."

The confident, mengalahkan Oli London.


.

.

PUAN Aisha mengangkat mukanya memandang Sara Jane yang sedang menulis sesuatu di dalam buku notanya, niat di hati mahu menyoal apa yang ditulis, tapi bila mengenangkan yang Sara Jane terlalu fokus. Malaslah nak tegur.

"Aisha." panggil Sara Jane dan memandang Puan Aisha yang sedang duduk dihadapannya.

"Apa?"

"Haritu kau cakap dekat aku yang kau berjumpa dengan Rania. Betul tak?" soal Sara Jane. Puan Aisha mengangguk.

"Haah, hari tu aku ada berjumpa dengan dia. Tapi dia cakap dia nak datang melawat kau, tapi aku tak bagi. Aku bagi amaran dekat dia. Dan dia pun ada bagi amaran kat kita."

"Amaran apa?"

"Cepat atau lambat, dia dengan Faliq akan balas juga dendam. " Puan Aisha memandang Sara Jane dihadapannya.

"Faliq nak balas dendam? Wah, dia memang tak sedar diri betul."

"Maksud kau? Kenapa kau cakap macam tu?" soal Puan Aisha tidak faham. Sara Jane cuma tersenyuk tipis, riak wajahnya cuba dikawal supaya tidak nampak sedih.

"Untuk  pengetahuan kau, semua benda ni terjadi sebab Faliq. Faliq yang mulakan dulu benda ni, dialah punca kenapa aku berdendam. Tapi tak sangkalah pula yang Faliq pun ada berdendam juga dengan aku..."

"... Tapi okay apa? Dendam aku akhirnya terbalas juga."

"Dendam kau dah terbalas? Maksud kau? Apa yang kau cakap ni, Sara?" soal Puan Aisha tidak faham. Ada apa-apa lagi kah yang dia tak tahu lagi fasal Sara?

"Kau kenalkan Rayyan? Ayah dan juga mak Rayyan yang kononnya Faliq cakap meninggal sebab kemalangan. Tapi bukanya sebab kemalangan, tapi mati kena bunuh. Dan itu juga ada dalam rancangan balas dendam aku untuk Faliq. Dan sekarang ni, Rayyan dah mati. Giliran Rania dengan Faliq pula untuk mati."

  Kata-kata yang dilontarkan oleh Sara Jane membuatkan Puan Aisha terdiam buat seketika waktu. Jadi selama ini kematian abang dan kakak ipar Rania rupa-rupanya dirancang? Wah, betul-betul diluar jangkaan.

"Fasal benda yang kau rancang tu, kau nak mulakan bila?" soal Puan Aisha, air kosong diambil dan diteguk perlahan.

"Memandangkan Rania dengan Faliq pun macan dah tak sabar, siap bagi amaran lagi dekat kita berdua. Aku nak mulakan esok."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat