"Assalamualaikum, Tengku Adam Iskandar. Sihat?" soal Aiman, sengaja tidak menghiraukan gadis yang merangkul kemas tangan Adam.

"Yelah,yelah. Waalaikummussalam. Aku sihat. Kau?" Adam melabuhkan punggung di sebelah Aiman di bangku tersebut., diikuti gadis tersebut.

"Alhamdulillah. Kau buat apa sekarang?" soal Aiman, sekadar beramah mesra. Tak naklah dianggap sombong pulak.

"Eh, lupa nak kenalkan ini gf aku, Fasha. Fasha, Aiman." Fasha menghulurkan tangan, namun ditolak lembut oleh Aiman. Muka gadis itu mencuka. Beberapa saat kemudian, telefonnya bordering minta diangkat.

"Wait ea darling." Fasha mengangkat punggung. Aiman tidak mempedulikan. Adam turut fokus kepada sahabat sekolah menengahnya itu.

"Aku kan baru balik dari UK bulan lepas. So, sekarang ni aku enjoy-enjoy dulu. Release tension lepas study for master. Mungkin bulan depan papa dah absorb aku masuk company," ujar Adam. Aiman sekadar mengangguk kepala. Yelah anak Tengku lah katakan.

"Kau pulak buat apa sekarang?" soal Adam pula.

"Oh, rezeki aku tak kemana pun Adam. Lepas degree kat UPM, aku terus apply kerja. Mula-mula tu tak dapat, tapi Alhamdulillah dapat juga dekat biotech." Aiman sekadar tersenyum. Adam mengangguk perlahan. Gadis yang bernama Fasha tadi kembali dengan wajah mencuka. Aiman sekadar menjeling, entah betul entah berlakon.

"Is, I got to go now. Papa kata ada hal family, sekarang papa dah tunggu I dekat bawah. I pergi dulu eh, darling," ujar Fasha.

"Oh, its okay. Send my regards to him okay, baby." Mereka berbalas senyuman kemudian Adam menghantar langkah Fasha dengan pandangan.

"So hari ni kau cuti lah ya?" soal Adam. Aiman mengangguk.

"Ha ah. Saja habiskan masa jalan kat Aeon ni. Sebenarnya aku bawak mak dengan adik aku, but you know ladies right?". Adam ketawa perlahan sambil mengangguk. Mereka berjalan sambil berbual-bual. Langkah masing-masing terhenti di hadapan Secret Recipe.

"Makan? I'll treat you," ujar Adam. Aiman sekadar mengiakan. Rezeki jangan ditolak. Setelah memesan makanan, Adam meneliti suasana restoran yang terkenal dengan kek itu. Matanya terhenti pada tiga orang gadis yang berpurdah. Dia ralit memerhatikan cara mereka makan. Tak susah ke? Aiman perasan akan hal tersebut.

"Kenapa Adam? Pelik dengan cara diorang makan?" soal Aiman. Adam mengangguk.

"Tak susah ke? Kena seluk dalam kain tu lagi. Kunyah kena hati-hati takut terselak. Nak minum air pun kena seluk straw masuk mulut. Makan pun macam tak kenyang. Haish, janganlah bini aku nanti pakai purdah. Rimas aku dibuatnya berselubung macam tu." Aiman tergelak kecil mendengar kata-kata sahabatnya itu.

"Diorang nak jaga muka daripada ditatap oleh yang tak halal. Kalau ikut mazhab, sebenarnya tak wajib tetapi dituntut untuk mengelakkan fitnah. Tentang makan, sebenarnya tak susah kalau dah terbiasa. Aku pun tahu sebab adik aku cerita pasal kawan-kawan dia yang pakai purdah." Adam mengangguk.

"Yang penting, ada dua sebab je kenapa diorang pakai purdah kalau ikut teori aku." Bicara Aiman kali ini menarik perhatian Adam. Dahinya berkerut.

"Apa dia?" Aiman tersenyum. Matanya masih tidak dialihkan dari memandang wanita berpurdah dalam baju kurung biru.

"Terlalu cantik, atau terlalu tidak cantik." Ketawa Adam meledak, menarik peratian pelanggan-pelanggan yang hampir dengannya.

*******************

"Aisyah, *enti perasan tak?" soal si gadis berjubah ungu.

"Perasan apa, Syakirah?" soal Aisyah. Kelihatan dahinya berkerut. Gadis berabaya hitam pula menyampuk.

"Dua orang *rijal kat hujung sana tu asyik pandang-pandang kita je. Lagi-lagi yang baju kotak-kotak merah tu." Aisyah sekadar menggeleng. Tidak pula ingin memandang.

"*Antuma ni, jangan pula balas pandang dengan *huma. Biarkan je, mungkin pelik dengan pemakaian dan cara kita makan. Ana dah biasa dah, lagi-lagi bila keluar dengan akhi Usman." Bicara Aisyah membuatkan mereka mengangguk faham. Syakirah tersenyum di dalam purdahnya apabila mendengar nama itu.

"Tapi, ana tak sukalah. Kalau pelik sekalipun, janganlah pandang macam nak tembus purdah kita ni," ujar Suamayyah.

"Itulah manusia, Maya. Hah, antuma dah siap makan? Ana nak ke tandas sekejap," ujar Aisyah, lantas mengangkat punggung. Mereka berdua mengangguk, dan turut mengangkat punggung. Langkah diatur keluar dari restoran itu.

Aisyah keluar dari tandas dengan tergesa-gesa. Langkahnya yang terlalu laju membuatkan dia tidak perasan dengan keramaian orang di situ. Dia melilau-lilau sekeliling mencari dua sahabatnya itu. Namun, dia juga tersilap langkah membuatkan dirinya hampir terjatuh, namun disambut pantas oleh pemuda berbaju kotak-kotak merah. Mata yang tertutup dibuka, dan apabila menyedari wajah yang terlalu dekat itu, dia beristighfar perlahan. Dia bangun perlahan, cuba merungkai pegangan *ajnabi itu.

"Are you okay, miss? You better be careful next time," suara ajnabi itu menyentakkannya. Dia sekadar mengangguk lantas kakinya dihala laju kea rah dua gadis yang berada di tepi koridor itu. Hal tadi dia tidak pedulikan, yang penting dompetnya yang barangkali tertinggal di secret recipe tadi, akan didapatkan semula.

Adam sekadar menggeleng. Mata gadis tadi terlalu cantik untuknya. Namun, untuk jatuh hati pada gadis berpurdah? Mungkin sesuatu yang mustahil baginya.

"Ish, Aiman dah balik pulak. Aku pun nak buat apa ek kat sini? Balik jelah." Dia meraba gugusan kunci dalam poketnya lantas langkah diatur rapi ke arah lif di bahagian hujung tingkat itu.

******************

"Ada tak, Aisyah?" soal Syakirah sebalik sahaja tubuh itu berada di hadapannya.

"Ada, fuh nasib baik pekerja SR tu simpankan. Kalau tak? Ana pun tak pasti nak cari kat mana." Aisyah menghela nafas lega.

"Dah, jom jalan-jalan lagi. Lepas ni, entah bila lagilah kita nak hangout sama-sama.macam ni. Aisyah nil ah, asyik busy je," ujar Sumayyah sambil langkah mereka atur bersama.

"Ish, Maya ni. Enti tu yang sibuk dengan *zauj. Eh, bila kita nak dapat anak saudara ni, kan Syakirah?" soal Aisyah, menyakat sahabatnya.

"Ha ahlah, dah lama dah kami tunggu tau." Mereka tergelak perlahan, namun suara masih dijaga di sebalik purdah masing-masing.

"Ana tunggu enti berdua kahwin dulu. Lagi-lagi Syakirah. Eh, kena risik Aisyah ni. Aisyah, Usman dah ada yang punya tak?" soal Sumayyah. Tangan Syakirah sudah laju mencubit lengan Sumayyah. Aduh, kantoilah. Aisyah tersenyum lebar.

"Oh, dia ada hati dengan akhi kita ya? Hihi. Alhamdulillah rasanya dia pun tunggu Syakirah masuk minang dia dulu kot," balas Aisyah menyakat. Balik ni, kena bagitahu akhi, hihihi.

********************

WORD REFERENCE

*akhi-abangku/adik lelakiku/saudara lelakiku

*ummi- ibuku

*walid- ayah

*enti - kamu(perempuan)

*ana- saya

*rijal- lelaki

*antuma- kamu berdua

*huma-mereka berdua

*ajnabi - bukan mahram

*zauj- suami

P/s : Any comment for my first novel, for this first chappie? Masih merangkak, masih belajar, banyak typo, banyak khilaf, sekadar tulis suka-suka, sedang cuba membuang lagha. Kalau sudi baca, kalau sudi vote, kalau sudi comment. Every single word from you is an inspiration for me. May Allah ease me myself to finish this novel. And may Allah redha for everyone who read this childish novel.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now