"Tapi sekarang rasanya dah tutup.." Safa pandang jam di telefon bimbit. Dah 12.30 malam, sah-sah cafe dah tutup.

"Aku tahu."

"Habistu?"

Thaqif diam, tidak mahu menjawab soalan itu. Akhirnya Safa yang akur merengus di tempat duduknya. Ikut je lah Safa, asalkan dia tak bawa ke tempat bukan-bukan.

"Kenapa kau ikut jalan belakang? Ini ke pintu belakang. Pergi jelah ikut depan. Rasanya Family Mart tepi Cafe ada buka lagi.." Tak lama berdiam diri Safa kembali menyoal.

Thaqif tidak membalas selain memberhentikan kereta seraya menaikkan handbreak. Berlapis-lapis kerutan di dahi Safa melihat raut wajah lelaki itu.

"Kenapa?"

"Pergilah." Balas Thaqif tenang.

"Apaa? Aku tak faham? Kau bawa aku jumpa Adri?"  Dan sekali lagi persoalan Safa tidak dibalas Thaqif.

"Ah apa-apa je lah." Safa lepas keluhan berat seraya menolak daun pintu meninggalkan Thaqif di dalam perut kereta. Mungkin lelaki itu kena rasuk mana-mana jembalang malam-malam ni. Pelik betul perangainya. Baik dia beredar cepat-cepat cari Adri ke apa.

Lihat lampu bilik belakang masih terbuka Safa tarik nafas lega. Langkah diatur laju menuju ke arah pintu. Tapi belum sempat tangannya meraih tombol dia kaku didepan pintu.

"Adri stop hahahaha!!"

"I can't stop Dila, kau betul-betul buat aku hilang waras.." Safa teguk air liur. Dia kenal suara kedua-duanya. Itu suara manusia yang paling rapat dengannya. Mustahil dia tidak kenal suara itu.

"Hahaha Adri geli!"

"Cantiknya.."

"Kau cantik Dila. I can't get enough of your body." Mata Safa membesar, turun naik nafasnya mendengar bunyi-bunyi desahan yang tidak sepatutnya.

Tak mungkin.. Terketar-ketar tangan naik menekup mulut. Mata Safa kaku memandang daun pintu. Dunia seakan terhenti. Apa yang dia dengar sekarang ini? Tak mungkin! Dila dan Adri lakukan perkara terkutuk itu dibelakangnya.

Sakitnya...

Safa ketap gigi. Menitis juga air matanya mendengar desahan dua manusia itu begitu jelas kedengaran. Kepala digeleng beberapa kali cuba berfikir baik tapi..

"Adri.."

"Adrii.."

Suara Dila yang begitu menggoda menyeru nama itu. Safa kemam bibir, dia sudah tidak tahan lagi! Pintu itu harus dibuka dan dia perlu lihat semua itu dengan mata sendiri!

Hampir tangannya memulas tombol pintu, ada satu tangan menghalang. Safa sedikit tersentak ada tubuh tegap berdiri dibelakang. Perlahan-lahan dia menoleh mendatar raut wajah mendatar Thaqif memandang ke pintu.

"Bagi aku.." Safa membisik dengan getaran.

Thaqif geleng kepala lantas mengheret Safa menjauhi pintu itu. Tubuh Safa dibawa masuk ke dalam perut kereta kembali.

Safa kaku di tempat duduk, mata masih tak berkelip. Terngiang-ngiang suara itu dalam memorinya.

"Like I said, he's not a decent man..."

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now