🌹 BAB 1

719 62 43
                                    


Pandangan membunuh Ryan Nathaniel menghala ke arah Zen, bodyguard peribadinya.

" I don't want to hear any excuses, Zen! You know me well. Aku nak kau cari 'dia' sampai dapat! " Bentak Ryan kuat. Meja kaca di depannya sempat di hentak kuat.

" Sorry, Tuan. Saya akan cari pembelot tu sampai jumpa. Saya minta diri dulu."

Hampir terketar lutut Zen dibuatnya bila panahan mata hazel milik tuannya berkilau menahan amarah.

He is Ryan Nathaniel. Really dangerous to mess up with.

Seketika, Zen mengetuk perlahan kepalanya bila terlupa hendak memberitahu perkara yang penting kepada tuannya.

Pintu itu diketuk sekali lagi sebelum di kuak. Sempat dia menunduk hormat kepada Ryan.

" What?" Tanya Ryan tidak bernada.

" Malam ni client tuan ada buat majlis sikit. Dia jemput tuan untuk datang sebab dia ada benda nak discuss dengan tuan katanya."

Zen menarik nafas lega bila melihat wajah normal Ryan. Tiada lagi wajah keruh.

" Temankan aku pergi malam ni. Pick me up at 8 o'clock."  Arah Ryan bernada biasa. Namun ketegasan masih ada.

" Baik tuan."

                           🌹🌹🌹

"Dato nak pinjam Kyra lagi untuk malam ni? Boleh, Dato. Saya takde masalah. Tapi Dato kena fahamlah kalau pinjam buat teman ke majlis, bayarannya mahal sikit. Lebih kurang RM 500, Dato."

" Saya tau Dato sanggup. Apalah setakat RM 500 tu, celah gigi kan? Baiklah, Dato jangan risau. Malam ni saya akan siapkan Kyra cantik-cantik dan seksi-seksi untuk teman Dato. Terima kasih Dato." Tersenyum lebar Encik Samad bila duit masuk harini. Bukan lagi RM 150 seperti dulu, tapi dah upgrade sikit pergi RM 500.

Telefon bimbitnya terus berlampu bila ada notification masuk menandakan bahawa Dato Abas telah selesai membuat pembayaran secara online.

" RM 1000? Wow, harini memang rezeki aku." Makin tersenyum lebar Encik Samad dibuatnya.

Langkah di buka dengan besar menuju ke bilik Kyra. Dia perlu menyediakan baju yang 'istimewa' untuk Kyra malam ini.

Tanpa ketukan ataupun salam, pintu bilik Kyra terus di terjahnya.

Terkejut Kyra bila melihat ayahnya sedang menatapnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Terus saja bantal yang berada di katil diambil untuk menutup badannya yang hanya memakai towel.

" Ayah keluar dulu kejap. Kyra baru siap mandi. Kyra nak pakai baju dulu"
" Ahhh! Aku tak kesah. Kau ingat aku nak sangat tengok badan kau? Aku tak hingin Kyra! Malam ni kau pakai dress hitam tu." Ditunding ke arah gaun yang tergantung di tepi almari Kyra.

"Jangan pandai-pandai kau pakai seluar panjang. Aku terajang kau nanti!" Tambah Encik Samad lagi sebelum keluar dari bilik Kyra.

Kyra terkebil-kebil.

" Malam ni? Siapa tempah aku lagi? Jangankan si botak sundal tu, dahlah kena pakai dress pendek lagi. Memang mengancam."

Selepas siap menyarungkan pakaian ke tubuh, Kyra keluar dari biliknya untuk membantu ibu di dapur.

" Ibu,meh sini Kyra tolong." Terus diambil lesung batu dari tangan Puan Salimah dan di tumbuk dengan berhati-hati.

" Kyra 'kerja' ke malam ni?" Soal Puan Salimah memandang tepat ke mata anaknya.

 ARABELLE ROSE (OG)Where stories live. Discover now