"Kau jangan risau. Aku tahu nak buat apa."

    "Pastikan, dia terseksa dulu lepastu kalau kau nak bunuh. Bunuh la." Leona tersenyum sinis. Setakat puteri state, Diana puteri kingdom. 

    "Psycho jugak kau ni." Ujar Diana. Diana tidak menoleh langsung memandang Leona. Tetap berjalan menuju ke bilik disiplin. Kenapa la sekolah ni besar sangat? Kan bagus kalau kecik, tak perlu jalan jauh-jauh. 

    "Aku belajar dari siapa? Dari kau la."

    "Bagus jugak aku ni. Bagi didikkan yang terbaik untuk kau." Leona hanya tersenyum, malas nak sambung topic itu sebab mereka pun sudah berada di hadapan bilik disiplin.

    Diana membuka pintu bilik itu dan masuk dituruti pula dengan semua yang terlibat. Nampaknya, cikgu Marcus uruskan Shakira dengan cikgu Natalie. Jadi, mereka kena hadap seseorang manusia yang dibenci kerana akhlak yang dijamin neraka.

   "Kamu semua ke sini!" Jerit cikgu Tom. Semua cakap cikgu ni suka raba-raba pelajar perempuan. Kalau murid perempuan tu buat salah mesti dia akan offer dengan menggunakan perkataan bergini 'Kamu ada dua pilihan. Satu, digantung sekolah dan saya akan bagitau parent kamu. Yang kedua, kamu datang ke bilik saya malam esok.' Dan mesti ramai akan dapat meneka pelajar perempuan tu akan pilih apa. Tak lain dan tak bukan, pergi bilik. 

    Mereka sebenarnya tiada pilihan. Bukan senang nak masuk Asrama Royal of Alfa Kingdom, sangat susah. Mereka mestilah lulus peperiksaan kemudian mestilah putera, puteri atau noble yang berpontensi. Kalau tidak, anda akan dibuang bergitu sahaja. Jadi, mereka terpaksa. Kalau mereka digantung sekolah, kemungkinan besar mungkin juga mereka akan perlu ambil peperiksaan itu lagi sekali. Tak boleh nak tipu soalan dia agak susah. Diana jawab hari tu pun sampaikan kena urut kepala. Jangan tanya Leona.

    Apa boleh buat, cikgu Tom gunakan kuasanya sebagai cikgu disiplin untuk memuaskan nafsunya. People said, not all men same but we don't know which one. Ada juga budak yang mengandung anak dia tapi dia tak nak bertanggungjawab. Kesian budak tu tak silap umur dia baru 15 tahun. Budak tu dibuli, kemudian pembuli tu berpura-pura dibuli. Jadi budak tu jadi mangsa keadaan la. Kesian, kesian. 

    "Jadi kamu semua la yang cetuskan huru-hara kat canteen tadi." Ujar cikgu Tom. Cikgu Tom memandang Diana atas bawah dengan pandangan yang menyeramkan. Sempat pulak tu, dia menelan air liur. Geli bulu kening Diana dibuatnya. 

    "Kamu bersembilan. Sebut nama. Kuat-kuat!" 

    "Sarah Tomaz."

    "Mimi Green."

    "Zara Lau."

    "Aisya Suraya."

    "Merisa Fendi."

    "Tina Adam."

    "Riena Az."

    "Sophea Zour."

    "Yana Mcwilson."

    Total semua yang terlibat dalam hal ialah 13 orang termasuklah Diana, Leona dan Aaron. Jangan lupa jugak minah sewel tu, Shakira Atalia. Malas la nak cakap pasal budak tu. Mati lagi bagus.

    "Aaron Smith?" Soal cikgu Tom.

    "Ye, saya." Jawab Aaron. Aaron kelihatan sangat tenang mungkin sebab dia tahu dia tidak akan dibuang sekolah.

    "Kamu tidak dikenakan sebarang hukuman." Aaron mengerut kening. Tidak dikenakan sebarang hukuman? Tapi dia terlibat sekali dalam pergaduhan tadi.

    "Tapi cikgu.."

    "Kamu bersembilan?" Cikgu Tom memotong apa yang Aaron ingin sampaikan.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now