"Sampai bila nak berasmara dana dalam tu. Aku nak kunci cafe ni?" Entah datang dari mana Dila menegur mematikan mood romantik pasangan itu.

"Ee Dila ni kacau daun lah." Safa muncung mulut buat Adri dan Dila sama-sama menghambur tawa.

"Nak bermesra tanpa gangguan cari tempat strategik sikit. Ini aku nak kunci cafe, nak balik nak rehat." Dila membalas.

"Iyalah iyalah!" Safa senyum sambil dia merangkul lengan Adri keluar dari cafe.

"Jumpa esok." Adri menghantar Safa sampai ke muka pintu kereta.

"Jumpa esok." Safa melambai dari dalam kereta dengan senyuman kelegaan. Bahagianya hanya tuhan sahaja yang tahu.

Dapat memujuk Adri dan dapat melihat sisi cemburu kekasihnya. Adri sangat comel!!

"Nak tidur rumah aku malam ni?" Dila menyapa Adri sambil memeluk tubuh memandang kereta Safa yang menjauh.  Senyuman tipis terukir dibibir.

Adri diam sejenak. Mahu bagaimana lagi, dia sudah ketagih..

"Rumah kau jauh,, aku dah hilang sabar nak sambung apa yang kita buat tadi.." Dia berpaling memaut pinggang Dila dalam kepekatan malam.

"Jadi rumah kau?"

"Cafe je.."

Kelihatan tubuh si anak gadis elegan dengan kemeja kerja bersama beg tangan mewah dijinjit di tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelihatan tubuh si anak gadis elegan dengan kemeja kerja bersama beg tangan mewah dijinjit di tangan.

"Amboi, berseri-seri anak dara mama sorang ni hari ni." Sapaan Datin Khadija cukup memberi senyuman pada Safa.

"Morning mama." Safa melabuhkan kucupan mesra di pipi mamanya.

"Morning."

"Papa dengan Safiya dah pergi?" Safa ambil tempat di meja makan.

"Papa kamu awal-awal dah pergi. Adik kamu pun sama." Datin Khadija cedok mee goreng basah ke dalam pinggan lalu diletak dihadapan anaknya.

"Oh, thanks mama."

"Hari ni kamu balik lewat ke?" Soal Datin Khadija.

"Ermm.. Tak pasti. Ada apa-apa ke ma?" Soal Safa kembali.

"Mama ingat nak kamu balik awal. Kita ada tetamu makan malam nanti."

"Tetamu?" Dahi Safa sudah berkerut, hati pula sudah tidak senang.

"Keluarga Thaqif." Seperti yang diagak.

Safa diam sejenak. Mahu membantah, dia bukan sejenis anak yang suka melawan kata ibu ayahnya.

"Okay, Safa cuba balik awal." Safa hulur senyum akhirnya, walau di hati hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Okay.." Datin Khadija turut tersenyum lega.

"APA SEMUA NI? DINNER? AKU FIKIR KAU DAH LAKUKAN SESUATU DAN AKU INGAT PLAN NAK JODOH-JODOHKAN DAH TAMAT!" Turun naik nafas Safa melepas amarah di telefon.

Thaqif jauhkan sedikit telefon beberapa saat   sebelum dia kembali melekap telefon bimbitnya ke telinga. Pagi-pagi dah kena marah, spoilkan mood betul lah perempuan ni.

"Aku sibuk."

"Sibuk kau bukan alasan Thaqif! Kau tahu apa family kau buat? Nak datang dinner rumah aku malam ni!"

"Dah tu, kalau tak suka halau je lah." Balas Thaqif mudah.

Safa tarik nafas panjang lantas merengus geram. "Kalau benda tu mudah dah lama aku buat."

"Kalau tak tahu nak buat apa, jangan call aku memekal tak tahu pasal."

"What?!" Safa membulat mata tidak percaya dengan balasan lelaki itu. Semalam kemain elok bercakap dia. Harini dah nampak perangai sebenar?!

"Sabar! Takkan benda kecik ni pun nak besarkan. Family aku datang nak dinner bukan nak masuk meminang kau pun."

"Datang dinner tu.."

"Aku tahu Safa, aku nak kau bersabar dan jangan nak kecoh macam kita nak kahwin esok boleh tak? Aku busy. Tak ada masa aku nak dengar meroyan kau." Thaqif laju memintas buat rahang Safa hampir jatuh.

"Tak de tak de, aku nak kau lakukan sesuatu!"

"Aku tahu! Kau boleh sabar dan tunggu boleh tak?! Aku letak dulu!" Thaqif meletak kasar telefon bimbitnya di atas meja kerja. Rambut diraup kasar dengan nafas berat dihembus.

"Lelaki ni?!! Arghh!" Safa hempas telefon di atas sofa. Turun naik nafasnya menahan sabar.

"Encik Thaqif?" Takut-takut Hasrul di muka pintu ingin menyapa majikannya.

"Kamu dah sampai Hasrul. Masuk." Thaqif betulkan tali leher lantas bangun mengambil tempat di sofa.

"Encik Thaqif nampak tak okay."

"Tak ada apa cuma ada masalah tadi. Awak dah dapat apa yang saya nak?" Soal Thaqif laju.

Hasrul angguk kepala teragak-agak. "Semua ada dalam sampul ni." Hasrul tolak sampul berwarna coklat itu dihadapan Thaqif dan laju juga tangan lelaki itu bergerak membukanya.

Seketoka Thaqif terdiam kelu.

"A-apa semua ni?" Soal Thaqif agak terkejut.

"Itu yang saya dapat dari apa yang Encik Thaqif suruh saya buat.."

"Jadi selama ni..." Thaqif menyungging senyum sinis.

"Good job Hasrul. Saya suka semuanya." Thaqif kembali menyimpan kepingan gambar itu ke dalam sampul. Cawan kopi dicapai lalu dibawa ke ulas bibir.

"Tak sangka kau terlalu naif Safa.."

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now