Kali ini, bahagian dapur pula dituju. Rania mengambil beg plastik, setiap sudut dapur di geledah. Laci di Kitchen Island dibuka, beberapa jenis ubat dan vitamin milik Puan Aisha diambil dan diletakkan di dalam beg plastik.

"Rania!" panggil Puan Aisha lalu menarik tangan Rania. Rania menolak Puan Aisha yang sedang menariknya membuatkan Puan Aisha hampir terjatuh.

"Tepilah! Janganlah kacau aku!" Habis sahaja menggeledah di bahagian dapur, Rania menuju ke bahagian ruang tamu pula. Satu persatu kabinet dibuka, fail yang berkaitan dengan Puan Aisha diambil dan diletakkan di dalam beg plastik.

  Selesai sahaja menggeledah satu rumah, beg plastik tersebut dicampak ke luar rumah. Puan Aisha sekali lagi tergamam. Tanpa apa-apa tangan Puan Aisha naik mahu menampar Rania, dengan cepat Rania menahan tangan Puan Aisha.

Pang!

  Tangan Rania naik menyinggah di pipi kanan Puan Aisha membuatkan Puan Aisha terjatuh. Rania tersenyum sinis sebelum mengheret Puan Aisha keluar dari rumah. Rania duduk mencangkung di sisi Puan Aisha.

"Kau tahu tak yang kau ni memang betul-betul menyusahkan aku. Cuba kalau kau kemas barang kau lepas tu kau pergi terus dari rumah ni, tak payah nak berdegil sangat. Ini tidak, dahlah bodoh lepas tu perangai kau ni memang betul-betul tak ada maruah!"

Kepala Puan Aisha ditunjal sekuat hati. Pintu rumah ditutup dan dikunci dengan kunci dan mangga yang baharu. Rania menunduk memandang Puan Aisha.

"Aku yakin, kalau Sara Jane tak ada untuk support kau. Kau takkan berani nak balas dendam, sebab apa? Sebab kau tu pengecut." ujar Rania dan melangkah pergi dari situ. Langkah Rania terhenti apabila Puan Aisha memanggil namanya.

Rania beralih memandang Puan Aisha yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Kau jangan ingat lepas apa yang kau dah buat dekat aku, aku akan terus berdiam diri. Kau ingat ni, Rania. Sekali kau cabar aku, sampai mati aku ingat."

Rania mengangguk sambil tersenyum sinis.

"Terima kasih sebab ingatkan aku. Tapi kau kena ingat amaran aku 6 bulan yang lepas. Kenapa, kau ingat kau seorang saja yang boleh bunuh orang?"

  Rania membawa keluar dompetnya. 5 keping duit not RM 1 dibawa keluar dan dicampak di hadapan wajah Puan Aisha. Rania maju beberapa langkah mendekati Puan Aisha.

"Aku boleh bagi kau 5 ringgit saja. Maklumlah, baru kena dengan nilai maruah kau tu."

.

.

"Aku tak rasa yang Rania dapat maafkan aku." tutur Faliq secara tiba-tiba. Qayden mengangkat mukanya untuk memandang Faliq yang sedang termenung jauh.

Qayden melepaskan nafas berat.

"Aku dengan Rihanna pun sekarang ni dah macam tak bercinta dah. Tak contact langsung." Kali ini, giliran Qayden pula berkata-kata. Faliq beralih memandang Qayden yang sedang berbaring di atas sofa.

"Aku ingat esok aku nak jumpa dengan Rihanna. Aku nak jawapan daripada dia, tak kiralah dia nak putus ke tak dengan aku yang penting aku nak tahu jawapan dia." tambah Qayden lagi. Faliq cuma mengangguk sahaja.

"Weh Faliq."

"Apa lagi kau ni?" soal Faliq kasar. Qayden bangun dari baringnya dan duduk di hadapan Faliq. Faliq menjeling Qayden dihadapannya.

"Kau nak apa?"

"Lepas ni, kau dengan Rania memang dah confirm ke nak bercerai?" Serius sahaja nada Qayden. Faliq diam tidak menjawab. Pen yang dipegang  diletakkan di atas meja.

"Walaupun Rania tekad nak bercerai, tapi aku tak akan lepaskan Rania. Kau faham? Tapi itulah, kadang-kadang aku rasa Rania macam tak boleh nak maafkan aku."

"Bukan macam tapi memang dia tak boleh nak maafkan kau pun. Betulkan ayat kau tu Faliq. Dah tua pun bodoh lagi."

"Tapi terus terang aku cakap semua yang jadi ni memang salah kau, aku dah cakap dah sebelum kahwin kau kena terus terang dekat Rania. Tapi kau tu taknak dengar cakap. Dua kali bodoh kau hari ni." tambah Qayden lagi.

Faliq menepuk kuat meja kerjanya.

"Kau dah kenapa Qayden nak bodohkan aku banyak kali? Apa sebelum ni kau tu pandai sangatlah? Kalau aku bodoh kau tu lagi bangang!" Nada Faliq mula naik seoktah.

Kali ini giliran Qayden pula menepuk meja.

"Kau dah kenapa nak koyak bagai. Period?" soal Qayden. Faliq menjeling Qayden di hadapannya.

"Qayden, kau fikir tak apa yang aku fikir?" soal Faliq secara tiba tiba. Qayden menjeling Faliq yang sedang memandangnya.

"Manalah aku tahu. Lagipun kau ingat fikiran kita ni sama ke? Kau fikir Rania aku fikirkan Rihanna. Mana sama." balas Qayden. Faliq membuat rolling eyes. Inilah masalah bila berbual dengan Qayden.

"Aku ada satu rancangan untuk Rania dengan Sara Jane."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now