"dia mula kerja bila?"

"lusa. Aku rasa dia tak tahu hospital ni kau yang pegang." kata Afif lagi.

"okey. Thank you!" ujar Luth Zafran. Fail tadi di letakkan di sisinya. Melihat pencapaian yang terdapat di fail itu sudah cukup layak untuk berkerja sebagai doktor pakar. Nampaknya impiannya sudah tercapai.

"aku harap kau kuatkan hati kau. Fikirkam isteri kau. Aku gerak dulu. " sempat Afif berpesan sebelum keluar dari bilik Luth Zafran

Hilang saja kelibatan Afif. Luth Zafran terus merebahkan kepalanya di meja. Hatinya resah. Sungguh dia begitu takut mahu berjumpa dengan bekas kekasihnya itu. Hatinya tidak kuat.





🌹🌹🌹🌹🌹






Aisyah menoleh memandang Luth Zafran. Sejak tadi lagi suaminya itu diam saja. Bila di tanya jawap pun satu patah perkataan je. Naik hairan juga dia.

"kita singgah kat supermarket kejap boleh?" Aisyah bersuara menghilangkan suasana yang sejak tadi sunyi sepi.

Luth Zafran menoleh sekilas sebelum bertanya.

"nak buat apa?"

"erhmm...nak beli barang dapurlah. Dah nak habis dah. " jawab Aisyah.

"boleh ke?" tanya Aisyah lagi tatkala Luth Zafran berdiam diri.

"okey!" katanya sepatah. Aisyah mengeluh. Bosan sangat siapa dapat suami yang langsung tak peramah macam ni.

"abang okey ke?" dengan berani Aisyah bertanya. Takut-takut dia memandang wajah tegang itu.

Luth Zafran mengangguk. Nampak saja dirinya di sini tapi fikirannya melayang jauh ke laut utara.

"senyap je" kata Aisyah separuh berbisik. Aisyah membuang pandangannya ke luar tingkap. Hari pun dah gelap. Nasib je lah dia datang bulan. Tak payah nak ganti solat asar.

"turunlah. Dah sampai" tersentak Aisyah. Dia memandang sekeliling. Tidak perasaan pula mereka sudah  sampai. Termenung punya fasal. Cepat-cepat dia membuka tali pinggangnya.

"abang tunggulah" jerit Aisyah. Berlari anak dia mengejar langkah Luth Zafran.

"abang ni.. " rungut Aisyah. Mulut dah nampak muncung. Dengan selamba dia memaut lenggan Luth Zafran.

"dah kau jalan lambat sangat. Nak marah orang pula" kata Luth Zafran.

"lepaslam. Macam mana nak pilih barang kalau kau asyik nak pegang tangan aku je" marahnya. Di menarik lenggannya dariapa tautan erat Aisyah.

"isshh.. Tangan sebelahkan ada lagi. Aisyah tak biasalah kalau tak pegang tangan abang." omel Aisyah. Di kuatkan lagi tautan di lenggan Luth Zafran.

"mengadakan. Baik kalau lepaskan sebelum aku tinggalkan kau kat sini" Luth Zafran memandang tajam.

"eee.. Tak sweet langsung" bebel Aisyah. Di lepas kasar lenggan Luth Zafran. Bibir pula semakin memuncung.

"siapa suruh nak kawin dengan aku" ujarnya selamba. Langsung tiada perasaan nak memujuk. Tangan di masukkan ke dalam poket seluarnya.

"mana ada Aisyah nak kawin dengan abang. Hati Aisyah yang suruh kawin dengan abang. Kawin jelah. Kalau nak marah, marah hati Aisyah ni. Aisyah dah pesan jangan kawin dengan orang yang tak suka kita tapi dia tetap degil nak kawin dengan abang" walaupun kedengaraan amatlah bodoh tapi bila di amati ada nada kecewa di hujung ayatnya. Dia menjeling Luth Zafran sebelum berjalan laju ke hadapan.

Luth Zafran memandang sayu tubuh yang berjalan di hadapannya. Dia terasa bersalah. Dia tahu Aisyah kecewa. Terasa hati dengan sikapnya yang langsung tak ambil berat tentang dirinya. Tipulah kalau dia tak terasa dengan kata-kata Aisyah tadi.

Keluhan di lepaskan sebelum mengejar kembali tubuh isterinya.

"hilang pula nanti. Jenuh nak mencari. Dahlah kecil je." tangan Aisyah di genggam kuat. Tidak menghiraukan pandangan terkejut isterinya. Berpura-pura sibuk membelek-belek makanan.

Dalam diam Aisyah menguntum senyaman. Suka bila di layan manja seperti itu.

My PrincessWhere stories live. Discover now