Dan gerabak mereka mula bergerak perlahan.

"Weh man man.. Aku cuak. weh man man.." kedengaran Zarif membebel ditempat duduknya sambil sebelah tangannya memaut lengan Luqman.

Luqman tergelak besar. "Tadi kata tak tak—..." belum sempat katanya habis,

gerabak mereka bergerak laju dan memecut disepanjang landasan.

Terpusing-pusing seperti abang syamil.

Kedengaran suara Zarif tergelak sakan seolah geli hati dan terkadang menjerit pula kerana loya.

Luqman memandang Zarif sekilas, sempat dia melakar senyum sebelum turut sama menjerit.

Usai bermain roller coaster, mereka meneruskan dengan bermain permainan yang lain. Tidak ada satu jenis permainan pun yang terlepas kerana mereka benar-benar teruja.

Dan setelah hampir 30 bab, Zarif dan Luqman akhirnya kelihatan seperti remaja biasa yang hanya ingin keseronokan biasa.



##########


Tanpa sedar jam sudah berdetik 6 petang. Mereka sudah pun kehabisan tenaga kerana terlalu puas bermain sebentar tadi.

Luqman meneruskan perjalanan yang seterusnya. Tidak lama itu mereka tiba disebuah bukit tinggi yang terpapar pemandangan seluruh kawasan genting.

Bersama angin sepoi dan cuaca yang sejuk, Zarif dan Luqman duduk disebuah lereng bukit.

Tidak bersuara,

sekadar mengamati langit yang semakin mendung dan matahari terbenam. Burung berkicau merdu serta silauan cahaya kereta yang berpusu pulang.

Luqman melakar senyum nipis,

"Sudah lama.. aku tak merasa ketenangan sekecil ini," ujar dia memecah sepi.

Zarif mengangguk iya. Bersetuju dengan kata-kata sahabatnya itu. Bibirnya turut membuah senyum,

"Terima kasih, Man," untuk masa berharga begini.

Suasana dibiar sunyi kembali. Membiar atmosfera sentimental meresap jiwa.

Luqman tiba-tiba mencapai beg sandangnya, lantas mengambil sesuatu.

"Zarif, aku ada permintaan kecil," pinta Luqman.

Zarif memandang, "Apa dia?"

Tatkala itu kelihatan Luqman mengeluarkan dua helai kertas beserta pen hitam.

Zarif berkerut tidak erti. Cuba memahami maksud disebalik objek tersebut.

"Boleh kita tulis surat untuk satu sama lain? Aku tahu kita ada banyak unsaid words and thoughts," soal Luqman, kelihatan agak serius.

Zarif mencapai kertas itu lambat-lambat. "Mestilah boleh," ujar dia setuju.

Dan sebaik itu mereka tenggelam didalam dunia sendiri. Menulis segala apa yang tidak terucap dek kata. Membiar canggung melepas sempadan. Yang tinggal hanya rasa ikhlas dan setia.

DIAM ✔Where stories live. Discover now