Misi : Latihan bermula

2.6K 194 46
                                    

Mereka berseronok malam itu. Berkenalan satu sama lain, dan mengenali lebih rekat lagi Mentor baru mereka.

Para Ejen Muda pun terkejut sebenarnya bila dapat tahu perangai sebenar Mentor baru mereka. Yelah, mereka ingatkan Mentor baru mereka, orang dewasa dan seorang yang serius. Dah nama pun Bekas Super Ejen.

Terkejut diorang bila tahu yang sebenarnya Ejen Boboiboy, Mentor baru mereka hanya sekarang remaja sama macam mereka dan sangat ramah.

Tapi, lega lah juga. Sebab, diorang tak tahan lagi dah nak dapat Mentor garang lagi macam Ejen Leon tu.

Moon pulak, memang tak senyap langsung muut dia. Yelah, Bekas Ejen Super tu sama teras dengan dia.

Pagi dah tiba. Selamatlah dah cuti Semesta. Jadi, selama 2 minggu tu, diorang boleh berlatih tanpa halangan Sekolah.

Boboiboy pun bangun dari tidur. Rambut dah macam sarang burung. Dia menguap sebesar Gua Niah, siap garu perut lagi.

Dia pun bangun dengan malasnya dari katil dan menuju ke bilik air. Dia buka pili air, dan biar air bertakung dalam singki. Lepas penuh, dia tutup paip air, dan rendam muka dia dalam air tu.

Dia lemaskan diri sendiri dalam singki.

Selepas rasa dah cukup lama rendam muka, dia pun mula masuk ke dalam tempat mandi dan mandi.

Lepas mandi, dia kering kan rambut dia, dan gosok gigi dengan mata yang masih mamai.

Lepas habis gosok gigi, dia pakai skincare pulak.

Dah siap, dia pakai baju, dan munculkan baju ejen. Tapi dia tak naikkanlah hoodie dia.

Dengan nguapan sebesar dosa kau, dia pun membuka pintu untuk keluar dari bilik.

Dia dah mintak dah dekat budak budak tu untuk berjumpa dekat padang latihan dekat luar tu.

Di padang~

Boboiboy : Selamat pagi semua!

Ejen Muda : Selamat pagi Mentor!

Muka masing masing masih lagi macam kera busuk sebab masih mengantuk.

Boboiboy : Latihan kamu semua akan bermula hari ini. Setiap minggu, kamu akan ada latihan khas dengan saya. Dan pada hari hari lainnya, kamu semua akan ada latihan yang seperti biasa dengan Ejen Ejen Mentor yang lain. Faham semua?

Ejen Muda : Faham Mentor!

Boboiboy : Bagus~ kamu semua masih mengantuk ke? Kamu semua nak kopi atau susu ke? Jap eh.

Tiba tiba je muncul kotak polistrin yang biasa orang guna untuk isi ice cream tu entah dari mana.

Boboiboy : Nah, minum.

Dan macam Kang Kong kelaparan, semua Ejen Muda pun berebut ambil minuman yang ada dalam bekas tu.

Boboiboy : Ehehehe. Minum semua ya. Biar segar. Tapi kalau nak saya campak kamu semua masuk dalam longkang pun tak pe. 

Ejen Muda : Blu- uhuk! Uhuk!

Tersedak anak orang oiiiii.

Selepas semua siap minum, muka mereka pun dah kelihatan segar.

Boboiboy : Hah, kan macam ni baru bagus! Sebelum kita mulakan latihan, kamu semua patut tahu kuasa aku dulu.

Jet : Yes! Lama aku tunggu sampai tak tidur malam dibuatnya nak tunggu saat ni!

(Oh ya. Boboiboy dah mula guna Aku-Kau dengan diorang sebab dah rasa selesa)

Boboiboy : Ehehe. Kuasa aku, adalah Manipulasi Elemental.

Ejen Muda : Manipulasi Elemental?

Boboiboy : Yep! Aku mampu menggunakan 7 element yang ada di Planet ini! Iaitu, Petir, Angin, Tanah, Api, Air, Tumbuhan dan Cahaya! Setiap Element memiliki 3 tahap. Dan sekarang, aku dah ada di tahap kedua! Aku juga boleh berpecah kepada semua elemental dan bergabung antara 2 elemental itu jadi satu! Siapa nak tengok?!

Ejen Muda : Saya saya!

Boboiboy  : Baiklah......

"BOBOIBOY KUASA TUJUH!!!!"

Thorn : Ta dahhhhhh. :D *depakan tangan*

Kesemua Elemental beratur dalam satu barisan. Semua dengan wajah riaksi wajah khas masing masing. Ingat, mereka waktu ni semua topi menghala ke depan, jadi nampak hampir sama macam hologram Moon sahaja. Diorang pun masih pakai baju Ejen Boboiboy. Diorang tak boleh nampak mata mereka sebab topi yang dihalakan kedepan. Tikus Tikus mondok yang perangai terlebih hiperaktif tu pun apa lagi riaksi diorang, of course lah mata bersinar mengalahkan mata Anime.

Boboiboy pun bergabung kembali.

Moon : Wuuuuu! Sama macam senjata aku lah!

Boboiboy : Hehe. Tapi, mereka tu real tau. Kiranya, macam badan aku dicopy jadi tujuh macam tu.

Moon : Wuuuuu! Tu lagi gempak!

Boboiboy : Dan aku tak akan latih korang semua sorang sorang.

Alicia : Hah? Apa maksud Tuan?

Boboiboy : Saya akan minta bantuan Elemental sayalah. Setiap Elemental memiliki kepala dan fikiran sendiri. Membuatkan kami terlihat seperti kembar sebenar, tapi berbeza sifat.

Alicia : Wow.... kena catat ni. *tiba tiba muncul pen dan buku nota kecik, catat*

Boboiboy : Baiklah. Sorry lah kalau korang akan benci aku lepas ni.

Ali : Hah? Apa maksud Tuan?

Boboiboy hanya tersenyum menutup mata ke arah mereka semua. Ianya membuatkan semua Ejen Muda tak sedap hati.

Boboiboy : Latihan bermula sekarang.

Tiba tiba sahaja, aura sekeliling mereka berubah dratis ke suram dan menakutkan. Jam kuasa Boboiboy menyala, dan tiba tiba sahaja Baju Boboiboy berubah ke warna hitam dan merah. Dia tidak memakai baju Ejennya lagi. Boboiboy berubah menjadi Halilintar.

Hali : Haraplah korang semua sedia.

Mika : Er..... Ejen Boboiboy?

Hali : Salah. Aku adalah Halilintar. Penguasa Elemental Petir. Jangan tersilap lagi.

Mika : B-baik!

Hali : Hari ini, aku akan melatih kamu semua atas arahan Boboiboy. Dan ingat. Aku tidak seperti Boboiboy yang ramah yang korang kenal tu. Aku tak akan melayan kamu semua dengan baik.

Jet : Ok, aku tarik balik. Aku tak suka kuasa dia.
















840 perkataan

Latihan apa yang kamu semua nak Hali ajar diorang? Ujian kepantasan, kelincahan, berpedang, atau kesemuanya sekali? Atau main Tag. Biar diorang kesusahan nak sentuh Hali :v

New Mentor-Boboiboy X Ejen Ali (New EAC)Where stories live. Discover now