Misi : Mantee lama

2.8K 193 33
                                    

Boboiboy : Aku tahu korang ada dekat sini.

Tiba tiba, datang sebuah bebola besi dari sebalik semak. Tapi, Boboiboy berjaya mengelaknya. Bola itu melayang dan terkena tiang besi gelongsor di belakang Boboiboy. Boboiboy, yang masih dalam mode Thorn, tersenyum sinis ke arah semak yang bola besi itu datang tadi.

Boboiboy : Akhirnya! Keseronokkan! Ahahaha!

Boboiboy berlari dan menyerang semak itu. Tapi, tiada sesiapa di dalam semak itu.

Boboiboy : Hm?

Tiba tiba, seseorang datang menyerang dari atas. Boboiboy tereflek tertengok ke atas akibat bunyi dengusan gerangan itu. Boboiboy tidak dpaat melihat wajah orang itu akibat gelapnya malam, tapi, sudah jelas kalau orang itu adalah seorang lelaki. Boboiboy hanya tersenyum sinis, dan memetik jarinya.

??? : Apakah- ARRRHHH!!!

Lelaki itu terikat dengan daun mengkuang yang dibuat seperti perangkap haiwan dan tergangtung di atas pokok. Malang baginya kerana ada pokok di atasnya.

??? : Heh.... boleh tahan hebat. Licik.

Tiba tiba, 3 buah bola besi lagi terbang dan mengelilingi Boboiboy. Boboiboy tersenyum teruja, dan melompat ke atas sebelum bebola besi itu membuat jaring tenaga. Boboiboy kini berada di atas dahan pokok yang dimana dia jerangkap lelaki itu tadi.

Boboiboy : Opps! Tak dapat!

Mata Boboiboy kini berubah, dari hijau ke biru langit. Dengan dramatisnya, Boboiboy terjun ke bawah. Boboiboy mendarat dengan selamat.

Tidak sempat pun Boboiboy dapat berehat, Boboiboy diserang lagi. Sebuah tongkat yang memilliki bola besar berwarna hitan dihujungnya dilibaskan ke arah Boboiboy.

Tapi, Boboiboy membengkokkan pinggangnya kebelakang dan mengelak serangan itu. Boboiboy memegang tongkat itu, dan menghentam gerangan yang memegang tongkat itu ke arah berlawanan.

Boboiboy : Hehe, tak dapat.

Tanpa Boboiboy sedar, lelaki yang dijerat tadi sudah memotong daun mengkuang itu dan terlepas. Tapi, dia memang tak reti senyap. Boboiboy mendengar bunyi tapak kakinya, dan tahu ada yang akan menyerangnya dari belakang.

Mata Boboiboy berubah menjadi merah menyala. Boboiboy berpusing ke tepi, menyebabkan lelaki itu terlepas sasarannya. Boboiboy berhenti di belakang lelaki itu, dan menetak belakang leher lelaki itu dengan tangannya, dan membuat lelaki itu tumbang.

??? : Ahk!

Auch. Siapa je yang tak sakit kalau kena pukul dekat situ. Boleh pengsan oooo. Tiba tiba, seorang lagi muncul dari dalam kegelapan, dan ingin menumbuk Boboiboy. Tapi, Boboiboy sedar akan serangan itu, dan menahannya dengan lengannya.

Boboiboy turut melepaskan serangan juga, tapi dielak oleh orang itu. Mereka pun berlawan fizikal disitu. Boboiboy menumbuk, dihalan orang itu. Orang itu menendang, dielak oleh Boboiboy. 3 bebola besi tadi datang lagi, dan mengepung Boboiboy. Boboiboy tak sempat mengelak, dan akhirnya ditangkap oleh jaring tenaga dari 3 bebola besi itu.

Boboiboy meronta akibat digari oleh jaring tenaga itu. Sosok itu mendekati Boboiboy.

Boboiboy : Erh.... apa yang kau nak dari aku hah?!

Syukur lah kaki dia tidak digari. Boboiboy cuba menendang sosok itu, tapi ditahan dengan senangnya. Boboiboy mendengus kesal.

Tiba tiba, awan mula beredar, menampakkan bulan yang terang pada malam itu. Cahaya mula memancari ke arah mereka, dan menampakkan wajah asli sosok itu. Mata Boboiboy membulat selepas melihat wajah asli lawannya itu.

Boboiboy : E-ejen Dayang?
Dayang : Ya Boboiboy. Ini saya.
??? : Adoiiiii..... *pegang belakang lehernya*
Boboiboy : Ejen Ganz?
??? : Erhhhh... *krakk kan pinggang* Boleh patah pinggang aku macam ni....
Boboiboy : General? K-korang semua ada dekat sini?
Ganz : Heh. Nampaknya, kamu masih ingat kami.
Boboiboy : J-jadi, Tuan dan Puan ke yang hantar robot drone kecil tu ikut saya sampai ke sini?
General : Bukan kami semua. Hanya saya sahaja.
Boboiboy : G-General?
General : Ya.

Dayang mengawal bebola besinya kembali dan melepaskan Boboiboy. Mata Boboiboy kembali menjadi warna coklat. Tapi, mujurlah yang atasan M.A.T.A tidak perasan akan hal itu.

Dayang : Jadi, adakah Mantee lama kami rindukan kami?

Mata Boboiboy mulai rasa panas. Kata katanya tersekat sementara, tidak dapat berkata apa apa. Matanya mulai berair. Dia tidak dapat menahan perasaannya. Boboiboy memeluk mereka bertiga serentak.

Boboiboy : S-saya rindukan kalian.....

Ketiga tiga atasan M.A.T.A itu hanya tersenyum kerana tahu seberapa manjanya Mantee lama mereka itu.

Dayang : Kami pun Boboiboy, kami pun.
Boboiboy : Kenapa Tuan dan Puan datang kesini?
General : Kami mahu beritahu kamu sesuatu. Tapi, bukan disini....
Boboiboy : Oh! Kalau Tuan dan Puan nak bincangkan sesuatu dengan saya, kita boleh balik ke rumah Tok Aba saya!

Mereka bertiga melihat ke arah Boboiboy selepas Boboiboy me-mention nama datuknya itu.

Ganz : Tok Aba? Tuan Aba masih hidup?
Boboiboy : Ya Tuan.

Mereka bertiga tersenyum mendengar berita itu.
.
.
.
.

Kedengaran bunyi ketukkan pintu di pintu rumah siapa lagi kalau bukan Tok Aba. Ochobot yang paling dekat dengan pintu, terbang ke sana dan membukanya.

Kelihatanlah Boboiboy dan 3 atasan M.A.T.A dibelakangnya. Ochobot menyengekkan kepalanya kerana melihat orang yang tidak dikenalinya.

Ochobot : Boboiboy? Siapa diorang ni?
Boboiboy : Aku akan terangkan selepas kita masuk-
Tok Aba : Boboiboy? Dah balik dah? Eh?

Tok Aba, yang batu datang dari dapur, mahu menyapa cucunya bila dapat tahu cucunya dah pulang. Tapi, mukanya tiba tiba berkerut selepas melihat siapa yang berada di belakang Boboiboy.

Boboiboy : Ya Tok! Boboiboy dah balik! Tengok siapa yang Boboiboy jumpa!

Boboiboy berjalan ke tepi untuk membiarkan atoknya melihat dengan lebih jelas lagi atasan M.A.T.A, walaupun Tok Aba memang dah cam siapa mereka walaupun Boboiboy tidak beredar ke tepi. Mukanya tegang sahaja melihat ke arah mereka.

Dayang : Erm.... Assalamualaikum, Encik Aba.
Tok Aba : Walaikumusalam. *nada tegang* Korang lagi.
Ganz : Ya. Dah 5 tahun berlalu kan?
Tok Aba : Apa yang korang nak datang ke sini malam malam ni?
Boboiboy : Er.....

Boboiboy rasa tidak selesa akibat aura yang tegang antara datuknya dan atasan M.A.T.A itu.

Boboiboy : Aaaaa Atok! Biarlah mereka masuk dan duduk dulu! Diorang kan tetamu. Diorang dah datang dari jauh ni.
Tok Aba : Hm.... baiklah. Masuk semua.
Boboiboy : Fuhhhh selamat.

Tok Aba pun membiarkan mereka bertiga masuk ke dalam rumah dan duduk di meja makan kerana sofa ruang tamu tak cukup untuk diorang semua duduk. Boboiboy pun dengan gelabah dan cepat cepat bancuh air rebina untuk tetamu tidak diundang mereka tu. Bila dan siap, Boboiboy pun cepat cepat pergi ke meja makan, letak air di atas meja dan duduk bersama mereka.

Tok Aba : Hah? Apa yang kamu semua nak datang jauh jauh ke sini ni?
General : Erm........
Ganz : *bisik* Dayang, kau lah yang cakap!
Dayang : *bisik balik* kenapa aku pulak?!
Ganz : *bisik lagi* Cakap jelah cepat!
Tok Aba : Hah, cepatlah.
Dayang : Huh..... *tarik nafas, hembus* Kami nak Boboiboy kembali ke M.A.T.A.

Dahi Tok Aba berkerut lagi. Memang dia dah agak dah. Baru sahaja dia ingin berkata sesuatu, cucunya telah menjawap dahulu.

Boboiboy : Maaf Tuan, Puan. Saya tidak boleh kembali ke M.A.T.A.
























1046 perkataan

Sambung or nah? 🕺

New Mentor-Boboiboy X Ejen Ali (New EAC)Where stories live. Discover now