"perempuan boleh try dulu. Mana tau ada sempit ke apa. Boleh kami ubahkan" pelayan wanita datang semula dengan baju gaun pengantin di tangan. Aisyah berdiri.

"abang tunggu kejap ye" pesannya sebelum mengikut jejak Pelayan itu. Luth Zafran sekadar buat muka tak tahu. Selalunya orang nak kawin berseri je muka. Ni tak. Masam macam mangga.








🌹🌹🌹🌹🌹








Aisyah menelik penampilannya di cermin besar itu. Dia sangat suka dengan rekaan gaun pengantin ini. Sangat menarik. Memadang mereka nikah dahula jadi baju pengantin ini sangat simple.

 Memadang mereka nikah dahula jadi baju pengantin ini sangat simple

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aisyah keluar dari bilik persalinan baju itu. Dengan susah payah dia keluar. Hatinya berdebar saat dia dan Luth Zafran berpandangan. Lama mereka berdua diam kaku.

Luth Zafran terpaku melihat kecantikan Aisyah. Jantung bagai memainkan lagu rock. Berdegup laju seperti seorang yang baru saja habis lari di kejar anjing gila.

"okey tak?" tanya Aisyah kekok. Malu dengan pandang tidak lepas dari Luth Zafran. Habis merah kedua-dua pipinya.

Luth Zafran berdehem seketika. Menghilang rasa janggal. Leher belakangnya di urut.

"okey. " jawabnya sepatah. Aisyah mengangguk. Dia memusingkan badannya menghadapa pelayan wanita tadi. Senyuman saling bertukar.

"okey ke? Kalau macam sempit ke apa. Sempat lagi kami ubah ni?" tanya pelayan itu penuh kelembutan. Aisyah menggeleng kepala.

"taklah. Okey dah ni. Aisyah selesa macam ni" balas Aisyah lembut.

"baiklah macam tu. Dah boleh buka dah ni. Nanti nikah tak ada seri pula kalau pakai lama-lama" usik pelayan itu. Tergelak kecil Aisyah jadinya. Dia kembali ke bilik persalinan tadi.

Hilang saja bayang Aisyah. Terus tangan Luth Zafran menyentuh dada kanan. Jantungnya masih berdegup laju. Tapi tidak lah selaju tadi. Kepala di gelengkan. Wajahnya di tampar-tampar. Cuba mengusir bayangan Aisyah seketika tadi.

Dia kembali fokus pada IPhonenya. Cuba berlagak biasa. Aura beku di keluarkan.

Setelah hampir 10 minit menunggu baru lah Aisyah keluar dari bilik persalinan tadi. Aisyah datang mendekatinya.

"abang tak try ke?" tanya Aisyah. Luth Zafran menggeleng.

"aku dah try hari tu. Tinggal kau je" jawabnya mendarat. Dia menuju ke kaunter membayar harga tempahan baju pengantin itu.

"erk.. Aisyah bayar. Lagi pun memang papa dengan mama ada bagi duit untuk bayar baju ni" halang Aisyah tatkala melihat Luth Zafran mengeluarkan kadnya.

"tak apa. Aku bayar" kad tadi di hulur pada pelayan wanita tadi. Aisyah tersenyum kelat. Perlahan-lahab dia memasukkan semula dompetnya ke beg sandang hitamnya.

Selepas saja mereka keluar dari butik tersebut. Mereka terus berhenti ke kedai membuat kad kawin.

"selamat datang" sapa seorang pelayan. Luth Zafran dan Aisyah hanya mengangguk sedikit kepala.

"nak ambil kad encik ke?" tanya pelayan itu. Luth Zafran mengangguk.

"boleh saya tau nama encik dan cik?" soalnya lagi.

"Luth Zafran dan Putri Aisyah" jawab Luth Zafran tanpa memandang palayan tersebut.

"okey. Tunggu sekejap ye" ujarnya sebelum masuk ke dalam salah satu bilik yang berdekatan.

"banyak ke ibu tempah kad?" Tanya Aisyah memecah kesunyian antara mereka. Luth Zafran mengerling sekilas. Tanpa menjawab pertanyaan Aisyah itu.

"nah..semua nya ada 1000 tempahan" ujarnya sambil menyerah bakul berisi kad kawin. Ternganga mulut Aisyah. Biar betik?

"terima kasih" setelah membayar terus mereka melangkah keluar. Luth Zafran menoleh ke belakang.

"nak ke mana lagi?" tanyanya mendarat. Aisyah diam seketika.

"jom kita lunch. Aisyah lapar" ajaknya sambil mengosok-gosok perlahan perutnya. Luth Zafran mengangguk setuju. Dan mereka pun menjamu selera.

My PrincessWhere stories live. Discover now