cute face

3.6K 236 15
                                    

Keluar dari bilik itu, Arif masih tidak berekspresi. Adira sudah berkerut macam kertas renyuk.

"I'm sorry." Ujar Adira dengan rasa bersalah. Dia merenung tajam wajah Arif, ingin meneliti sebarang perubahan ekspresi.

"It's okay. Not your fault" Ujar Arif dengan ringkas. Mereka berdua berdiri sambil mengunci mulut masing-masing di tengah-tengah lobi itu. Adira melarikan matanya. Masing-masing menunggu kata-kata dari masing-masing.

Arif mengerling jam tangan yang melilit pergelangan tangannya.

"Um, I-I have an event to attend. Work-related." Ujar Arif. Adira mengangguk. Hek eleh tak tanya pun work related ke tak.

"By lunch I'll come back. I tak sure balik pukul berapa hari ni." kata Arif, ingin mengingatkan Adira yang dia harus pulang sama waktu dengan Arif. Takkan nak biarkan sahaja. Situasi tadi adalah berpunca dari Adira.

Adira ternganga.

"Tapi, malam ni tournament boling kita." Kata Adira sedikit cemas.

"It's okay, I don't play bowling. See you" kata Arif sebelum tersenyum kecil dan kemudian langkahnya diatur meninggalkan Adira di situ.

Adira kembali monyok.

Iyelah, Encik Arif tak main boling. Tapi, Adira main. Adira perlu hendak mahu mesti harus main boling di pertandingan malam ini. Adira juara bertahan!

Susuh tubuh Arif semakin lama semakin jauh diperhatikan oleh Adira. Tak boleh nak buat apa pun, memang salahnya.

⬛⬛⬛

"Adira, we're leaving for lunch. Jom?" Ajak Mei Yee. Adira menggeleng lemah. "I want to take a nap. Tired. Please get me subway sandwich. Chicken with honey mustard" kata Adira.

Mei Yee tersenyum. "Sure babe. Bye." Lambaian itu dibalas lemah sahaja. Adira meletakkan kembali kepalanya ke meja. Jam 1230 tengahari. Encik Arif kata 'by lunch' tadi.

"Manaaaa" ujar Adira. Tak lama selepas itu, Arif Danial melangkah masuk ke dalam work area dengan blazernya sekadar dipegang sambil bercakap dengan telefon bimbit.

Sempat mereka berdua bertentangan mata. Tapi, Adira cepat-cepat meletakkan semula kepalanya keatas meja. Arif pula terus berjalan menuju ke biliknya. Tiada sesi tegur menegur. Adira tak adalah harapkan teguran pun.

Tak lama kemudian, pintu pejabat Arif dikuak. Mendengar bunyi itu, Adira cepat-cepat menoleh. Arif yang berada di muka pintu menunjukkan isyarat memanggil Adira. Adira akur. Langkahnya diatur menuju ke bilik itu.

Mereka berdua menoleh ke kiri dan kanan, memastikan tiada siapa memerhati mereka berdua. Automatik dan spontan. Tak dirancang langsung. Masuk sahaja Adira dalam bilik itu, Arif cepat-cepat merapatkan pintunya.

"H-hi. Miss Adira." Tergagap sedikit Arif apabila wajah Adira menghiasi pandangannya ketika dia menoleh.

"Hai Encik Arif." Balas Adira. Arif berjalan menuju kehadapan mejanya kemudian dia duduk di hujung meja tersebut.

"I need to do an urgent proposal on a project with A.A. Biasanya I do this alone but now I have you lounging around my office at night. Boleh kan? Don't worry, I'll put your name too. " Ujar Arif.

Adira mengetap bibir.

"Of course I can. But, tonight ada bowling tournament"

"Miss Adira, I won't go soft on you just because you're cute. Is it important? The bowling tournament?" Soal Arif sambil bercekak pinggang.

Tersengih kecil Adira dibuatnya. Agaknya Arif terlepas cakap.

"Please go soft on me because I'm cute" ujar Adira tanda mengusik. Wajah Arif jadi tak keruan. Bibirnya diketap rapat. Mengusik pula si Adira yang seorang ini.

"Buy some food for tonight. Nanti lapar" ujar Arif. Adira sekadar mengeluh perlahan.

"Kenapa tak pergi lunch?" Arif bersuara lagi. Adira mengetap bibirnya. "Ingat nak nap sekejap tadi" katanya. Arif mengangguk faham.

Mereka berdua senyap. Masing-masing melilau pandangan ke segenap bilik. Awkward.

"Encik Arif tak lunch?" Soal Adira. Arif nipis sambil mengangguk.

'Menipu' Getus hati Adira. Adira ada satu kelebihan dimana dia sangat pandai mengetahui sama ada seseorang itu menipu.

Bagaimana dia boleh tahu Arif menipu?

Semasa Arif menjawab penipuan tadi, Adira perasan yang Arif melarikan pandangannya. Senang aje nak detect penipu.

"Encik Arif, pasal this whole thing between us.."

Belum sempat Adira menghabiskan kata-katanya, ayatnya dipotong dengan dengusan tajam nafas Arif.

"Nothing is between us." Ujarnya tegas.

"Maksud saya, cctv tadi, security manager tadi. He's rude to you" ujar Adira takut-takut.

"So, I'm pretty sure it is because of me. And I'm sorry for that." Ujar Adira lagi.

"It's nothing. Please leave. People coming in soon." Ujar Arif dengan dingin. Kelu lidah Adira dibuatnya.

" S-sure"

" See you later, cute face" Arif mengusik. Adira tersengih. Apa siot.

🌼🌼🌼

Lion ✔ Where stories live. Discover now