equality

4.4K 305 13
                                    

Arif meraup kasarnya wajahnya. Letih dan mengantuk. Dia berjalan keluar dari biliknya, menuju ke pantry. Jarang-jarang Arif masuk ke pantri pejabat sendiri. Hari ini, masuk ke pantry pun sebab si gadis tadi kata mejanya berdekatan dengan pantri.

Tak ada niat apa pun, cuma mahu menjengah.

Mendekati pantri itu, Arif memanjangkan lehernya, mencari Adira. Dari jauh, Arif nampak Adira sedang tunduk, merehatkan kepala ke mejanya. Tidur agaknya.

Arif mencebik.

Cis, boleh pulak dia tidur. Kalau ikutkan hati Arif, nak aje dia pulang kerumah tidur tadi.

Arif kembali mengatur langkah ke pantri. Sinki kecil di situ menjadi sasaran. Pili air di sinki pantri itu dibuka dan wajahnya dipercikkan sedikit air agar segar. Jam didinding dikerling seketika. '4:26 a.m'

Patutkah Arif bincang perkara ini dengan bapanya? Pertama kali perkara sebegini terjadi. Adira berpontensi untuk cetuskan krisis kah? Arif berfikir sejenak. Tak lama kemudian, Arif mengangguk.

Betul lah, keputusannya ini.

Melintasi semula meja Adira, jarinya mengetuk lembut meja itu untuk mengejutkan Adira. Adira yang masih mamai-mamai itu segara berdiri.

"Sorry Encik Arif. Don't worry, I finished my works. Tertidur." Kata Adira sebelum menekap tapak tangan ke wajah sendiri.

"Sure. Balik. Jom, balik" kata Arif sebelum kembali ke biliknya untuk mengambil barang-barangnya semula. Adira pun turut cepat-cepat mula mengemas barang-barangnya. Tepat Arif berjalan melintasinya, Adira sudah siap menggalas beg tangannya.

Adira mengatur langkah di belakang Arif. Suasana sangat senyap sehingga bunyi hentakan kasut mereka bergema. Butang lif Arif tekan. Adira hanya menundukkan kepalanya. Janggal.

"The whole procedure if something like this happen actually more complicated" ujar Arif.

Adira mengangkat kening. Arif memandang Adira sekilas. Apabila pintu lif terbuka, Arif menunjukkan isyarat tanda menyuruh Adira masuk terlebih dahulu. Adira akur.

"First, all current ongoing project will be listed. Your belongings like pendrive, laptop, and phone would be checked. To see what files you keep and if you have a personal copy of any file yang might have private information of our company, maybe.." Arif berhenti sejenak.

"Fired?" Soal Adira. Arif mengangguk. "Maybe" kata Arif.

"But I trust you" ujar Arif. Dia memandang Adira lagi. "Thank you Encik Arif." Ujar Adira dengan ikhlas.

"But I'm sorry, I can't just let it slip macam nothing happen. So, this is the best kot?" Mendengar kata-kata itu, Adira mendengus lembut.

" Thank you, Encik Arif. I appreciate your understanding" kata Adira. Mereka berdua diam. Sesekali, Arif mencuri pandangannya. Adira menguap kecil. Cepat-cepat tangannya menekup mulut sendiri.

"Sleepy?" Soal Arif.

"Quite" Balas Adira.

Pintu lif dihadapan mereka terbuka. Sekali lagi, Arif memberi isyarat supaya Adira jalan terlebih dahulu. Tanpa dirancang, mereka berdua jalan beriringan keluar ke kawasan parkir kereta.

"Bye, Encik Arif" ujar Adira dengan janggal. Arif tersenyum sedikit. Ya, sangat janggal.

"Sure. Drive safe"

"You too" ujar Adira sebelum kembali mengatur langkah ke keretanya. Keretanya diparkir jauh sedikit. Mata Arif mengikut Adira sehingga gadis itu sampai ke keretanya. Dia ingin pastikan Adira selamat.

Lion ✔ Where stories live. Discover now