"Diana, aku boleh explain."

    "So explain." Diana menarik satu kerusi dan duduk diatasnya. Memandang si pesalah sambil memeluk tubuh. Lewis tarik nafas dan hembus.

    "Aku faham perasaan kau sekarang. Sebenarnya, aku memang nak bagitau kau yang aku tau pasal hal kat mana bilik bawah tanah ni tetapi seseorang menghalang aku untuk bagitau kau."

    Diana hanya mengangguk. "Kau tau tak perasaan dikhianati?"

    "Diana aku minta maaf. Aku.."

    "KAU TAU TAK PERASAAN DIKHIANATI?! AKU TANYA JAWAB LA." Lewis terkejut, dia hanya memandang ke bawah sahaja tak mampu nak pandang mata Diana. Dia rasa macam dulu-dulu waktu dia luahkan perasaan dia kat Diana. 

    "Tau." 

    "Baguslah kalau kau tau. So, mana lagi seorang?"

    "Macam mana kau tau aku tak berseorangan dekat sini selama ni?"

    "Ye, tuanku cari saya." Ujar jejaka itu. Jejaka itu memakai topeng.

    "Kalau tekaan aku, kau ialah Pengetua Henry. Betul tak?" Terbeliak mata Lewis memandang Diana. Jejaka itu membuka topengnya dan tekaan Diana betul.

    "Macam mana tuanku tahu saya ialah Pengetua Henry. Ramai yang menganggap saya sudah mati. Macam mana tuanku tahu saya masih hidup?"

    "Kau tunjuk semua tu dengan sangat jelas. Biar aku explain. First, aku tau ada orang pecahkan kaca tu. Second, waktu aku bergerak balik untuk pulang ke kelas, aku terdengar dua suara. Suara itu seakan-akan suara kau, kau jangan tanya macam mana aku tahu suara kau macam mana. Banyak video kat youtube kau tengah berucap tapi ramai yang kata kau dah mati. Tapi perasaan aku mengatakan yang kau tak mati. Aku suruh Leona message Leo menyuruhnya mencari informatian tentang kematian kau. Dan aku jumpa satu benda yang pelik."

    "Pelik?" Soal Aaron.

    "Mayat kau dibakar dan menjadi abu. Persoalannya, kenapa kat ruang 'dimakah abu dibuang?' dia jadi unknown. Second persoalan kenapa tak ada gambar mayat kau? Dalam law Alfa Kingdom memang tidak diwajibkan untuk meletakkan gambar mayat tapi kau orang ternama mustahil kau tak letak sebab selalunya orang ternama a.k.a Nobel akan meletak gambar mayat mereka. So aku assume kau tak mati cuma kau bersembunyi."

    "Macam mana kau tau dia bersembunyi kat sini? Dengan aku." Soal Lewis.

    "Kau ingat lagi tak kau pernah bagitau aku yang pengetua Henry bagitau kau. Hanya orang terdekat dengan pengetua Henry sahaja tahu dekat mana bilik bawah tanah tu. Aku pelik pengetua Henry mati sebelum kau ditugaskan lagi untuk menjaga Asrama of Alfa Kingdom. Tapi aku biarkan sahaja kau bermain dengan aku. Kau fikir aku tak sedar selama ni. Sebab itu aku suruh kau buat kerja yang aku bagi. Mesti kau pelik kenapa aku suruh kau je, kenapa tak suruh Leo. Sebab aku nak tengok kau khianat aku ke tidak? Ternyata tidak. So aku tak perlu la risau lagi. Aku pun selalu nampak kau curi-curi masuk asrama ni."

     Terdiam Lewis dibuatnya. Ada sebab kenapa Diana menyuruhnya sahaja. Kadang-kadang dia tertanya-tanya juga kenapa Diana hanya menyuruh dirinya sekarang semua persoalan sudah ada jawapan.

    Diana melihat jam ditangannya sudah hampir 40 minit Diana berada dalam ruang ini.

    "Aku cuma nak tanya something Lewis, kau dah letak sebenarnyakan document penting tu kat istana Alfa Kingdom? Jawab dengan jujur, aku tak suka penipuan."

    "Ahah, aku dah letak document itu kat tempat yang selamat."

    "Kau sebenarnya tipu kan ada orang curi duit kat asrama ni kan?"

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now