1 / Meeting

566 78 47
                                    

I love you dangerously

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I love you dangerously.



"Let's end our marriage." Tanpa berfikir panjang. Lelaki itu terus bersetuju. Senyuman nipis mula terukir di bibirnya.

5 tahun. 5 tahun mereka menjalinkan perkahwinan. Sempurna, tiada cacat cela. Mereka menjalankan kehidupan perkahwinan dengan sempurna.

Lebih dari 20 tahun mereka mengenali satu sama lain. Sejak mereka berusia 10 tahun lagi dan menjadi kawan baik untuk waktu yang lama sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Namun kenapa? Kenapa selepas 5 tahun, wanita itu mengungkapkan hasrat untuk berpisah?

Secara jujurnya, walaupun kedua-dua mereka bersetuju untuk berkahwin. Namun kedua-dua mereka langsung tidak memiliki rasa suka atau cinta melebih dari seorang kawan.

Keputusan yang dibuat hanyalah kerana bagi mereka, perkahwinan yang terjalin hanyalah atas dasar ingin membalas budi atas satu sama lain.

"Kalau itu keputusan you.. I lepaskan you dengan rela. Mungkin dengan menggekalkan status kawan lebih baik?" Ujarnya dengan suara yang lembut, langsung tidak berasa kecewa mahupun marah dengan keputusan yang dibuat oleh wanita yang berada di hadapannya.

Wanita itu mengetap bibir. Dia sedaya upaya menahan diri dari melepaskan mutiara yang sedang bertakung di matanya.

Suasana menjadi sepi dan cukup janggal. Lelaki itu memeriksa telefonnya sebaik sahaja dia menerima satu panggilan.

"Tessa.. I got to go. I ada meeting kejap lagi. You nak I hantar you balik atau?" Tessa menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

"No need, Tae. I boleh balik naik Grab."

Kim Taehyung mengangguk perlahan. "I'm so sorry.." Ujarnya perlahan. Taehyung mula melangkah kaki untuk meninggalkan Tessa sendirian di restoran tersebut. Namun langkahnya terhenti. Dia menoleh semula ke arah isterinya ; atau tidak lama lagi gelaran itu akan kembali bertukar sebagai 'kawan baik'.

"Tessa Oh." Tessa menatap tepat ke arah sepasang mata milik Taehyung.

"Why are we willing to accept the happiness that love cause and not the pain that comes with it? The world need to maintain its balance."

———

Knock Knock.

"Miss Oh."

[H] Dangerously / jjkWhere stories live. Discover now