⬛⬛⬛

Pagi itu, Adira hadir ke tempat kerja dengan mata yang sembap akibat tak cukup tidur. Tangannya mengurut lembut bahagian tengah keningnya. Lega sedikit sakit kepala ringannya.

Tepat jam 9 pagi, Arif memasuki work area . Suasana tenang seperti biasa, seperti tak ada apa yang berlaku. Semasa melintasi meja Adira, mereka berdua sempat bertukar pandangan. Sekadar pandangan.

Tak ada senyuman mahu teguran.

Tak lama kemudian, dua orang pengawal keselamatan pula masuk ke work area. Mereka berjalan terus memasuki bilik pejabat Encik Arif. Adira sudah ketap bibir.

Lebih kurang dua minit, Arif dan dua orang pengawal keselamatan meninggalkan bilik Arif. Berjalan melintasi meja Adira, Arif berhenti sejenak.

"Kejap, we'll need to monitor the cctv. It won't be long" tegur Arif dalam bisikan. Dia tak mahu orang lain dengar. Adira mengangguk faham. Dia berdiri lalu mencapai telefon bimbitnya diatas meja.

"Do I need to bring anything?" Soal Adira, turut berbisik. Arif menggeleng.

"Phone should be fine"

Kemudian, Adira berjalan beriringan dengan Arif, diikuti dengan pengawal keselamatan tadi, keluar dari work area dengan senyap tanpa sebarang bicara. Sehingga masuk kedalam lif barulah Arif membuka mulut.

"We'll confirm your activities from the security footage. Sorry, I really want to keep this between us two but the cctv recorded us leaving the office together. So, no choice. Need to explain" kata Arif dengan ringkas.

Adira rasa bersalah. Mesti situasi ini sangat menyusahkan Arif. Apabila pintu lif dibuka, mereka tiba di tingkat paling bawah bangunan itu. Pengawal keselamatan tadi mengetuai langkah menuju ke bilik cctv.

Arif seringkali mengerling jam yang melilit pergelangan tangannya. Rakaman cctv itu dimainkan. Rakaman itu menunjukkan bahagian dimana Adira dan Arif keluar dari pintu tangga kecemasan di sebelah lift dan masuk semula ke work area . Satu lagi rakaman pula menunjukkan mereka berdua meninggalkan pejabat dan menaiki lif menuju ke kawasan parkir kereta.

"Encik Arif ada apa-apakan Cik Adira ke?" Soal pekerja syarikat keselamatan itu. Terbeliak mata Adira. Arif pula tidak menunjukkan sebarang reaksi. Cepat-cepat Adira menggeleng.

"Jangan risau, Cik Adira. Kebajikan Cik Adira akan dijaga. Saya daripada syarikat keselamatan dan saya tak bekerja dengan Syarikat Lion ni. Saya tak terima arahan dari Encik Arif" ujar lelaki itu lagi.

"Apa-apa yang berlaku, Cik Adira boleh bagitahu je kepada kami" katanya lagi.

Adira menggeleng kuat.

"MasyaAllah tak, tak. Encik Arif tak ada buat apa-apa kat saya. Takde pun sumpah"

"Jadi, kenapa Cik Adira kekal kat pejabat sampai lewat malam. Cik Adira boleh failkan aduan ke pejabat buruh kalau ada apa apa paksaan"

Adira mengerling wajah Arif sebentar. Arif sekadar bersandar di kerusinya sambil memeluk tubuh. Wajahnya tiada ekspresi langsung.

"Saya ada kat tangga kecemasan tu sebab saya siapkan kerja saya. Dah close to dateline. Document kan tak boleh bawak keluar pejabat jadi I have no choice but to finish it. Saya incompatible sebab tak dapat siapkan kerja saya tepat pada masa, Encik" ujar Adira.

"Cik Adira, kami nak statement private Cik Adira. Guard, please guide Encik Arif out of the room" ujar lelaki itu. Arif tersenyum.

" It's okay, no need to guide. I know the way out" kata Arif.

Adira berkerut. Langsung tak hormatkan Encik Arif? Keadaan terbalik sekarang ni. Adira yang bersalah.

"No, no need private statement. Encik. Saya boleh ensure yang I'm completely fine. Saya yang breach security. Saya yang harm his safety" kata Adira. Adira bangun, ingin meninggalkan bilik itu dengan Arif.

Lelaki tadi menahan lengan Adira.

"Cik Adira ni perempuan.." belum sempat ayat itu dihabiskan. Arif bersuara.

"Please treat her like a women then. You're harassing her" ujar Arif.

"Encik Arif, workplace abuse usually happen dalam case like this. Encik Arif lelaki, majikan, yang lebih berpengaruh daripada Cik Adira, perempuan, yang hanya pekerja. Encik Arif dominant. So, please contribute" kata lelaki itu, tangannya masih memegang lengan Adira.

"Please don't touch her." Kata Arif. Nada suaranya serius.

" MasyaAllah, Encik. I ensure you everything happened yang dalam cctv ni is my will. Encik Arif tak ada paksa saya apa-apa pun. Saya yang langgar peraturan. Encik Arif is a nice man and a very good boss. He never communicate much with us worker pun. I ensure you, everything is fine" kata Adira.

"Thank you so much. Terima kasih sangat sangat sebab kisah pasal saya. Terima kasih. I know I'm a women. Thank you for protecting me tapi please respect Encik Arif too. He's our boss"

Tangan Adira dilepaskan.

"Not my boss" ujar lelaki itu. Adira berkerut.

"Kalau macam tu, everything is done here. Terima kasih sebab berikan kerjasama. Saya minta maaf sebab berkasar dengan Cik Adira." Lelaki itu berkata lagi. Adira sekadar mengangguk.

Dia memandang Encik Arif yang diapit dua pengawal keselamatan. Pandangan Arif bertaut dengan pandangannya. "Terima kasih. Let's go Cik Adira" kata Arif.

⬛⬛⬛

Lion ✔ Where stories live. Discover now