Lambat-lambat pandangannya dialihkan pada pisau kecil yang terletak di atas meja di sebelahnya bersama-sama dengan sebakul buah-buahan. Senyuman kecil terukir. Pisau itu dicapai.

Tanpa berfikir,

Zzass!

Darah menitik dari lengan, mewarnai selimut putih yang membaluti tubuhnya. Arabella meletakkan lagi mata pisau di lengannya.

"Arabella! No!"

Pisau segera dirampas oleh Doktor Noah yang baru melangkah masuk dan luka pada lengan Arabella segera ditekap dengan tangannya, dengan sebelah tangan lagi mencapai kit kecemasan. Doktor Noah memandang wajah pucat Arabella. "Arabella...awak dah janji..." Bisik Doktor Noah sambil mencuci luka panjang di tangan wanita itu dan membalutinya.

Arabella cuma merenung kosong Doktor Noah.

"Sorry." Ucapnya perlahan.

"You promised me, Arabella..." Doktor Noah mengangkat wajah menatap Arabella. Matanya berkaca. "You promised me..."

"And I'm sorry." Ucap Arabella sekali lagi. Tangannya mencapai tangan Doktor Noah yang sudah comot dengan darahnya kemudian tisu diambil, membersihkan tangan lelaki itu. Doktor Noah diam, memerhati Arabella.

"Saya tak sentiasa ada dengan awak, tolong jangan buat macam ni. Awak dah janji, Arabella." Lembut Doktor Noah bersuara sambil sebelah tangannya mengusap lengan Arabella yang sudah dibalut rapi.

"Saya cuma nak...lari." Balas Arabella perlahan. Doktor Noah tersenyum pahit. Tubuh Arabella ditarik ke dalam dakapan kerana ini sahaja yang wanita itu benar-benar perlukan sekarang. Semangat dan perhatian.

Arabella yang pada mulanya kaget, membalas dakapan itu erat pada akhirnya. Wajahnya disebamkan pada bahu Doktor Noah. Matanya terpejam rapat saat berada di dalam pelukan hangat itu. Dia rasa tenang.

Satu pelukan lebih baik daripada 24 garis pada lengannya. Hanya ini yang dia perlukan selama ini. Satu pelukan. Cuma itu dan segala masalahnya terasa ringan.


































































ARABELLA memerhati Ace yang sedang mengemas barangnya di dalam bagasi. Pintu wad dipandang. "Hayden, tak datang?" Soal Arabella perlahan. Ace mendongak. Dia tersenyum hambar dan menggeleng. Arabella mengangguk faham.

"Dia sibuk?" Tanya wanita itu lagi.

Ace menggaru belakang leher. Macam mana dia mahu katakan bahawa angin majikannya itu tidak baik berpunca daripada Arabella. Sehingga dia yang mahu membela Arabella pun, terpalit sama disalahkan. Sekarang, dia sudah mengalah. Bersuara pun dia tidak mampu lagi. Hayden kalau datang amukannya, burung pun tak berani hinggap di kawasan rumah lelaki itu.

Arabella yang melihat Ace mula serba salah itu terus mendiamkan diri. Dia faham. Dia faham bahawa Hayden semakin bencikan dia. Lengan baju kemeja Ace ditarik perlahan. Ace mengangkat kening.

"Awak bencikan saya juga?"

Ace terkedu mendengar soalan tiba-tiba itu. Wajah polos Arabella ditatap lama. "Kenapa saya nak bencikan puan pula?" Soal Ace semula. Arabella mengangkat bahu. Dia juga punya soalan yang sama seperti Ace.

ARABELLAWhere stories live. Discover now