"Humm, thanks Yunho. Goodluck dating tu~"

  Yunho senyum, angguk kepala. Dia melangkah pergi, membolos masuk ke dalam keretanya.

  Diane pun kembali memasuki rumahnya, terkejut dia melihat Seonghwa di muka pintu. Seonghwa hanya berdiri memandang wajah isterinya. Diane pandang Seonghwa dengan pandangan geram. Orang dah kata jangan turun, dia turun juga!

  "Abang, Diane dah kata jangan.."

  Tak semena-mena tubuh Diane ditarik ke dalam pelukan. Diane terkedu, kepalanya diletakkan di atas dada Seonghwa. Apa kena dengan suaminya ini? Rambut Diane dibelai Seonghwa, berair matanya.

  "Terima kasih, sayang."

  "Hah? Terima kasih kenapa pula? Abang ni okay ke tidak?"

  Seonghwa leraikan pelukan, pandang wajah Diane dengan pandangan lembut. Dia dengar semua yang Diane cakapkan tadi. Sayang Diane kepadanya betul-betul ikhlas, tak palsu seperti yang Wooyoung gemparkan.

  "Sebab masakkan untuk abang setiap hari." Seonghwa senyum kambing.

  "Ish macam-macam tau! Abang ni Diane dah pesan jangan turun, kalau nak turun tunggu Diane naik lah. Nanti kalau terjatuh tangga tu macam mana? Jom masuk.."

  Tubuh Seonghwa dipapah Diane, dibawa ke sofa di ruang tamu. Dia tahu pasti suaminya itu bosan duduk di dalam bilik saja. Habis-habis pun suaminya itu terjerit-jerit menonton persembahan live daripada kumpulan korea terkenal, Ateez.

  "Diane nak masak sekejap. Abang duduk sini. Jangan pergi mana-mana."

  "Okay boss!!"


  Wooyoung duduk di atas keretanya, memandang suasana padang bola di hadapannya. Jeritan pemain-pemain di padang itu membuatkan mindanya tenang. Pelik kan? Orang tenang bila sunyi, dia tenang bila bising.

  "Kau berani buat aku macam ni, Diane? Aku ni sayangkan kau." Wooyoung genggam penumbuk. Diane dah buta agaknya!

  Telefon bimbit di dalam poket seluarnya berdering. Laju dia menjawab panggilan, apatah lagi panggilan itu daripada Hyunjin. Ringkas saja mereka berbual, Hyunjin sekadar bertanya lokasi Wooyoung kerana dia juga berada di kawasan berhampiran.

  Tak lama, muncul pula kereta Hyunjin yang diparkir tepat di sebelah kereta Wooyoung. Hyunjin keluar dari kereta, lelaki itu mengenakan kaca mata hitam. Tampak segak sungguh dengan rambut panjangnya yang mencecah bahu, tak diikat.

  "Kau ni gelojoh betul." ucap Hyunjin, selamba dia berdiri di hadapan Wooyoung sambil bersilang tangan.

  "Kau yang lembab buat plan." balas Wooyoung, geram.

  "Aku ni dah ada plan dalam kepala otak, tapi kena take it slow. Tak macam kau, main terjah rumah orang macam tu je, tak ada salam, tak ada apa." Hyunjin geleng kepala.

  "Apa plan kau?"

  Hyunjin senyum sinis membayangkan rancangan yang ada di benak fikirannya. Sempurna sungguh rancangan yang dia bayangkan itu.


  Seminggu kemudian

  Seonghwa bersedia bersama pistol di tangannya, fokus dia memandang target. Mingi pula meniarap dari atas rooftop bersama anggotanya yang lain, turut memperhatikan target sama yang Seonghwa pandang sejak tadi.

  Mingi begitu bergaya dengan sniper yang dipegangnya, memerhatikan setiap gerakan yang berlaku di situ. Kelihatan beberapa orang lelaki sedang berbual kosong. Tak lama kemudian, muncul dua buah kereta hitam. Pintu dibuka oleh pemandu, maka keluarlah seorang lelaki berkaca mata hitam dengan beg hitam yang dipegangnya.

The Unplanned WeddingWhere stories live. Discover now