Bab 7

282 42 22
                                    

  Liar mata Ryujin mencari kelibat Diane. Dapat saja berita daripada Seonghwa, mahu gugur jantung dia. Wooyoung ni berani betul, sampai ke rumah Seonghwa pun dia berani! Lee Know berdiri di muka pintu, geleng kepala dia tengok Ryujin yang menjerit-jerit memanggil Diane. Ah! Dia sudah biasa dengan Ryujin, rumah dia ni tak asing bagi Ryujin. Kalau tak ada Diane pun, Ryujin saja-saja datang. 

  "Diane! Kau okay tak?! Si Woo tu buat apa dekat kau? Aku risaulah, Diane!!" tubuh Diane yang duduk di atas sofa digoncang bagai nak tercabut.

  "Aduh, aduh.. sakitlah!" 

  "Mana yang sakit? Mana?!" Ryujin panik.

  "Dah kau goncang adik aku tu macam nak tercabut nyawa, mahu tak sakitnya?!" Lee Know masuk campur, merebahkan punggung di atas sofa.

  "Opps.." Ryujin senyum kekok, perlahan-lahan tubuh Diane dilepaskannya. "Aku risau lah."

  "Aku hidup je lagi ni." 

  "Kejap.." wajah Diane diperhatikan Ryujin. "Kau nampak berisi ni. Kau pregnant ke?" selamba Ryujin menyoal, Lee Know turut teruja mendengarnya.

  "Aku perasan juga. Adik, kau pregnant ke? Seri lain macam!" Lee Know menambah.

  "Ish! Mana ada! Salah ke nak naikkan berat badan sikit?" Diane menjeling geram. 

  "Alah, kalau pregnant pun apa salahnya. Tapi kan, sepanjang kau kahwin ni tak pernah aku nampak ahli keluarga Seonghwa melawat kau. Kau pun tak ada sebut langsung pasal ahli keluarga dia." Ryujin bersuara lagi.

  Lee Know diam, secara tiba-tiba angkat punggung. Dia beredar dari ruang tamu, tak mahu ikut campur lagi dalam perbualan dua sekawan itu.

  "Betul juga tu. Masa aku bercinta dengan dia dulu pun, langsung dia tak sentuh pasal keluarga dia. Kenapa ya?" Diane pun rasa tak senang.

  "Cubalah kau tanya. Kau tu wife dia, kena tahu tau pasal keluarga suami. Barulah nampak macam ambil berat sikit."

  "Nanti balik, aku tanya."


  Seonghwa hanya memandang gambar yang ada di dalam failnya. Penjenayah dikehendaki atas kes pengedaran dadah. Park Kyung. Berair matanya memandang gambar itu. Penjenayah yang dia cari itu adalah abangnya sendiri. Mingi masuk tanpa sebarang salam, secara tak sengaja terpandangkan Seonghwa.

  Mingi mengeluh kecil, bukannya dia tidak tahu apa yang Seonghwa tengok dan fikirkan sekarang ni. Dia cukup kenal dengan perangai Seonghwa, Seonghwa dah macam ahli keluarga dia sendiri. Mingi melangkah ke arah kerusi kosong di hadapan Seonghwa, ambil tempat duduk.

  "Bagi kes tu pada aku, biar aku handle. I know it is hard for you." Mingi bersuara.

  "Tak. Aku nak juga kes ni. Walaupun dia abang aku, jenayah tetap jenayah dan aku takkan biarkan orang lain tangkap abang aku. Biar tangan aku sendiri yang gari dia nanti." berkelip-kelip mata Seonghwa memandang syiling, cuba menghilangkan takungan air mata.

  "Kalau kau yang tangkap abang kau sendiri, nanti ayah kau bertambah bencikan kau. Kau jadi polis pun dia dah sanggup buang kau dari keluarga, apatah lagi kalau kau tangkap abang kau sendiri?" Mingi masih cuba memujuk.

  "Sama je, Mingi. Walaupun orang lain yang tangkap abang aku nanti, ayah tetap tak terima aku. Lebih baik aku jalankan tanggungjawab aku pada negara. Keutamaan aku sekarang hanyalah Diane dan negara kita." 

  "Ni, Diane tahu pasal ni? Pasal keluarga kau? Abang kau siapa, ayah kau siapa, ada kau beritahu dia?" 

  Seonghwa diam sejenak.

The Unplanned WeddingWhere stories live. Discover now