Bab 5

339 44 14
                                    

  "DIANE!!"

  San yang baru saja bangun dari tidur tersentak hebat dengan jeritan Wooyoung. Apa lagi masalah Wooyoung ni? Terketar-ketar tangan Wooyoung menggenggam botol mineral, hampir lunyai dibuatnya.

  "Diane datang ke?" San turun anak tangga, masih mamai.

  "Dia tu memang nak kena dengan aku lah!" 

  "Siapa pula? Diane?" San baring di atas sofa berdekatan Wooyoung.

  "Takkan kau pula! Diane lah, siapa lagi. Mentang-mentang dia dah cantik, dia ingat dia boleh jual mahal dengan aku macam tu je? Eh apa kurangnya aku dibandingkan Seonghwa tak guna tu? Bagitahu aku sekarang."

  "Banyak kurangnya. Seonghwa tu tinggi.."

  "Engkau nak cakap aku pendek?"

  "Tinggi daripada kau, aku tak cakap pun kau pendek. Sekejap, tak fahamlah aku dengan kau ni. Diane dah kahwin kan? Biarlah dia bahagia. Kau yang tak nak kahwin dengan dia. Bukan salah dia pun." San mencebik. 

  "Aku tak suka kalah! Apatah lagi kalah dengan Seonghwa tu. Lagipun Diane tu makin cantik, mana boleh aku biar Seonghwa dapatkan dia macam tu je!"

  "Dah itu isteri dia, memang milik dialah! Aku tak faham otak kau ni berfungsi macam mana. Sudahlah, aku nak mandi!" bantal peluk di atas sofa dilempar tepat mengena muka Wooyoung, biar sedar diri sikit.

  Wooyoung menjeling geram. Sabar je lah!


  Letih, penat.

  Itulah yang mampu digambarkan sekarang, Diane memang letih! Hari di pejabat yang gila, tambah pula jumpa orang gila. Pintu ditolak, aneh juga apabila suasana rumah gelap gelita. Seonghwa kata dia balik awal harini.

  "Sayang? Awak dah balik ke belum?"

  Makin risau Diane dibuatnya apabila tiada sahutan. Kereta Seonghwa ada je dekat luar. Mana pergi suaminya? Baru dia nak melangkah lagi, pinggangnya dipeluk dari belakang. Diane terpaku, takut, gugup, semua ada. Takkan rumah ni nak dirompak kali kedua? 

  "Happy Birthday, wife."

  Senyum Diane melebar, perlahan-lahan dia berpaling, pelukan di pinggangnya dileraikan. Walau keadaan masih gelap, bau minyak wangi Seonghwa tak pernah dia lupa. Seonghwa sempat memberi kucupan mesra di pipi Diane sebelum melangkah pergi buat seketika, lampu rumah dibuka. Saat itu juga kek yang tadinya diatas meja dibawa bersama.

  "Happy birthday. You like it? Come on, blow."

  Diane angguk teruja, lilin yang menyala ditiupnya. Kek dipotong dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir. Krim dicalit sedikit, sengaja dia calit di hidung Seonghwa.

  "Oh ya, bukan kita berdua je ada dalam rumah ni."

   "Siapa lagi?"

   "Happy Birthday Diane!!!" 

  Mahu terkejut beruk Diane dibuatnya. Ryujin, Yunho, Mingi dan Lee Know muncul dari muka pintu, masuk tak dijemput. Senyum Diane melebar, Seonghwa meletakkan kek tadi di atas meja, Ryujin dan Diane sudah galak berpelukan.

  "Ini je kawan-kawan kita yang ada, tak dilupakan abang ipar tercinta~" comel Seonghwa ambil hati.

  "Kalau kau tak jemput aku, satu rumah aku jadikan kek nanti." Lee Know angkat sebelah kening dengan senyuman sinis.

  "Muka handsome, mulut tu tak ada insurance betul." Mingi berbisik ke telinga Yunho.

  "Eh mulut aku, suka hati akulah!" Lee Know jeling tajam.

The Unplanned WeddingWhere stories live. Discover now