38- Maaf.

32 0 0
                                    

Maafkan aku,
jika terlalu keras
untuk dilembutkan,
jika terlalu lemah
untuk dibalas,
jika terlalu garang
untuk difaham.

Maafkan aku,
andai aku yang kau rasa susah,
andai aku yang selalu salah,
andai aku tak dianggap mudah.

Maafkan aku,
untuk hari yang sentiasa
ada bingitnya,
untuk setiap nada
yang dianggap kasar bunyinya,
untuk semua jawapan
yang dianggap jelek dan menyakitkan hati.

Maafkan aku,
bila dianggap hanya peduli pada seorang,
bila menjadi diktator semua keadaan,
bila mendahului dalam pelbagai kemungkinan.

Maafkan aku,
kerana tak mampu kawal bicara,
kerana sentiasa sembunyi rasa,
kerana hilang timbul dengan emosi.

Maafkan aku lagi,
sebab aku
hidup kau tak sempurna.

Noktah HatiWhere stories live. Discover now