34- 366/366.

31 0 0
                                    

Dua puluh-dua puluh
hari terakhir dari 366
sesingkat itu saja jalani yang normal
kini adaptasi dengan norma baru

untuk segala yang sedih dalam diam
melawan perasaan negatif itu sendirian
jatuh bangkit melawan masa sukar
dan air mata yang disembunyi hilang

anggaplah itu satu proses
dalam membersihkan hati, jiwa dan dirimu
sekaligus membentuk
menjadikan kamu seorang yang baru

tahun yang nak dilupa terus
tapi percayalah
akan diingat sentiasa

terima kasih Allah
kerana masih bangunkan kami setiap hari
untuk jalani kehidupan baru

tahniah kerana berjaya
bertahan menghabiskan tahun ini

jadi lelapkan matamu
dan melangkah ke tahun 2021
dengan semangat yang baru

sekali lagi
sediakan dirimu kerana
hujung nanti bakal dihiasi
yang indah belaka
yang kau tak akan jangka.

P/s;

Semoga tahun 2021 menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua dan semakin dekat dengan Maha Pencipta kerana kita hanyalah hamba yang ada pasang surutnya dalam menjalani kehidupan seharian di dunia. Selamat tahun baru dengan azam baru!

Salam sayang,
Ak.

Noktah HatiWhere stories live. Discover now