"Kenapa? Cakaplah, jangan nangis." Diane risau.

  "Gas dapur aku habis! Aku tak boleh masak, aku lapar!" Yunho memuncung lagi.

  Tak semena-mena baju Seonghwa dibaling tepat ke kepala Yunho dari atas. "Aku ingat ada orang mati lah tadi! Sakit hati aku!" Seonghwa membentak.

  "Aduhai Yunho." Diane tepuk dahi. "Aku dah masak tu, pergi dapur. Itu pun nak menangislah kau ni. Abang, baju ni cubalah jangan baling.." baju Seonghwa tadi dikutip Diane, naik pula ke tingkat atas.

  Tak mudah betul jadi seorang isteri!

  Usai menguruskan suami, Yunho pun dah selesai makan, maka habislah tugas Diane di pagi hari. Giliran dia pula yang akan menyibukkan diri ke pejabat. Pintu rumah dikunci, pintu kereta pula dibuka. 

  "Diane.." pintu keretanya ditutup kembali, Diane terkedu.

  "W..wooyoung?" 

  "Please accept me back. Minta cerai dengan Seonghwa, please. Marry me, we will be happy ever after, i promise."

  "Apa ni Wooyoung.."

  Nyaris Wooyoung merapatkan bibirnya namun Diane cepat menolak, terkejut besar dibuatnya. Dia berundur beberapa tapak namun Wooyoung langsung tak berundur, malah makin mendekat. 

  "I love you, sayang. Apa yang Seonghwa tu ada? Rumah macam ni, i boleh bagi dekat you!" Wooyoung pujuk lagi, makin lama makin dekat. 

  "Wooyoung, baliklah! Jangan buat kecoh dekat sini, Diane nak pergi kerja lah!!" Diane terketar-ketar meraba dinding, belakang tubuhnya sudahpun menyentuh dinding.

  "I takkan balik kalau you tak nak terima i semula. Tolonglah.." tangan Diane ditarik kasar.

  "Wooyoung jangan, tolong.." puas Diane cuba menarik kembali, namun apalah kudratnya sebagai seorang wanita.

  "Woo sayangkan Diane!" 

 Tubuh Diane ditarik kasar, pinggang Diane dipaut erat, dipaksa mendekat dengannya. Bertakung air mata Diane, merayu-rayu dilepaskan. Yunho tak ada, Seonghwa pun tak ada, apalah nasib dia kali ni?

  "Duduk diamlah! Selama ni Woo pegang Diane, even kiss you! Tak pernah mengelak macam ni pun." 

  "Itu dulu, Wooyoung.. tolonglah. I am married.." 

  Wooyoung senyum sinis. "Apa beza dulu dengan sekarang? I am still yours, you're still mine. Sama je, yang berbeza hanyalah si Seonghwa keparat tu.."

  "Watch your mouth!" Tak semena-mena wajah Wooyoung ditampar kuat. 

  Pelukan paksa tadi terlerai, Diane bergegas ingin meloloskan diri ke dalam keretanya, namun Wooyoung tahan lagi. Pergelangan tangannya ditarik kasar, ditolaknya tubuh Diane, disandarkan ke atas kereta. 

  "Aku datang cara baik, kau buat macam ni? Kau ni.."

  Baru saja penampar sulong Wooyoung ingin hinggap di pipi mulus Diane, pergelangan tangannya ditahan, malah pipinya yang ditumbuk. Mahu tersungkur dia jatuh ke lantai. Diane yang tadinya pejam mata, perlahan-lahan membuka matanya. Sepatutnya dia ditampar, kenapa tak rasa sakit pun?

  "ENGKAU DAH GILA KE, Wooyoung?! INI BINI AKU!" mahu terkeluar urat tekak Seonghwa menjerkah.

  Diane yang sedar akan kehadiran suaminya lemah kaki, hampir saja jatuh ke lantai namun disambut Seonghwa. Tubuh Diane didakap erat, kepala Diane bersandar di dadanya. Tercungap-cungap dia melihat tubuh Wooyoung di lantai.

  "Bagus kau ada.." darah di hujung bibir dilap dengan tangannya sendiri, perlahan-lahan berdiri. "Aku nak kau ceraikan dia depan mata aku. Aku nak dia balik."

The Unplanned WeddingWhere stories live. Discover now