"AHHH banyak ye kena fikir. Settel kan satu persatu boleh tak Diana. Takkan la semua benda kau nak fikir." Ujar Diana kepada dirinya sendiri.

Tok, tok, tok

     "Masuk."

     "Diana, Diana, Diana." Tercungap-cungap Leona. Dah kenapa pulak ni?

     "Kau ni dah kenapa?"

     "Ni, Princess Eryna." Leona menghulurkan telefon pintar kepada Diana. Tu je sebab kenapa Leona berlari sebab nak bagi Diana telefon.

     "Helo Eryna, aku.."

     "Tuanku, apa benda ni? Saya ingat tuanku buat kerja clean." Belum sempat Diana ingin menghabiskan ayat, Princess Eryna sudah memotong. Sabar Diana, sabar.

     "Ni yang aku nak cakap ni. Artikel pasal aku bercinta dengan Aaron Smith tu tak betul. Orang buat cerita je. Lagi satu, aku pergi dengan orang bawah aku sekali bukan berdua."

     "Ohh macam tu rupanya."

     "Aku nak minta pertolongan kau ni."

     "Apa dia, tuanku? Kalau saya boleh bantu, saya bantu." Balas Princess Eryna dengan lemah-lembut.

     "Aku nak kau jangan keluar dari istana kau. Tak silap aku nasib kau pun lebih kurang macam aku kan?"

     "Nasib? Nasib macam mana tu, tuanku?"

     "Tak dibenarkan keluar dari istana."

     "Malangnya, betul tuanku."

     "And kalau kau keluar jumpa rakyat kau, kau pakai topeng kan?" Jangan tanya kenapa Princess Eryna kena keluar pakai topeng. Yang tu adat Blue State. Kalau Princess Eryna nak tunjuk muka dia mesti umur lebih daripada 20 tahun. Sebab tu dia pakai topeng dan sebab kan itu jugak dia tak pergi ke asrama. Bukan sebab peristiwa Blue State tu aja. Adat ni hanya diwarisi untuk golongan puteri sahaja. Putera tak payah. Kerana puteri Blue State ni selalu ada kecantikan yang luar biasa. Jadi, tak nak para jejaka jatuh cinta dan mengorat puteri Blue State. Dan menyebabkan puteri Blue State jatuh cinta. Wujudlah adat ini. Selepas hari jadi yang ke 20 barulah, puteri Blue State akan tunjukkan rupa parasnya.

     Tapi Princess Eryna memang cantik pun. Ada beberapa je pernah nampak mukanya. Pengawal Blue State itu pun tak pernah tengok rupa paras Princess Eryna. Senang cerita, perempuan boleh la tengok tapi untuk keluarga terdekat sahaja.

     "Betul, tuanku."

     "Okay, aku minta maaf sangat. Sekarang ni banyak betul benda berlaku. Aku betul-betul nak minta maaf. Tak cukup patah perkataan untuk mengucapkan maaf aku kat kau."

     "Tak apa, tuanku. Lagipun, gambar tu tak tunjuk rupa pun. So tak apa lah. Lagipun, ramai dah anggap wajah saya macam tuanku."

     "Ye ke?"

     "Yelah, sejak tuanku pergi asrama tu kan dah offial muka saya dah ditunjukkan kepada public walaupun bukan wajah saya yang betul pun."

     "Tu la, budak sekolah tu pun fikir adat tu dah tak pakai lagi dah. Aku diam je la. Tak boleh kata lebih-lebih nanti bocor pulak. Tapi tak apa budak sekolah tu pun bukannya pandai sangat." Balas Diana bersahaja.

     "HAHA apalah tuanku ni. Tuanku jangan risau. Pandai-pandai lah saya nanti."

     "Terima kasih, kau kawan yang baik." Diana menunggu Princess Eryna balas tetapi tidak ada suatu suara pun yang keluar.

     "Eryna?"

     "Terima kasih tuanku. Saya tak sangka tuanku anggap saya kawan. Saya menangis. Kenapa saya menangis ni?"

     "Dah, dah jangan nangis. Aku kena gerak dah ni."

     "Baik tuanku. Bye tuanku."

     "Ok bye. Jangan nangis-nangis tau."

     "Baik tuanku." Panggilan dimatikan.

     Diana menghulurkan telefon itu kepada Leona. Leona mengambil dan terus keluar dari bilik Diana. Tidak lupa jugak tunduk hormat. Walaupun puteri Alfa Kingdom member kau tapi tak boleh la biadap.

______________________________________

     Breakfast kali ni, semua lebih selesa mendiamkan diri. Diana perasan ramai yang memerhati Diana sejak Diana turun dari biliknya lagi. Ye la siapa je tak terkejut, bila artikel tentang Diana tersebar luas di sosial media walaupun dalam tu bukanlah identiti sebenar Diana tapi still Diana.

     "If all of you want to ask something, just ask. Jangan pandang Diana macam tu, I'm  uncomfortable." Ujar Diana setelah di lama ditenung oleh manusia yang makan sekali dengannya di meja itu.

     "Diana, okay tak? Ye la, apa yang jadi ni mengejutkan semua pihak. Princess Eryna okay? Diana dah berterus-terang dengan dia tentang hal ni?" Ujar Princess Damien. Banyak kebenor soalannya.

     "First of all, I'm okay, i'm good. Don't worry. Princess Eryna pun okay. Yes, Diana dah terangkan perkara sebenarkan dia dan Princess Eryna memahami. Okay any other question?"

     "Diana tak malu ke nanti bila kat asrama? Nanti Diana jadi bahan gosip." Diana terkedu dengan soalan Prince Danish. Tak pernah dia terfikir pasal asrama.

     "Buat apa nak malu. Bukan benda betul pun. Diana tak kesah la jadi bahan gosip pun, sekali-sekala jadi famous apa salahnya." Prince Danish hanya mengangguk tanda setuju dengan tindakan Diana nanti. Walaupun tak berapa setuju sangat.

     "Okay lah. Diana dengan Leona nak gerak dulu." Leona pun sudah habis makan. Selamat sempat makan banyak tadi. Omel Leona.

     "Okay, careful."

     "Okay, ayahda. Bye yall."

     "Bye."

     Diana dan Leona keluar dari istana dan memasuki perut kereta. Sedia ingin kembali ke asrama.

     "Leona, kau ada tanya Aaron. Dia okay ke tidak?"

     "Dah aku dah tanya tapi dia tak reply lagi." Diana hanya mengangguk malas. "Nanti kalau dia reply, kau bagitau aku tau."

     "Okay." Leona terus bermain dengan telefonnya. Diana mengintai sedikit. Main dengan sosial media rupanya. Diana dah kena ada sosial media la ni.

     "Diana!!"

     "Apa?" Hampir tercabut jantung Diana dibuatnya tapi tercabut hati dulu kot.

     "Aku dah tau dah kenapa Aaron tak reply message aku."

     "Tu je ke. Kau ni Leona buat terkejut aku je."

     "Ada wartawan kat rumah Aaron sekarang ni. Nak interview Aaron pasal hal korang tu la."

     "HAH!!"

     WHAT!!!
    

    

Princess of Alfa Kingdomحيث تعيش القصص. اكتشف الآن