Bab 2

321 46 28
                                    

Malam tiba menyapa bumi. Diane tak berganjak dari katil, masih mengenakan baju pengantin. Pintu bilik dibuka perlahan, melihatkan kelibat Seonghwa. Pasti lelaki itu letih, seharian melayan tetamu. Hal yang sepatutnya dikerjakan terpaksa ditangguh Seonghwa, semua kerana majlis tak dirancang ini.

"Tak mandi lagi?" soal Seonghwa, kekok.

Diam. Tiada balasan dari Diane. Terulang kembali babak sewaktu Seonghwa menawarkan diri untuk menjadi suaminya.

"Kau dah gila ke, Hwa?" Lee Know juga jelas tak menjangka tindakan Seonghwa.

"Gila tak gila, kau yang tak nak malu kan?"

"Memanglah aku tak nak malu. Tapi aku tak nak libatkan juga orang lain dalam masalah keluarga aku. Lagipun kau dengan Diane kan bekas kekasih. Tak awkward ke?"

Mata Seonghwa beralih memandang Diane.

"Aku tak ada masalah nak gantikan Wooyoung untuk tutup maruah keluarga kauorang berdua. Itu pun kalau Diane sanggup. Aku tak paksa. Pasal macam mana nak teruskan perkahwinan ni, kita boleh cuba." tenang Seonghwa membalas. "Diane, kau fikir dulu."

Diane melabuhkan punggung di atas katil. Maruah abangnya atau perasaannya? Kalau tidak diturut cadangan Seonghwa, agak-agak Wooyoung memang akan dicincang Lee Know ke? Arh! Dalam situasi sempit begini, kepala Diane masih lagi risaukan Wooyoung.

"Boleh. Tapi satu syarat." Diane mendongak memandang Lee Know. "Don't hurt Wooyoung."

Bunyi tali pinggang yang diletakkan di atas meja membuatkan Diane kembali tersentak ke realiti. Pandangan dia tepat memandang Seonghwa. Lelaki itu terkebil-kebil mencari sesuatu.

"Kenapa?" soal Diane.

"Baju.."

Diane mengeluh. Dia lupa Seonghwa sehelai sepinggang ke sini. Hari juga sudah malam, takkan lelaki itu tak mahu mandi. Nak pakai baju sama sampai esok? Tak selesa. Sudah berpeluh sakan tadi, mesti melekit.

"Tunggu. Aku pinjam baju abang aku."

Diane melangkah keluar dari bilik. Seonghwa meletakkan punggung di atas katil, memandang sekeliling. Siapa sangka dia bergelar suami kepada bekas kekasihnya sendiri. Adik sahabatnya pula tu. Kau gila, Seonghwa.

Ya, memang dia gila. Gilakan Diane lah!

Tak lama Diane pergi, dia kembali lagi dengan beberapa helai pakaian. Diletakkan elok di atas katil. Satu satu baju-baju itu diangkat Seonghwa, diukur di badannya sendiri.

"Pergilah mandi. Muat tu, kau dengan Lee Know lebih kurang je pun badan."

"Umm, thanks."

Gelak tawa dua lelaki itu memenuhi segenap sudut kafe. Galak sungguh ketawa, tak ubah seperti orang menang loteri.

"Kalau aku dapat tengok muka si Lee Know tu, lagi puas hati aku!" Hyunjin tersenyum sinis.

Wooyoung teguk minumannya. Pandangannya tak putus memandang Hyunjin yang berada di hadapannya ini. Dia juga tertanya-tanya kenapa Hyunjin benci benar dengan Lee Know.

"Kau ada sejarah apa dengan Lee Know?"

"Sejarah? Puitis betul kau."

"Aku pelik. Setahu aku dulu kau dengan dia berkawan baik. Apa kes ni? Dia sailang awek kau ke bro?"

"Bila ketika aku pernah ada awek? Dia tak sailang awek aku, cuma dia sailang kebahagiaan adik aku." Hyunjin tampak serius.

"Siapa adik kau? Aku tak pernah tahu pun kau ada adik."

The Unplanned Weddingحيث تعيش القصص. اكتشف الآن