Tapi sekarang Diana malas nak ambil tahu. Biarlah. Mungkin sejarah lama keluarga Alfa Kingdom ataupun nenek moyang Diana dulu ada simpan barang berharga dalam bilik ini. Lantak la. Tak pentimg dah.

     "Lama betul kau buang hajat." Leona memerhati sahaja Diana memasuki kereta itu.

     "Nak buat macam mana, aku cuci. Bukan macam kau tak cuci."

     "Helo, aku cuci okay. Aku ni pembersih orangnya." Leo dan Lewis nak termuntah mendengar apa yang Leona cakapkan.

     "Abang-abangku betulkan apa yang adikmu cakapkan." Leo dan Lewis hanya menghiraukan Leona. "Fine, Leona diam." Terus Leona mendiamkan diri. Aaron menahan ketawa manakala Diana memerhati jalan. Buat pertama kalinya, dia akan pergi ke Gold State. Kat situ la tempat makmal tulisan. Fact: Adrian ialah prince dari Gold State.

     Mungkim sebab itu kot Diana tiba-tiba teringatkan Adrian. Apa la yang Adrian tengah buat? Dia rindu tak kat Diana? Seseorang Lelaki yang Diana ingin menggunakan untuk kebaikan sendiri. Jujur, ada juga rasa bersalah itu tapi nak buat macam mana. Demi kingdom bukan demi koko ye.

     Akhirnya, Diana terlelap selepas penat termenung.

______________________________________

     "TUANKU"

     Aku tak dapat nak membuka lagi mata ini. Aku dapat rasakan kali ini mungkin nafas terakhir aku. Pandangan aku semua kabur. Mata aku akhirnya tertutup. Tiba-tiba, ada tangan yang merangkul pinggang aku malangnya aku tak mampu nak membuka mata.

     "Tuanku, tuanku jangan lelapkan mata tuanku, please i'm begging you."

     Aku tak dapat nak mengeluarkan suara aku mungkin aku terlalu penat.

     "TUANKU...." Akhirnya, semuanya kabur dan aku tidak mendengar langsung suara yang memanggil diri ku tadi.

     Diana terjaga dari lenanya kerana Leona menampar Diana.

     "Woi, sakit la tak payah la tampar aku." Marah Diana. Tapi apakan daya Diana seorang yang dingin nada suaranya masih sama tidak pernah berubah. Kalau berubah tu mungkin Diana betul-betul marah.

     "Aku kejut kau banyak kali kau tak bangun. Pastu aku panik aku tampar je la kau. Mana la tau kau dah mati."

     Diana hanya menjeling Leona yang berada disebelahnya. "Kita dah sampai ke?" Soal Diana. Maklumlah, kereta yang mereka naik ni ada tingkap yang ada langsir. Tarik langsir pastu sleeping beauty la jawabnya.

     "Dah." Balas Leona sepatah.

     "Leo, Lewis aku nak korang cover muka korang."

     "Okay." Tak perlu bagi sebab Leo dan Lewis sudah tahu kenapa.

     "Aaron kau famous tak?" Soal Diana. Aaron yang sedang berswafoto terkedu dengan soalan yang diajukan daripada Diana.

     "Entah la tuanku. Mungkin ya mungkin tidak."

     "Mana boleh macam tu. Kau ni famous tak kat sosial media?" Soal Diana lagi.

     "Entah la tuanku. Saya punya followers sosial media saya baru ada 10 milion. Tak tahu la famous ke tidak." Ujar Aaron bersahaja. Leona sudah menepuk dahi.

     "Aaron, 10 milion tu bukan satu ratus. Maksudnya kau famous la tu. Apa kebongok sangat Aaron ni." Diana hanga mengangguk sahaja dengan apa yang Leona cakapkan. Patutla Aaron ni dah famous kat sekolah rupa-rupanya famous kat sosial media.

     Diana kena la jugak kot ada sosial media. Lapok sangat Diana ni.

     "So saya kena cover muka jugak ke?" Soal Aaron. Selamat dia pakai hoodie. Boleh la tutup muka dengan tudung hoodie ni.

     "Cover je lah in case apa apa jadi."

     "Baik tuanku." Aaron terus memakai tudung hoodie itu. Diana menahan ketawanya bila Aaron memakai tudung hoodie itu.

     "Kenapa tuanku saya nampak buruk ke?" Diana tertawa kecil.

     "Meh sini." Aaron dekatkan diri dekat Diana.

     "Kalau ye pun kelam-kabut pakai tudung hoodie tu, jangan la sampaikan rambut kau jadi serabut." Diana membetulkan rambut Aaron bagi tak nampak serabut. Muka Aaron sudah merah padam. Jarak muka Aaron dengan Diana sangatlah dekat.

     "Ah baru okay. Baru handsome." Aaron menundukkan wajahnya supaya Diana tidak nampak wajahnya yang sudah merah padam. Malangnya, Diana dah lama nampak. Diana hanya mampu tersenyum.

     "Okay, dah jom. Tak payah nak romantik kat sini. Geli aku tengok." Jealous la tu Leona. Nak buat dekat Malique la tu. Ehhh.

     Diana, Leona, Leo, Lewis dan Aaron akhirnya keluar daripada kenderaan. Aaron nampak nervous. Bak kata orang first time. Masuk saja dalam makmal tu, mereka sedaya upaya tak menarik perhatian sesiapa dan terus menuju ke bilik kertas.

     Jarang rakyat Alfa kingdom menggunakan kertas sebab itu senang sikit kerja Diana nak mencari penjahat itu. Lagi-lagi, kertas milik Alfa Kingdom boleh dapatkan cap jari. Kerjanya mudah sahaja. Pergi ke bilik kertas, pergi ke salah satu computer dan computer itu boleh mengesan cap jari.

     Mudah bukan? Teknologi. Kitaorang bukan hidup zaman kesultanan melayu melaka.

     Masuk sahaja dalam bilik kertas, semua tempat sudah ada orang. "Haihh aku ingat Alfa kingdom tak pakai kertas sangat. Rupa-rupanya, ramai jugak. Kata save earth." Omel Leona.

     Hampir 10 minit mereka menunggu akhirnya ada juga manusia bangun, tersenyum la Leona jawabnya.

     Mereka berjalan menuju ke tempat itu. Terus meletak kedua-dua surat itu di atas mesin mengesan cap jari, tunggu beberapa minit dan akhirnya tahu la siapa penjahat itu.

Tinggg..

     Malangnya, tiada mengesan cap jari. Dari happy sekarang dah sad. Diana pun mengajak Leo, Leona, Lewis dan Aaron keluar dari bilik itu.

     "Jom la kita pergi mall kat depan situ. Kita pergi makan-makan." Ujar Leona. Itu yang kau fikirkan dari tadi Leona. Haihhh.

     "Jom." Balas Diana. Kadang-kadang tak salahkan nak shopping.

     Tapi mereka berpendapat pergi coffee shop dahulu. Haus katakan. Mereka memcari tempat untuk melabuh kan punggung. Akhirnya, dapat jugak duduk.

     "Diana, Aaron korang nak apa?"

     "Aku nak ice chocolate. Kau Aaron?"

     "Sama la." Ingat pesanan Diana. Tidak boleh menggunakan perkataan tuanku kat luar.

     "Okay." Terus Leona berlari pergi ke abang-abangnya yang berada di kaunter. Tinggal lah Diana dan Aaron di meja.

______________________________________

Kecekek (bunyi tangkap gambar macam tu kan?)

     Manusia itu senyum sinis melihat gambar itu. "Mungkin dunia akan terkejut dengan gambar ini. HAHA."

______________________________________

Don't forget to vote, comment and share. Love, d.r

    

Princess of Alfa KingdomTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon