BAB 4

202 11 0
                                    

HAKIM memicit dahinya yang terasa sakit sebelum tangan yang sebelah lagi menekan butang lif. Tubuhnya tersandar pada dinding lif apabila dia merasakan kepalanya seperti kena gerudi. Dunia terasa berpusing-pusing, membuatkan kepalanya pening.

Ting!

Alisa yang sedang memeriksa segala surat-surat dengan merujuk buku rekod yang diberikan oleh Hani, spontan angkat kepala. Jantungnya kembali berdegup kencang ketika melihat Hakim muncul. Sempat dia menjeling jam di tangan. Hampir pukul 1.00 tengah hari.

Dia menjangkakan yang lelaki itu takkan masuk ke pejabat sebelum waktu makan tengah hari tamat. Namun, ternyata dia silap.

"Err... Encik Hakim." Alia spontan berdiri ketika lelaki itu berjalan melepasinya.

Lelaki itu langsung tidak memandangNya. Malah, lelaki itu memperlakukan dirinya seolah-olah tidak wujud di situ.

Alisa melepaskan keluhan berat. Sedih dengan layanan yang dia terima hari ini. Dia tak menyangka yang kerja sebagai setiausha ini susah juga. Memang jauh berbeza betul dengan drama di televisyen. Dia membayangkan kehidupannya sekurang-kurangnya seperti Kim Mi-so dalam cerita Korea What's Wrong with Secretary Kim.

Tiba-tiba, rasa menyesal pula kerana menerima jawatan ini. Kalaulah dia tahu macam ini perangai bosnya itu, sumpah dia takkan terima. Biarlah dia duduk rumah goyang kaki pun, asalkan hatinya tak sakit.

Namun, apabila teringat macam mana gembiranya ibunya apabila diberitahu yang dia telah berjaya mendapat kerja, dia tak jadi nak berhenti kerja. Lagipun, telinganya dah tak tahan nak mendengar kata-kata sinis mak cik-mak ciknya yang suka benar membandingkan dirinya dengan anak-anak mereka.

"Si Amira tu baru aje dapat kerja bulan lepas. Kerja akaun. Baru aje konvo terus dapat kerja. Kau, Lisa, dah habis belajar dekat setahun takkan tak dapat kerja lagi?"

Begitulah pertanyaan yang kerap dia terima daripada mak langnya.

"Ha'ahlah, Lisa. Si Danial tu pun dah dapat kerja minggu lepas. Kerja di Singapura lagi. Itulah, dulu mak long dah cakap kalau nak pilih kos tu, jangan pilih yang pelik-pelik. Kan sekarang susah nak cari kerja."

Begitu pula kata-kata mak longnya berkenaan anak sulungnya.

Walaupun mak cik-mak ciknya boleh dikategorikan sebagai bermulut laser, namun dia tak pernah bermasam buka dengan sepupu-sepupunya. Malah, dia paling rapat dengan Danial memandangkan lelaki itu seusia dengannya.

Ketika dia berjaya memperoleh jawatan ini, Daniallah orang kedua yang dia bagi tahu. Orang pertama sudah tentulah syurganya, ibunya sendiri.

Seperti biasa, Danial gembira dan tak putus-putus ucap tahniah. Danial kata, jika dia tak sibuk dengan kerjanya di Singapura, dah lama dia tempah tiket ke Kuala Lumpur untuk bertemunya.

Alisa menongkat dagu ketika memikirkan tentang masa depannya. Entah apalah pandangan Danial terhadapnya jika dia menyuarakan hasrat mahu berhenti kerja sedangkan baru dua hari dia bekerja. Pasti lelaki itu kecewa dan memandang rendah terhadapnya.

Alisa melepaskan keluhan berat. Nampaknya, mahu tak mahu dia perlu bertahan sajalah sebelum dia cari kerja lain.

Kriuk! Spontan Alisa menyentuh perut yang sudah mula berbunyi. Sekali lagi Alisa menjeling jam di tangan.

Sudah pukul 1.00 tengah hari. Waktu makan tengah hari. Alisa menoleh ke pintu bilik Hakim yang masih tertutup rapat.

Lelaki ni tak nak keluar makan tengah hari ke? Mustahillah lelaki itu puasa sebab orang yang sedang berpuasa selalunya jenis yang banyak bersabar. Bukan jenis marah mengamuk macam pagi tadi.

LOVE YOU, ENCIK HAKIMWhere stories live. Discover now