BAB 7

150 8 0
                                    

"MACAM mana dengan kerja? Okey?" Datin Harlina bersuara, membuka bicara apabila masing-masing mendiamkan diri di meja makan.

"Bolehlah." Hakim menjawab sepatah.

Datin Harlina memandang suaminya yang turut mendiamkan diri sejak dari tadi.

"Am, mama cakap sikit boleh?"

Hakim hanya diam dan menyuap nasi ke mulut. Dia seperti boleh merasakan apa yang mahu wanita itu katakan.

Buat kali kedua, Datin Harlina menjeling sekilas ke arah suaminya yang masih diam membisu.

"Hmm, mama dan papa ada bercakap-cakap pasal kompeni Am tu. Mama dan papa rasa, kompeni Am tu ada potensi nak dikembangkan."

Hakim berhenti menyuap nasi. Kepala diangkat, merenung wajah mamanya sebelum pandangan mata teralih pula ke arah papa.

Melihatkan ada reaksi positif daripada anak lelakinya itu, Datin Harlina semakin bersemangat. Dia yakin, kali ini anak lelakinya pasti bersetuju.

"Macam ni, papa dan mama dah bincang. Mama rasa Am pun akan setuju dengan cadangan kami."

"Cadangan apa?" soal Hakim sambil memandang Datin Harlina dan Dato'' Aznan silih berganti.

"Macam ni, papa rasa papa nak suntik dana dan besarkan lagi syarikat Am tu." Datin Harlina berkata teruja.

Dia menjangkakan Hakim pasti akan gembira dengan berita tersebut.

Dahi Hakim berkerut sedikit. "Suntik dana? Kenapa tiba-tiba sahaja?"

"Sebab papa rasa syarikat Am tu ada potensi nak dikembangkan. Papa rasa syarikat Am boleh join venture dengan hotel kita. Lagipun, hotel kita pun memang perlukan printing company. Yalah, banyak benda kita boleh buat dan papa rasa..."

"Maaf. Am hargai cadangan papa dan mama. Tapi, Am minta maaf sebab Am terpaksa tolak tawaran tu." Hakim berkata tenang.

Dia tahu kenapa papanya mahu berbuat demikian. Tak lain dan tak bukan, lelaki itu pasti mahu dia mengambil alih perniagaan hotel yang diuruskan oleh keluarga mereka sejak turun temurun lagi.

Raut wajah Dato' Aznan mula bertukar kemerahan, seolah-olah menahan marah.

Menyedari keadaan sudah mulai tegang, membuatkan Datin Harlina cepat-cepat bersuara.

"Am, kenapa Am tak nak terima? Am tak nak ke tengok syarikat Am tu berkembang? Am sendiri yang akui dulu yang Am lebih minat nak menceburi bidang printing macam tu. Jadi, bila papa nak suntik dana dan kembangkan perniagaan Am, kenapa Am nak tolak pula?"

Hakim mencapai air basuh tangan, lalu membasuh tangannya. Perut yang tadinya lapar, tiba-tiba terasa kenyang.

"Am bukan apa. Macam yang Am cakap tadi, Am hargai niat papa dan mama tu. Tapi, Am nak berusha sendiri. Am nak kembangkan syarikat tu dengan hasil usaha Am sendiri."

Tubuh Dato' Aznan mula menggigil menahan kemarahan.

"Kenapa Am degil sangat? Kenapa Am tak nak fikir, apa yang papa buat ni demi kebaikan Am? Susah sangat ke Am nak terima tawaran papa? Kalau Am terima, Am boleh ambil alih perniagaan kita dan dalam masa yang sama Am boleh uruskan syarikat Am."

Hakim tarik nafas dalam-dalam sebelum berdiri. Seperti yang dia sudah jangka. Memang itu pun niat asal papanya. Mahu dia ambil alih perniagaan keluarga walaupun dia sudah tegaskan dari dulu yang dia tak berminat mahu menceburkan diri dalam perniagaan begitu.

"Am nak ke mana?" Datin Harlina bertanya apabila melihat anak lelakinya sudah pun berdiri.

"Am nak minta diri dulu. Terima kasih sebab jemput Am dinner sama-sama. Am gerak dulu. Take care." Hakim berkata, seraya mencium pipi wanita tersebut.

LOVE YOU, ENCIK HAKIMWhere stories live. Discover now