17🌿

473 87 29
                                    

ㅡ•●•ㅡ


Seonghwa yang tidur mengiring itu dipandangnya sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadap dengan katil pesakit.

"Hwa, aku balik dulu tau. Nak mandi, tadi ada doktor tertumpahkan air dekat baju aku. Dia tak sengaja pun."

"Kau rehat lah dulu eh. Nanti aku datang balik,"katanya lagi.

Kemudiannya, dia bangun dan sebelum itu sempat lagi dia memberikan satu ciuman di dahi Seonghwa.

Ketika lelaki itu tidur saja dia berani bertindak sedemikian.

Seonghwa kalau dah tidur memang tidak akan sedar. Kau buat bunyi bising pun dia takkan terbangun kecuali kau siram dia dengan air.

Selepas itu, Hanbyeol menapak keluar dari wad tersebut dan dia terserempak dengan  seorang jururawat perempuan yang bertanggungjawab menjaga Seonghwa. Lalu disapanya jururawat tersebut.

"Nurse, kalau suami saya dah bangun nanti tolong cakap dekat dia yang saya balik rumah sekejap nak bersihkan diri, nanti saya datang ke sini semula,"pesan Hanbyeol kepada jururawat tersebut.

Jururawat itu hanya mengangguk selepas Hanbyeol mengucapkan terima kasih kepadanya.

Setelah itu dia masuk ke wad Seonghwa dan melihat lelaki itu sudah bangun dari tidurnya sambil memegang dahinya.

"Eoh encik, tadi isteri encik pesan yang dia balik ke rumah sebab nak bersihkan dirinya lepas itu cakap lagi yang dia akan datang ke sini nanti."

Seonghwa mengumam sebelum jururawat tersebut meminta izin darinya untuk memeriksa keadaannya. Selepas selesai, jururawat tersebut memberikan tahunya esok dia sudah dapat pulang.

Dan dia juga memesan kepada Seonghwa, ada doktor akan menghubungi untuk membuka simen di kakinya itu jikalau kakinya sudah sembuh.

"Kamsahamida nurse,"ucap Seonghwa sebelum jururawat tersebut beredar.

Sebenarnya tadi sewaktu Hanbyeol masuk ke dalam wadnya, dia tidak tidur. Dia hanya berpura-pura tidur kerana dia fikir Jaegyu yang masuk semula. Rupanya Hanbyeol dan dia hanya membiarkan saja Hanbyeol berkata dengannya seorang diri.

Tetapi dia agak terkejut apabila gadis itu bertindak mencium dahinya. Belum pernah lagi Hanbyeol berkelakuan sebegitu kepadanya.

Tentang perkara yang dia jumpa petang tadi, dia tidak sengaja terbaca buku nota biru cair kepunyaan Hanbyeol.

Hanbyeol pergi bilik air sekejap sewaktu itu dan gadis itu menyuruh Seonghwa memegang begnya itu dan kebetulan begnya tidak dizipkan jadi dia terpandanglah buku nota tersebut.

Jadi dia mengeluarkan buku itu dan niatnya hanya sekadar mahu melihat saja buku itu.

Di dalam buku tersebut, ada banyak catatan tentang kerja Hanbyeol. Jadi, dia hanya menyelak saja tanpa membaca sampailah ke muka surat paling terakhir.

Dia terbaca senarai hajat Hanbyeol.

⊱ ────── {.⋅ my wishes ⋅.} ────── ⊰

1. Jadi editor kpd favorite author (penulis Hoon i lobe u ) √
2. Seungwoo's solo album √
3. Nak rampas jawatan ketua editor dri Encik Hwang hueue (tak da lah gurau ja)*
-ketua editor dlm proofreader.
̶4̶.̶ ̶C̶a̶r̶i̶ ̶n̶a̶m̶c̶h̶i̶n̶ ̶(̶s̶b̶b̶ ̶e̶o̶m̶m̶a̶ ̶s̶l̶l̶u̶ ̶b̶e̶b̶e̶l̶ ̶t̶a̶n̶y̶a̶ ̶p̶a̶s̶a̶l̶ ̶t̶u̶ ̶h̶m̶m̶)̶ ̶×̶
̶5̶.̶ ̶D̶a̶t̶e̶ ̶(̶d̶h̶ ̶n̶a̶m̶c̶h̶i̶n̶ ̶t̶a̶k̶ ̶d̶a̶ ̶n̶a̶k̶ ̶d̶a̶t̶e̶ ̶c̶a̶m̶ ̶m̶a̶n̶a̶ ̶h̶a̶i̶h̶)̶ ̶×̶
̶6̶.̶ ̶G̶e̶t̶ ̶m̶a̶r̶r̶i̶e̶d̶ ̶w̶i̶t̶h̶ ̶t̶h̶e̶ ̶m̶a̶n̶ ̶w̶h̶o̶ ̶l̶o̶v̶e̶s̶ ̶m̶e̶×̶
̶7̶.̶ ̶t̶w̶i̶n̶s̶ ̶×̶
8.
9.
10.
⊱ ───────── {.⋅ ✯ ⋅.} ───────── ⊰


Seonghwa betul-betul berasa serba salah dengan Hanbyeol kerana memaksa gadis itu untuk bersetuju berkahwin dengannya menyebabkan gadis itu tidak dapat berkahwin dengan lelaki yang sudi mencintai gadis itu.

"Hwa, aku ada bawakan kau strawberi!"

Kedatang Hanbyeol menghentikan lamunannya dan lantas memandang isterinya sambil tangannya mengurut dadanya dek terperanjat tadi.

"Aku buat kau terkejut eh? Sorry wey, ingatkan kau masih tidur tadi tu yang kau jerit sebab nak kejutkan kau,"kata Hanbyeol lalu tersengih sebelum meletakkan container yang dalamnya ada buah strawberi kesukaan Seonghwa di atas meja.

Seonghwa pula tidak berkata apa-apa dan hanya memerhatikan tingkah laku Hanbyeol saja.

Sedar akan diperhatikan oleh lelaki itu, lalu Hanbyeol memandang wajah Seonghwa dengan pandangan yang hairan.

"Kenapa pandang aku macam tu? Kau ada nak apa-apa ka? Nak air? Ka kau nak ke toilet ?"

Namun soalan-soalan Hanbyeol itu tidak dijawabnya.

"Tolong pikat hati aku supaya aku boleh cintakan kau dan aku boleh keluar dari dunia serong aku. Boleh?"

Terkebil-kebil mata Hanbyeol melihat Seonghwa dan perlahan-lahan dia mendekati Seonghwa kemudiannya dipegangnya dahi lelaki dan dahinya.

Aik, tak panas pun?

"Kau salah makan ubat eh? Ka kau buat lawak sekarang ni? Nak aku ketawakan ka?"

Lantas tangan Hanbyeol yang masih memegang dahinya itu ditariknya supaya gadis itu dekat denganya.

"Aku tak salah makan ubat dan aku tak buat lawak. I'm serious right now, Park Hanbyeol." Kata Seonghwa sambil merenung anak mata Hanbyeol.

Jantung Hanbyeol bagai nak tercabut bila menyedari jarak antaranya dengan Seonghwa hanya berapa inci saja.

Dah kenapa pula lelaki di depannya ini tiba-tiba mahu berubah?
Siapa yang menginsafkan seketul Park Seonghwa?

Tidak tahan dengan jarak mereka berdua itu, lalu ditolaknya Seonghwa ke belakang supaya menjauhinya.

"Kau b-betul nak berubah ni?"

"Iya."

"Okay, mulai hari ni. Kau jangan berhubungan dengan si sotong tu. Kau sanggup?"

"Yes, aku sanggup,"jawab Seonghwa tanpa ragu-ragu.

"Jjinja?? Bukan kau sayang sangat ka dengan dia?"

"Sebab tu aku suruh kau pikat hati aku bahenol!" Seonghwa menujal lembut dahi Hanbyeol.

"Habis kalau nanti aku berjaya pikat kau. Tapi hati aku tak ada dekat dengan kau. Macam mana??" Saja dia soal soalan itu kepada Seonghwa. Mahu menguji lelaki itu. Dia akan tarik balik atau tidak kata-katanya tadi.

"Aku akan buat perkara yang sama dekat kau,"ucap Seonghwa lalu tersengih nakal.

Tergamam Hanbyeol dibuatnya.

"HAIH KAU NI GILA LA, TAK FAHAM AKU!"






ㅡ•●•ㅡ

Tak pelik ka chapter ni?

Tiber buat seonghwa nak jdi straight balik
Hahahahahha
Sbenarnya aku tak nak buat part seonghwa dgn jaegyu. Ya ampun tidak kuat seyya menaipnya boleh k.o seyya walaupun diri sendiri yg imagine ajahjajajajahah

o seyya walaupun diri sendiri yg imagine ajahjajajajahah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now