02🌿

602 96 16
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Masa begitu pantas, hari ini merupakan hari di mana Seonghwa akan mengahwini Hanbyeol.

Bagi Hanbyeol tempoh 5 bulan sebelum majlis perkahwinan mereka sangat cepat. Mengapa dia perlu lalui dugaan ini. Ya ampun! Dia tidak mahu berkahwin dengan Seonghwa.

Dia belum bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri walaupun dia tidak mencintai Seonghwa. Dia perlu ada rasa tanggungjawab tersebut.

"Woahh cantik lah Byeol. Aku rasa nak kahwin juga tengok kau pakai gaun pengantin ni. "

Puji Yoo Chaemin yang juga merupakan rakan baik Hanbyeol.

"Min, aku tak nak kahwin Min. Tolong aku lari dari majlis ni weh. "

"Apa kau cakap ni? Jangan buat hal boleh tak? Dekat luar sana dah ramai tetamu yang datang. Nanti kau lari, mana nak letak muka eomma appa kau eomma appa Seonghwa. Tak fikir ke?"

Ha ini lah Yoo Haemin, seorang yang suka membebel. Tapi untuk kebaikan Hanbyeol juga.

"Tapiㅡ"

"Apa yang tapinya Hannie?"

Lantas Hanbyeol memalingkan wajah ke belakang tatkala melihat pantulan wajah seseorang yang sudah berbulan-bulan tidak dilihatnya.

"Oppa!!"

Lelaki itu dipeluk erat. Mahu menangis pula Hanbyeol. Dia terlalu rindukan abangnya. Ya, Hanbyeol mempunyai seorang abang namanya Cho Seungyoun.

Seungyoun merupakan artis terkenal di Korea membuatkan dirinya susah mencari masa untuk menemui keluarganya.

"Hannie sihat?"

Hannie? Oh itu nama manja Hanbyeol yang diberikan oleh Seungyoun katanya perwatakan  Hanbyeol manis seperti madu. Heh ada-ada saja Seungyoun ni >< !

Seungyoun saja yang boleh memanggilnya dengan nama itu.

Kalau orang lain memanggilnya dengan nama itu, Hanbyeol akan mamarahi orang tersebut.

Pernah sekali Seonghwa memanggilnya dengan nama itu, Hanbyeol marah dengan Seonghwa sampaikan Hanbyeol tidak mahu bercakap dengan lelaki itu.

Terpaksalah Seonghwa memujuk gadis itu dengan pelbagai cara. Sudahlah Hanbyeol jenis yang susah untuk dipujuk. Bertabah lah ja lah dengan perangainya yang satu ini.

Mengada ja sebenarnya.

"Oppa, Hannie tak nak kahwin lah. "

"Eh mana boleh macam tu. Apa pula orang luar cakap nanti kan?"

Dimuncung seperti itik bibirnya pabila mendengar Seungyoun berkata sedemikian. Ingatkan abangnya itu mahu menyokongnya supaya perkahwinan ini dibatalkan.

"Dengar cakap oppa ni. Hannie teruskan perkahwinan ni, mana tahu Seonghwa memang betul jodoh Hannie. Kalau dia sakitkan hati Hannie atau buat Hannie menangis, cakap dengan oppa biar oppa kasi pelajaran dengan dia. "

"Ha betul itu cakap Seungyoun oppa, kalau Seonghwa ada buat apa-apa dekat kau, kau bagitahu aku biar aku karate dia," sokong Chaemin sambil membuat gaya karatenya.

Tergelak Hanbyeol dan Seungyoun melihat tingkah laku Chaemin itu.

"Lagipun oppa tengok Seonghwa tu baik ja, dia layan Hannie pun elok ja tak kasar pun."

"Masalahnya oppa, hwa tu sukakan lelaki! Itu ja yang hannie risaukan."

Kalaulah keluarganya tahu Seonghwa seperti itu memang sudah lama kena tolak lamaran lelaki itu.

Keluarga Seonghwa pun tidak tahu tentang hal tersebut, hanya dia dan Chaemin saja yang tahu.

Takkanlah dia nak cakap dengan keluarganya yang Seonghwa tu gay memamg mati dibebelnya dengan Seonghwa.

"Dah jangan monyok-monyok macam ni. Tak cantik tau pengatin muka monyok macam ni."

Tidak lama itu Tuan Cho masuk ke bilik persalinan tersebut.

"Byeol? Are you ready?"

Jangan ditanya dia Tuan Cho. Dia memang tidak bersedia lagi.

Hanbyeol mula gementar, tidak lama lagi dia bakal menjadi isteri seseorang.

"Kenapa begitu cepat masa berlalu?! Aku tak ready lagi siott huaaaa."

ㅡ•●•ㅡ

Happy birthday yuyu! ><

Happy birthday yuyu! ><

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now