14🌿

418 85 28
                                    

ㅡ•●•ㅡ

Hanbyeol memukul-mukul bahu dan pinggang setelah berjam-jam membetulkan kesalahan dan menaip semula novel milik penulis yang sedang berkerjasama dengan syarikat itu.

Terasa kebas punggung kerana duduk terlalu lama. Tengkuk dan jari tangannya jangan kata lagi, rasa mahu patah ja.

Seonghwa yang juga berada di ruang tamu itu sedang bermain telefonnya sambil tersengih-sengih macam orang tidak betul atau lebih tepat lagi macam orang terkena angau.

Dia tahu lelaki itu sedang buat apa. Bermesej dengan si sotong tu lah, apa lagi kerja Seonghwa kalau bukan melayan Jaegyu selain selain tugasnya sebagai seorang arkitek.

Sudah ada isteri bukan mahu melayannya, malah melayan orang lain. Hanbyeol dalam rumah tersebut seperti tidak ada fungsi baginya.

Tiga bulan mereka menjadi pasangan suami isteri namun Hanbyeol melihat sedikit pun Seonghwa tidak ada niat mahu berubah.

"Hwa bila kau nak berubah?" Soal Hanbyeol dengan sepontannya sambil memandang lelaki itu dengan pandangan yang penat.

Penat nak memberi ceramah keinsafan kepada lelaki itu.

"Berubah? Berubah apa?"

"Berubah untuk ke jalan yang benar."

Mungkin pernyataan Hanbyeol itu seperti gurauan tetapi dia betul-betul maksudkannya.

"Tak lawak lah Byeol,"ucapnya yang masih sibuk dengan telefonnya.

"Aku tak buat lawak sekarang ni. Aku tengah serious."

Seonghwa mengeluh panjang lalu menutup telefonnya dan diletakkan di tepi. Kemudian wajah Hanbyeol dipandangnya.

"Kalau kau tak nak berubah, jangan simpan aku dalam rumah ni macam tak ada function Hanbyeol lalu berdiri dan mengemas barang-barangnya lali beredar dari situ.

"Dah kenapa pula dia tu?"

Entahlah, dia pun tidak tahu mengapa dia berkata sebegitu kepada Seonghwa. Tetapi dia memang betul-betul penat dengan perangai Seonghwa dan Jaegyu.

Langsung tidak mengambil berat tentang perasaannya sebagai seorang isteri. Yang si Jaegyu pula, suka lah dia sebab Seonghwa melebih-lebihkannya daripada Hanbyeol.

Bukan dua tiga kali mereka buat benda tak patut di rumah itu sudah banyak kali! Mau saja Hanbyeol mengusir Seonghwa. Mujur lelaki itu suaminya, kalau tidak sudah lama dia buat begitu.

"Aku nak ke rumah Chaemin dulu. Ada kerja nak di setelkan. Kalau kau nak makan, aku dah masak. Kalau sejuk, panaskan." Ujar Hanbyeol yang baru ke luar dari biliknya.

"Dan lagi satu, jangan bawa si sotong tu dekat sini. Jangan lupa tutup dapur gas, jangan lupa nak buat kerja kau tu, jangan asyik nak melayan si sotong tu ja kerja kau,"pesan Hanbyeol sebelum menapak ke keluar dari rumah.

Terkebil-kebil mata Seonghwa mendengar kata-kata wanita itu.

"Banyak betul dia punya jangan eh,"kata lelaki itu pula sebelum bangun dari duduknya dan menuju ke dapur.

Tekaknya tiba-tiba terasa mahu minum beer.

Peti ais dibukanya lalu satu tin beer diambil dan dibuka selepas peti ais tersebut ditutupnya.

Di situasi Hanbyeol pula. Wanita itu sedang menangis sambil memeluk bahu kawan baiknya, Chaemin.

Hanbyeol sendiri pun tidak tahu mengapa dia betul-betul emosi hari ni. Sejujurnya, dia sebenarnya sayangkan Seonghwa lebih dari seorang sahabat.

Sejak dia tinggal serumah dengan lelaki tu dia mula sedar yang selama ini dia dah jatuh suka dengan sahabatnya sendiri.

"Aku rasa kan Byeol. Baik kau cuba goda Seonghwa. Mana tau dia boleh berubah dan boleh cintakan kau dan akan tinggalkan si sotong kurita tu?"

Hanbyeol meleraikan pelukannya lalu menatap wajah Chaemin seketika sebelum menangis semula.

"Ala Byeol jangan lah macam ni. Nanti aku pula yang nak nangisnya,"ujar Chaemin lagi dan matanya mula berair dan akhirnya dia juga ikut menangis bersama Hanbyeol.

Yang tak boleh bincang, dia pula yang galaknya menangis daripada Hanbyeol.









ㅡ•●•ㅡ

Maka bermula misi hanbyeol untuk memikat hati si seonghwa yang sudah bengkok disebabkan jaegyu si sotong kurita!

Dh abaikan aku yang terlebih gila ni

Huhuhuhu

Kenapa aku rsa cerita ni tak best *insecure mula menjelma*

Kenapa aku rsa cerita ni tak best *insecure mula menjelma*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

anak kang ni dah kenapa siaaa
tak da kerja agaknya😌

(©) 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝑾𝒊𝒕𝒉 𝑴𝒆 : 𝑷𝒂𝒓𝒌 𝑺𝒆𝒐𝒏𝒈𝒉𝒘𝒂Where stories live. Discover now