19

545 89 10
                                    

"Omma tak masak harini. Tu ambil duit atas meja. Pergilah makan kat luar,"

Eunji melihat Puan Kwon yang berjalan ke bilik tidurnya itu. Begitulah keadaan ibunya sejak bercerai dengan bapanya.

Dia hanya keluar bekerja dan bila di rumah asyik berkurung. Eunbi pula, dia juga jarang pulang ke rumah dan bermalam di rumah sewa kawannya. Eunbi paling kecewa bila mengetahui orang yang menjalin hubungan dengan Tuan Kwon sebaya dengannya.

"Hmm, kesian kau perut. Asyik makan makanan luar je," Eunji mengusap perutnya.

Dia kembali masuk ke bilik dan mencapai cardigan. Niatnya ingin keluar membeli makanan di kedai serbaneka berdekatan rumahnya.

Dia turun ke bawah dan mengambil wang yang ditinggalkan Puan Kwon. Dia mengunci pintu dan mula melangkah.

Setelah membeli makanan ringan dan ais krim kegemarannya, dia berhenti di taman permainan dan duduk di buaian.

Balik rumah pun bukannya ada apa. Ada kenangan keluarga mereka sahaja. Yang semuanya dia tidak dapat kembalikan pun.

"Kenapalah nasib aku macam ni?" keluhnya.

Dia menunduk. Tipulah kalau dia tak sedih. Lagi-lagi dengan keadaan ibunya. Cuma dia tidak mahu tunjukkan di depan Puan Kwon kerana risaukan ibunya. Jika dia juga lemah, siapa ingin memberi kekuatan kepada ibunya itu.

"Haish," dia mengeluh lagi.

Baru sahaja dia ingin bangun, buaian yang didudukinya ditolak perlahan.

"Banyak betul kau mengeluh kan?"

"Renjun?" Eunji menoleh ke belakang.

Dan-

"Argh!" dia terjatuh dari buaian.

"Yaa! Kau pusing belakang kenapa?" Renjun segera mendapatkannya.

"Awak ni kenapa? Tiba-tiba je muncul?" soal Eunji sambil cuba bangun.

"Auch," dia melihat tapak tangannya yang bergesel dengan batu-batu kecil di tanah itu.

"Kau ni," Renjun menarik tangannya.

Dia mengelap tangan gadis itu dan meniupnya perlahan. Membuatkan Eunji terkedu. Kemudian dia mengeluarkan sapu tangannya dan membalut tapak tangan Eunji dengan itu.

"Renjun, kenapa awak tiba-tiba baik dengan saya?" soal Eunji.

"Kenapa? Tak suka ke?" soal Renjun.

Dia menarik tangan Eunji untuk duduk di buaian tadi kembali. Manakala dia duduk di buaian sebelah.

"Pelik. Awak kan cakap saya ni annoying," balas Eunji.

"Ya kau memang annoying. Bukan annoying je. Annoying sangat-sangat,"

Eunji mengetap bibirnya. Dia ingin membuka mulut untuk membalas, namun Renjun bersuara lagi.

"Kau annoying. Tapi bila kau takde, aku rindu,"

Annoying Where stories live. Discover now