13

526 86 10
                                    

Eunji memusingkan badannya ke kiri. Dan tak sampai lima minit, dia berpusing ke kanan pula. Matanya masih belum mampu dilelapkan.

Apa yang Eunbi katakan tadi masih menganggu fikirannya.

"Haish," dia bangkit dan duduk tegak di atas katil.

Dia kemudiannya turun dan ke meja belajarnya. Laci meja belajarnya dibuka dan satu kotak bewarna merah jambu dibawa keluar.

Kotak tersebut dibuka. Ianya penuh dengan barang-barang mengarut yang disimpannya sejak dua tahun lepas. Apa lagi kalau bukan barangan berkaitan Renjun.

Jangan risau, dia bukannya psycho. Dia cuma terlalu meminati lelaki bernama Huang Renjun. Lelaki yang menangkapnya cuba memanjat tembok sekolah akibat terlambat pada dua tahun lalu. Disebabkan dijerkah oleh Renjun, dia terjatuh dari tembok dan menghempap lelaki itu.

Dan dari situlah dia sedar yang dia sukakan lelaki itu. Sangkanya jantung yang berdegup laju pada waktu itu adalah kesan dari dia jatuh, rupanya tidak. Dia berdebar kerana berada dekat dengan Renjun.

Sejak itulah dia mula mengganggu Renjun. Sengaja datang lambat ke sekolah, tidak memakai tanda nama, mewarnakan kuku dan macam-macam lagi. Semuanya untuk berada dekat dengan Renjun si pengawas.

"Apalah yang kau buat ni Eunji," dia menggeleng perlahan.

Kertas-kertas di dalam kotak itu dikeluarkan. Ianya adalah kertas-kertas denda dan demerit yang mempunyai tanda tangan Renjun. Ada juga gambar pasport Renjun yang dicuri dari papan carta organisasi di bilik pengawas. Juga gambar Renjun yang digunting dari majalah sekolah.

Gila kan? Begitu sukanya dia pada manusia bernama Huang Renjun itu. Walaupun Renjun tidak pernah membalas walau sedikitpun perasaannya, dia tetap tidak berputus asa.

Tapi itu dululah. Sekarang, atau lebih tepat hari itu, setelah Eunbi memberinya nasihat tadi, hatinya tiba-tiba berasa berat.

"Kita ni, kalau orang tak sayang kita, kita pun patut berhenti sayangkan orang tu. Buat apa nak bersungguh kalau kita tahu akhir nanti, kita yang akan sakit,"

"Betul cakap Unnie, sakit sangat. Lagi-lagi bila kena tengking macam haritu," ujarnya.

Ting!

Telefon bimbit di atas meja dicapai. Mesej dari Jimin.

Yoo Jimin
Yaa, kau dah tengok web sekolah
belum?

You
Apahal pula? Malam-malam
buta ni nak log in?
Memang tak lah.

Yoo Jimin
Yaa, kau pergi log in sekarang.

You
Malaslah.
Cakap je lah kenapa.

Yoo Jimin
Jangan terkejut.

Telefon bimbitnya terlepas dari tangan. Bibirnya diketap bila melihat gambar yang dihantar Jimin. Gambar Renjun dan Minju yang berpelukan di sebuah taman permainan. Dengan caption yang tertulis di web sekolah.

'Pengawas popular Huang Renjun dan pelajar baru bercinta. Mari doakan mereka bahagia'

"Renjun," air mata Eunji tiba-tiba gugur.

"Awal-awal dulu ya. Tapi sekarang tak. Unnie happy bila tengok Seungcheol dan Nayoung happy. Cinta tak semestinya memiliki. Kadang-kadang kita kena lepaskan mereka pada orang yang lebih layak dan perlu,"

"Betul cakap Unnie, cinta tak semestinya memiliki,"

Annoying Where stories live. Discover now