07

520 87 9
                                    

Eunji memerhatikan Renjun yang sedang duduk semeja dengan Haechan, Yeji dan Minju itu. Bibirnya dicebikkan. Dia melihat pula meja lain, semuanya penuh.

"Kenapa?" soal Jimin yang baru muncul.

"Takde tempat," ujarnya.

"Tu, dekat Yeji tu,"

"Tapi-,"

"Dah cepat, nanti tak sempat makan," Jimin jalan terlebih dahulu.

"Nak join boleh?" soal Jimin.

"Duduklah," jawab Yeji.

Eunji akur bila melihat Jimin sudah duduk di hadapan Renjun. Dia pula perlu duduk di hadapan Minju.

"Eh, hai Eunji," Minju menyapanya teruja.

"Korang kenal?" soal Haechan.

Minju mengangguk.

"Eunji yang tolong bawa saya ke kelas haritu," balas Minju ceria.

Tetapi tidak Eunji. Dia sebenarnya cemburu kerana dia baru dapat tahu yang Renjun membawa Minju mengelilingi bangunan sekolah. Baginya ramai lagi pengawas perempuan yang boleh diharap selain Renjun.

Mereka hanya menikmati makan tengahari itu tanpa berbual. Sehinggalah Haechan membuka suara.

"Eunji ah, sabtu ni jom study sama-sama lagi," ajak lelaki itu.

"Jimin jom," Eunji memandang Jimin.

"No. Aku ada hal," tolak Jimin.

"Tch, dating lah tu," cebik Eunji.

"Renjun, awak pun ada sekali kan?" soal Eunji ceria.

"Kau kalau datang nak tidur, baik tak payah," balas Renjun.

"Alaa, bukannya saya tak belajar langsung,"

"Korang study dekat mana?" soal Minju tiba-tiba.

"Wae?" soal Eunji.

Ada nada tidak puas hati di situ.

"Kalau saya nak join-,"

"Renjun tak suka ramai-ramai," Eunji memotong.

"Oh," Minju mengetap bibirnya.

"Bila masa pula aku kata macam tu?" soal Renjun.

"Haritu. Awak kata menyemak je kalau ramai-ramai,"

"Itu aku cakap pada kau. Kau tu dah lah annoying. Minju, awak boleh join," kata Renjun.

Dan jujur hati Eunji sangat sakit.

"Okay, fine! Saya memang annoying pun!" dia berdiri.

Beberapa pasang mata sudah memandanganya.

Dan disaat dia ingin mencapai gelasnya, tangannya tidak sengaja tertolak gelas milik Minju menyebabkan air gadis itu tertumpah.

"Yaa!" Renjun bangun.

Minju hanya mampu merelakan air itu mengalir dan terkena uniformnya.

"Minju ah, mianhei. Saya-,"

"Kau ni kenapa Eunji? Kalau marah pun tak payahlah buat Minju macam ni," Renjun memandangnya tajam.

Yeji dan Jimin segera menghulurkan tisu kepada Minju.

"Renjun, saya tak sengaja," balas Eunji perlahan.

"Alasan!"

Bahu Eunji terhinjut bila ditengking begitu. Air matanya hampir mengalir. Dia terus mencapai tray makanan dan gelas minumannya lalu pergi dari kafeteria.

"Yaa, kau kenapa?" Haechan memandang Renjun.

Sementara Yeji sudah membawa Minju ke tandas dan Jimin pula mengejar Eunji.

Annoying Where stories live. Discover now