04

503 88 3
                                    

Renjun melihat jam di tangannya sebelum dia menutup pagar sekolah.

"Renjun, pastikan diorang ni jalankan denda diorang. Jangan bagi satu pun yang terlepas," Sir Yunho memberi arahan.

"Baik Sir," Renjun menunduk hormat kepada guru disiplin itu.

"Rehat nanti, berkumpul depan bilik pengawas," ujarnya.

"Baik senior!" pelajar-pelajar yang datang lewat tadi menjawab serentak.

"Korang boleh ke kelas," ujar Sir Yunho sebelum dia ikut berjalan ke blok akademik.

"Dia tak datang ke?" soal Renjun perlahan.

Buku kesalahan pelajar di tangannya dimasukkan ke dalam poket. Dia kemudian turut berjalan untuk ke kelas.

"Pelik. Selalunya betul-betul lima minit sebelum pagar tutup dia akan muncul,"

"Selamat pagi Renjun yang kacak! Saya dah bersedia nak kena denda rehat nanti!"

"Good morning, Renjun. Saya lambat kan harini? Saya kena berkumpul depan bilik pengawas kan rehat nanti?"

"Alaa, saya datang awal ke? Apa kata awak tutup je pagar sekarang. So saya boleh dikategorikan sebagai pelajar lambat. Boleh kan macam tu?"

"Huang Renjun!"

Renjun tersentak dari lamunannya. Dilihatnya di hadapan dia, Yeji sedang mengutip buku-bukunya yang bertaburan.

"Yaa, aku langgar kau ke? Mianhei," dia segera membantu Yeji.

"Aigoo, apa yang kau menungkan pagi-pagi macam ni? Sampai jalan pun tak tengok orang?" soal Yeji hairan.

"Takde apa," balasnya.

Takkan dia nak bagitahu yang dia mengelamaun sebab fikirkan Eunji. Nanti confirm Yeji akan cerita pada Haechan, teman lelakinya itu.

"Nak aku tolong ke?" soal Renjun.

Dia masih lagi memegang separuh dari buku yang dibawa Yeji.

"Boleh juga," Yeji tersenyum.

Renjun mengikut langkah Yeji ke kelasnya. Mereka tidak sekelas tetapi Renjun kerap juga ke kelas Yeji. Ya lah, dia kan pengawas. Setiap kali ada masalah, pasti dia yang akan datang.

"Wuu, abang pengawas kita tolong ketua kelas bawa buku lah harini," suara Jisung kedengaran sebaik sahaja dia masuk ke kelas itu.

Mata Renjun memandang ke arah kiri kelas. Dan dia dapat melihat Yoo Jimin sedang menepuk bahu Eunji yang sedang merehatkan kepala di atas meja.

Eunji datang awal?

Dilihatnya Eunji mengangkat kepalanya sedikit dan memandang ke arah hadapan di mana dia berdiri. Namun gadis itu kembali ke posisinya tadi.

Pelik. Kwon Eunji tidak teruja melihat dia seperti selalu?

Annoying Where stories live. Discover now