17.

4.2K 565 175
                                    

Time Stamp.

P/s: Baca bismillah dulu oke.

Kotak sederhana besar yang berbalut kemas dengan kertas pembalut warna merah dicapai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kotak sederhana besar yang berbalut kemas dengan kertas pembalut warna merah dicapai. Berhati-hati bahagian yang bergam, dibuka. Kali ini, kelihatan set cawan tiga buah bermotifkan kumbang dan daun menyapa pandangan.

   "Siot je Iman, ceroboh buka hadiah orang." Ayim muncul bersama sepinggan buah tembikai di tangan. Kerusi kosong di sebelah Iman, ditarik dan dia melabuhkan duduk.

Tepat pukul sebelas pagi tadi, Ishfan selamat diijabkabulkan. Selepas majlis akad di masjid, mereka terus ke rumah Kak Najah untuk majlis sanding.

    "Intai sikit je. Kak Najah pun tak kisah." Iman membalas. 

Kotak tadi dikemaskan semula pembalutnya sebelum diletak bersama tiga buah hadiah lagi yang bersusun di atas meja. Dia selaku adik kepada pengantin, secara tak rasmi bertanggungjawab untuk mengutip hadiah yang diberi oleh tetamu. 

    "Rachel dengan Lisa mana?" Ijat yang muncul bersama sepinggan nasi dengan pelbagai jenis lauk menyoal. Ruang kosong di sebelah Ayim diambil. 

     "Tengah beratur ambil makanan." Iman menjawab pendek. Matanya kemudian melilau, memerhati sekeliling seolah mencari seseorang. 

     "Jade mana? Tak sampai lagi ke?" 

Iman memaku pandangan ke arah Ayim yang bertanya. Wajah Ijat pula dipandang sama menanti jawapan dari lelaki itu. Hari ni, Faiz dan Nina tak dapat datang sebab mereka terpaksa balik kampung ada kecemasan. Hanya Jade lagi yang masih belum nampak batang hidung.

    "Entah. Dari tadi on the way." Malas je gaya Ijat menjawab.

    "Dia datang dengan Hasya ke?" Ayim masih tak berhenti menyoal.

    "Mana aku tahu. Muka aku ni nampak macam babysitter diaorang ke?" Ijat buat muka.

Iman sengih. Ayim di depan dia ni entah kenapa gaya alergik semacam je dengan Hasya. Sebut nama gadis itu pun dengan muka berkerut macam nak ajak gaduh.

    "Jade ada tengah ambil makanan dengan Hasya tu." Lisa yang baru muncul, menyampuk. Bibirnya dimuncungkan ke arah meja buffet

     "Aku tak tahu la kenapa, tapi aku tak berapa berkenan dengan budak Hasya tu." Ayim membuka mulut sebelum menyuap sepotong tembikai dengan riak slamba.

     "Aku ingat, aku seorang je rasa macam tu." Lisa tarik sengih. Wajah Iman kemudian dilirik sekilas. Di bawah meja, tangan Iman disentuh dan diusap perlahan. Riak adik Ishfan itu memang tenang tapi entah apa yang dirasa.

    "Baik je Hasya tu aku tengok." Iman memberi komen pendek. Sepanjang dia kenal dengan Hasya walaupun tak adalah rapat sangat, dia rasa okey dengan kehadiran gadis itu. 

Promise Where stories live. Discover now