5.

4.2K 568 111
                                    

Time Stamp.

Iman menoleh ke tepi apabila tingkap kereta diketuk dari luar

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

Iman menoleh ke tepi apabila tingkap kereta diketuk dari luar. Tangannya menekan lock dan tak lama selepas itu, Rachel mengambil tempat dengan senyum tersungging di bibir. Baru habis kelas agaknya dengan kemeja dan high waist skirt berhiaskan landyard di leher tu.

    "Lama ke tunggu?" Rachel menyoal sambil membetulkan helaian rambut yang jatuh menutup mata. Rambut depan dia dah panjang. Fail dan tote bag diletak ke tempat duduk belakang bersama lanyard di leher. Tak ada kerja dia jalan pakai kad matrik.

    "Tak adalah lama sangat." Iman membalas pendek sebelum perlahan memandu keluar dari petak parking.

    "Macam mana interview? Okey?" Rachel menoleh menatap Iman dengan kening dijungkit.

    "Ada rezeki, adalah." Mudah Iman membalas. Nak jawab lebih-lebih, keputusan temuduga tadi tu paling awal pun kena tunggu tiga hari atau seminggu.

Sebelum dia memandu ke sini, Iman menghadiri temuduga untuk menjadi seorang guru tadika. Tadika Al-Faqih tu tengah cari guru sementara sebab seorang guru tetap yang mengajar sekejap lagi kena cuti bersalin.

Iman tak kisah sangat lagipun tadika tu tak jauh dari kawasan perumahan keluarganya. Ibu yang suruh sementara Iman jadi tukang habiskan beras dekat rumah tanpa ada pendapatan sendiri ni.

    "Boleh la kau jadi sugar mummy aku beberapa bulan ni. Aku kan student, tak ada pendapatan." Rachel sengih.

   "Sugar daddy kau bukan Faiz ke?"

   "Dia dah nak kahwin, jadi aku kena cari tempat bergantung yang baru."

   "Serius la? Aku tak tahu pun?" Iman menoleh ke arah Rachel gaya tak percaya. Rasanya bulan lepas masa dia masih di negara orang, ramai je lagi yang berstatus single. Ni dah balik Malaysia tak sampai setahun, masing-masing berebut nak kahwin berjemaah dah kenapa?

    "Faiz nak tunang bulan depan. Dia ada bagitahu dalam group Whatsapp tak kan kau tak tahu?" Kali Rachel yang buat muka pelik. Bertapa dalam gua mana pula si Iman ni semua benda dia tak tahu?

Iman senyap, cuba mengingat. Entah bila kali terakhir dia masuk dalam group Whatsapp yang disebut oleh Rachel tu pun dia tak ingat.

    "Kau jangan cakap kau tukar nombor? Hari tu call dengan Jade kau guna nombor baru ke?" Rachel tuding jari telunjuk. Buat lawak antarabangsa pula si Iman ni. Benda penting pun dia boleh lost.

    "Balik tempoh hari aku memang tukar." Iman meringis. Baru teringat yang dia tukar nombor selepas break dengan Jade dulu. Duduk Amsterdam, memang guna nombor antarabangsa.

   "Hish, jap la aku add." Rachel buat muka.

Iman senyap. Jujur dia sedikit kekok apabila Rachel menunjukkan skrin dengan nombor dia dah ditambah masuk. Masih tak berapa selesa dengan kehadiran Jade walaupun hubungan mereka dah lama berakhir. Dia tak boleh nak pura-pura okey walhal hati dia langsung tak.

Promise Where stories live. Discover now