02

536 92 7
                                    

"Renjun!"

Eunji melompat kecil di hadapan lelaki itu.

"Yaa, kau buat apa kat sini?" soal Renjun.

Jelas wajahnya kurang senang dengan kehadiran Eunji.

"Buat apa? Ni tengok ni," buku di pegangannya ditunjukkan.

"Sama kan dengan yang awak pegang tu?"

Renjun melihat buku di tangannya pula.

'Modul Fizik Dan Soalan Ramalan'

"Saya nak ulang kaji dengan awak," Eunji tersengih.

"Siapa yang nak ajak kau?" soal Renjun.

"Takde siapa. Saya dengar awak cakap dengan Haechan dekat kafe semalam,"

Renjun mengendahkannya dan mula berjalan masuk ke bangunan perpustakaan awam itu. Dan sudah semestinya Eunji mengikutnya dari belakang.

"Renjun ah, awak suka Fizik eh? Kenapa tak suka Math? Nanti boleh awak belajar cara nak kira peratusan cinta kita,"

Eunji cuba mengejar langkah Renjun.

"Kau-," Renjun berhenti melangkah dan memusingkan badannya menghadap Eunji.

"Ya, saya? Oops, mesti awak tak sangka kan saya pandai buat ayat sweet macam tu?" matanya dikerdipkan di hadapan Renjun.

"Gila. Kau tahu tak kau ni annoying?"

"Tahu," Eunji mengangguk laju.

"Saya suka tengok awak annoyed dengan saya. Nampak cute,"

"Haish," Renjun kembali meneruskan langkahnya.

Sehinggalah mereka masuk dan mendapatkan pas di kaunter. Eunji mengikut langkah Renjun yang kemudiannya ke bahagian meja yang agak tersorok sedikit.

Di sana sudah ada Haechan yang sedang mengulang kaji.

"Yaa, lambatnya kau. Aku hampir nak buka game," kata Haechan.

"Aku lambat sebab ni haa. Perempuan ni menyibuk je, tiba-tiba muncul," Renjun mengambil tempat di hadapan Haechan.

"Eh, Eunji. Hai,"

"Hai. Haechan, boleh ke kalau saya nak join korang?" soal Eunji.

Renjun sudah memandang Haechan. Mengharapkan sahabatnya itu menggeleng.

"Mestilah boleh. Duduklah,"

"Cis," rungut Renjun perlahan.

Eunji sudah tersenyum lebar. Dia mula membuka buku yang dibawanya tadi. Walaupun niatnya ke situ untuk mengikut Renjun, dia seharusnya menggunakan waktu itu untuk mengulang kaji juga.

Baru setengah jam, Eunji sudah menguap beberapa kali. Inilah padahnya kalau semalam tidur lewat akibat menonton drama.

"Yaa!"

Renjun menahan kepala Eunji yang hampir jatuh ke atas meja itu. Automatik mata yang hampir terpejam dibuka kembali.

"Renjun ah, saya mengantuk," kata Eunji.

"Tch, dah tahu mengantuk pergilah balik. Sibuk nak datang sini," balas Renjun.

"Saya nak tidur. Sekejap je. Lagi sepuluh minit, kejutkan saya. Boleh?" Eunji sudah mendaratkan kepalanya di atas meja.

"Kejutkan saya tau," Eunji terus memejamkan matanya.

Renjun hanya memerhatikan gadis itu yang tidur menghadapnya. Tidak mahu rasa terganggu, dia memusingkan kepalanya ke arah bertentangan dan menahannya dengan sebelah lengannya.

Annoying Where stories live. Discover now