Tak sampai seminit,satu derapan kaki yang berlari laju menuju ke arah Taehyung manakala satu derapan kaki lagi berjalan perlahan sahaja.

Ean terus memeluk Taehyung yang sudah melutut itu.Sehari mereka berdua tidak menatap wajah kedua orang tua mereka.Rindu makin bertandang.

Eddy sekadar berdiri jauh sahaja.Dia masih trauma dengan Taehyung.

Mata Taehyung menatap wajah Eddy yang berdiri kaku di hadapannya dan Ean."Eddy,kenapa berdiri dekat situ?Sini peluk Appa."Taehyung menghulurkan tangan kanannya untuk mendakap Eddy.

Tetapi kanak-kanak itu masih berdiri kaku.

Senyuman Taehyung tiba-tiba bertukar ngeri.Menakutkan bagi Eddy.Dia tahu senyuman itu sangat membahaya jika Eddy tidak mengikuti arahan ayahnya.Terus kakinya melangkah ke arah Taehyung.

Tubuh Eddy didakap oleh Taehyung.Hangat dakapan Taehyung pada tubuh kedua anak lelakinya.Pipi Ean dikucup dahulu sebelum mengucup pula pipi Eddy.

"Rindu Appa tak?"

"Rindu!"Jawab Ean dengan suara girang manakala Eddy sekadar menatap Taehyung sahaja.

Kemudian wajah Taehyung beralih ke arah Eddy.Dia menyedari anak keduanya ini tidak bercakap.Jadi inilah peluang keemasannya untuk memujuk hati anaknya semula.

Mia dan Eddy.
Kedua-dua mereka mempunyai personaliti yang sama.Jadi Taehyung rasa dia boleh mengawal kedua-dua permatanya ini dengan mudah memandangkan Mia dan Eddy mempunyai hati yang sangat lembut.Mudah memaafkan orang lain.

"Eddy tak rindu dekat Appa ke?"Soal Taehyung bernada suara menakutkan.

Jika dia tidak boleh memujuk anaknya dengan cara halus,dia akan memujuk Eddy dengan caranya sendiri.

Nak tak nak Eddy terpaksa mengukir senyuman.Wajah dan suara Taehyung sama-sama menakutkan.Dia terfikir mengapa ibunya boleh berkahwin dengan lelaki seperti Taehyung.

"Rindu."Jawab Eddy sepatah.

Taehyung mengukir senyuman lebar.Terus dia mendukung kedua putranya ke dapur.Taehyung ingin berceloteh dengan ibunya di dapur.









































Mia mencapai botol Coca-Cola serta nenas muda dan diletakkan ke meja.

Dia bertekad untuk gugurkan kandungannya sendiri.Setelah memujuk bodyguard Taehyung untuk membeli Coca-Cola berbotol besar serta nenas,akhirnya kedua barang berada di meja.

Walaupun nampak kejam kerana sanggup membunuh anak sendiri tetapi Mia buat semua ini bersebab.Dia masih tidak bersedia untuk menimang cahaya mata kerana Ean dan Eddy masih terlalu kecil.Sekurang-kurangnya biarlah umur mereka berdua ini mencapai lapan atau sepuluh tahun.Barulah rancang ingin menambah zuriat ketiga.

Mia mahu memberikan kasih sayang yang terbaik kepada Ean dan Eddy sebelum memikirkan untuk menambah zuriat.

Dia mengusap kecil bayi dalam kandungannya ini.Mia jatuh kasihan tetapi dia perlu hapuskan bayi ini demi kepentingannya sendiri.

Gadis itu mula memotong sedikit buah nenas muda sehingga menjadi sekecil dadu.Dia tidak gemarkan buah nenas tetapi demi kepentingannya,dia terpaksa telan.

Nenas sebesar dadu itu dimasukkan ke dalam mulut.Bila Mia gigit sahaja nenas itu terus dia meluah kasar.

"PUIH!!NAKHARAM TAK SEDAP!!WERK!!"Terus Mia mencapai sebotol besar Coca-Cola dan membuka menutup botol tersebut.

Tak sempat dia hendak meneguk minuman itu,terus loyanya mula datang.Mia meletakkan botol itu dengan kasar sebelum berlari kecil ke bilik air dan mula muntah.Bau menyengat dari botol Coca-Cola itu membuat Mia ingin muntah.

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now