Papan putih di bahagian hadapan dipenuhi dengan contengan marker dan peta-peta yang ditampal untuk membantu sesi perbincangan.

   Adam yang berada di kepala meja mendengar dengan teliti setiap ucapan daripada orang bawahannya. Sesekali soalan diutarakan lalu dijawab dengan pantas oleh mereka yang ada di dalam bilik tersebut.

   "So, do you agree, sir?" Tanya seorang lelaki yang berada di sisi kanan meja besar tersebut.

   Adam senyap seketika untuk berfikir. Pen di tangan diputar-putar sebelum diletakkan di atas meja. Badan yang bersandar malas pada kerusi ditegakkan. Kedua-dua tangan dicantumkan bersama.

   "So the plan is to send one of the female agents to their place...." Kepala Adam angkat memandang lelaki yang mengutarakan cadangan tadi.

   "....and disguise as one of the prostitutes?"

   "Yes, sir."

   Bibir bawah digigit lembut. Pandangan diliarkan ke seluruh bilik tersebut, melihat ejen-ejen yang masih setia mendengar kata putus daripadanya.

   "How?" Tanya Adam.

   "Menurut laporan, kumpulan King sentiasa mencari mangsa di perkampungan yang terasing dan daif. Scam. Offer kerja, just like how the other scammers did. Tapi yang lainnya, mereka betul-betul bagi kerja like maid or babysitter. Tujuannya supaya family mangsa betul-betul yakin bahawa mangsa sedang bekerja," terang lelaki tadi.

   "After a few weeks or months, barulah mereka akan menjual mangsa ke any human trafficking trade. Kalau yang muda dan ada rupa, akan dihantar ke pusat-pusat pelacuran. Masa ni, kalau family mangsa dah sedar sekalipun, any report kepada pihak berkuasa dah tak ada guna."

   "Kenapa?" Tanya Daniel mencelah penerangan tersebut.

   "Sir Daniel, dalam masa yang lama macam tu, they can do many things. Those victims were sent to any working places but mereka akan sign kontrak khas. Kontrak itu akan state mangsa akan bekerja untuk berapa lama dan untuk siapa. Dan tempoh kontrak tu biasanya sangat pendek berbanding kontrak agensi biasa. Habis kontrak, baru kumpulan King akan buat kerja kotor mereka. Antara dijual atau dilacurkan. Duit yang mereka dapat hasil bekerja pula dirampas. Most of the salaries were given to them la, bukan kepada mangsa. Sebab mangsa tak sign kontrak dengan majikan mereka, tapi ahli kumpulan King yang menguruskan mereka. That's why mereka tak tahu pun berapa sebenarnya gaji asal mereka. Mereka orang susah, jadi sedikit wang pun dah rasa banyak."

   "Dan untuk jawapan kepada soalan Sir Daniel tadi, kenapa report kepada pihak polis dah tidak ada guna? Sebab in the meantime mangsa sedang dalam kontrak bekerja, kumpulan King sedang bersiap sedia untuk move to another place. Agensi palsu untuk pengambilan kerja juga akan ditukar segala data. Harini agensi maid, bulan depan jadi agensi pengawal keselamatan. Mereka juga akan menukar sijil kelulusan agensi supaya tidak disyaki. Jadi, pihak berkuasa dan keluarga mangsa dah tak boleh trace kumpulan mereka. Even majikan mangsa sekalipun kerana kontrak yang mereka sign bersama adalah dengan agensi yang telah ditukar namanya," terang lelaki itu panjang lebar.

   Kesemua ejen yang berada di dalam bilik itu mengangguk-angguk.

   "But..."

   Suara Adam menyebabkan fokus mereka semua bertumpu kepadanya yang berada di hujung meja.

   "Pihak berkuasa tak trace daripada sijil mereka ke? Mereka gunakan sijil palsu atau tidak? And kalau sijil yang asli, why don't they check through the list of agencies yang pohon kelulusan kerajaan?"

WILDAN ✓Where stories live. Discover now