Lewis hanya mendiamkan diri. Memang benar pun apa yang Diana cakapkan itu.

     "JAWAB LA."

     "Salah satu witch yang jaga document tu kena bunuh. After that, kitaorang dapat call from someone dan dia cakap dia kat Asrama Royal of Alfa Kingdom. Sebab tu kitaorang kelam-kabut datang sini. Kau tau kan betapa pentingnya witch yang jaga document tu." Lewis menerangkan apa yang terjadi sebenarnya.

      Document yang dimaksudkan oleh Lewis tadi itu ialah Document negara. Tapi yang istimewa yang document ni ia diletakkan di bilik bawah tanah dan tak pernah dikeluarkan. Pastu macam mana orang tu tulis benda-benda yang terjadi kat Alfa kingdom kalau tak dikeluarkan daripada bilik bawah tanah.

     Jawapannya ialah witch. Terdapat lima witch yang dipertanggungjawabkan menjaga document tu dari jauh dan juga menulis. Mereka ada kuasa sakti yang mampu menulis dari jauh. Mereka adalah witch yang dipercayai. Oleh sebab itu, document itu selamat.

     Tapi salah satu antara mereka telah mati dibunuh. Itu bukan satu petanda yang baik.

     Document tu jugak la, document yang Diana dan Leona nak ambil hari tu tapi tak jumpa. Nak ke tak nak, Diana kena bersedia dengan apa sahaja yang mungkin akan berlaku.

     "Apa maksud kau dia mati dibunuh? Mati dalam keadaan macam mana?" Leona menyoalkan soalan yang berlari-lari di dalam kepalanya.

     "Mati dibakar hidup-hidup." Balas Lewis.

     Diana mengeluh penat dengan satu-satu masalah timbul.

     "Okay, nanti hujung minggu ni aku balik. Kita bincang kat sana nanti. Jangan buat apa-apa lagi faham?" Diana tahu tidak dibenarkan balik tapi nanti pandai-pandai la dia cari asalan.

     "Faham. Okay then, I'll wait." Balas Lewis.

     Baru sahaja Diana ingin bergerak, dia teringat something. "Aaron." Aaron mengangkat kepalanya. "Aku nak kau ikut sekali aku." Nampak sangat yang itu ialah arahan, kena la ikut.

     "Baik." Itu sahaja ayat yang mampu Aaron keluarkan.

     Barulah Diana dan Leona berjalan menuju bilik mereka. Lewis pun sudah bergerak ingin balik ke istana. Aaron pun masih tercegat kat tempat dia berdiri lagi.

     Semua murid duduk di dalam bilik masing-masing. Kan betul apa yang Diana cakap, murid-murid tu takut. Tapi tak apa lah, lantakkan dulu benda tu.

______________________________________

     Takut-takut sekalipun keesokkan harinya tetap kena pergi sekolah jugak. Ada jugak murid yang macam tak tentu pasal, jerit-jerit la nak balik. Sakit kepala Diana dibuatnya.
Leona menolak pintu kelas mereka dan memasuki kelas mereka dituruti dengan Diana. Murid dalam kelas itu diam sahaja hari ni.

      "Hai Eryna, hai Leona.!" Macam biasa Adrian akan ber'hi' 'hi' dengan Diana dulu. Bestfriend la katakan padahal Diana nak gunakan dia je. Bodoh betul.

     "Hai Adrian." Balas Diana.

     "Good morning class." Cikgu Natalie memasuki bilik dengan senyuman. Manis je. "How are you?"

     "Good." Balas classmate Diana tapi Diana je yang diam. Malas la nak cakap benda yang sama jugak yang keluar.

     "Okay class, hari ni ini cikgu nak bagi korang kerja secara berkumpulan. Satu kumpulan boleh ada 3 hingga 4 orang sahaja." Semua murid kelam-kabut mencari ahli kumpulan. Meanwhile Diana:

     "Aaron, kau group dengan aku dan Leona." Diana memberi arahan. Bukan pilihan eeeh tapi arahan. Sejak semalam mood Diana, marah je.

     "Okay."

     "Amazing." Diana senyum kepada Aaron. Diana pun tak tahu kenapa dia senyum mungkin sebab Aaron nampak comel bila bercakap dengam dia. Hati Diana tercuit dengan kecomelan Aaron.

     Aaron pun membalas senyuman Diana.

     Adrian memerhati Diana yang sedang tersenyum kepada Aaron. Dia rasa cemburu. Dia punya la susah nak buatkan Diana tersenyum tapi Aaron kenal beberapa hari je dah boleh buatkan Diana tersenyum.

     "Woi, kau tengok apa?" Malique menegur Adrian yang dari tadi memerhati Diana.

     "Tak tengok apa apa pun." Balas Adrian.

     "Ye ye je kau, kau tengok Diana dengan Aaron tu kan. Kau tak boleh nak tipu aku la wey." Adrian tidak mengangguk tidak juga menggeleng. Diam sahaja.

     "Okay, class. So semua dah ada kumpulan kan?"

     "Ada."

     "So topic kita untuk projek perkumpulan kali ni ialah........"

     "Apa benda cikgu?!" Malique dah tak sabar dah nak tau topic projek sekumpulan.

     "Princess Diana." Diana terus mengangkat kepala yang dari tadi sibuk bermain dengan telefon pintarnya.

     "Ala kenapa Princess Diana, cikgu?" Juli mengatakan tidak kepuasan hatinya.

     "Kenapa tak nak Princess Diana?" Cikgu Natalie tidak memahami.

     "Princess Diana tu berlagak. Tak pernah tengok rakyat dia sendiri. Duduk dalam istana je. Tahu la istana dia tu 10 kali ganda lagi besar dari sekolah ni tapi takkan la dia langsung tak nak keluar dari istana."

     Not gonna lie, Diana memang terasa apa yang Juli cakap tu. Apa yang Juli cakap tu memang betul. Diana pun tak tahu kenapa dia terkurung dalam istana.

    "Mungkin dia ada sebab? Juli kita bersangka baik je la. Kita tak duduk kat tempat beliau. Princess Diana banyak berjasa kepada kingdom." Cikgu Natalie memang orang yang berfikiran positif.

     "Yelah, yelah. Apa-apa pun Princess Diana tu memang berlagak, tak nak bergaul dengan rakyat dia sendiri. Kalau tak nak bergaul sekalipun, tunjuk la rupa dia. Ini tak, rupa pun tak tahu. Entah entah, Princess Diana tu hodoh." Juli menrollkan mata. Betul-betul ye, Juli membencikan Diana.

     "Suka hati kamu la nak cakap apa Juli. Cikgu pun dah tak tahu nak cakap apa."

     Diana tidak menidakkan apa yang Juli cakap, yelah dah betul. Bila Juli cakap Diana berlagak, memang betul. Dulu-dulu Diana rasa dia lagi tinggi darjat daripada rakyat-rakyat dia. Buat apa nak bergaul dengan orang tak sama darjat.

     Diana tidak terasa dengan apa yang Juli cakap. Cuma kadang-kadang Diana sendiri pun tak tahu kenapa dia dikurungkan dalan istana.

     Leona memandang Diana yang berada di sebelahnya. Selama ini Leona berfikir semua rakyat suka terhadap Diana sebab tak ada sesiapa pun complain pasal Diana. Rupa-rupanya, apa yang Leona berfikir selama ini bukanlah apa yamg terjadi selama ini.


______________________________________

      Dear readers, don't forget to vote, comment and share. Recently, tak ramai yang baca buku saya tapi tak apa saya akan cuba sedaya upaya untuk buat buku yang terbaik.

Love from,
D.R

Princess of Alfa KingdomHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin