08

41 21 11
                                    

Kim tersenyum sumbing. Acap kali dia ulang bicaranya. Seakan-akan tidak jemu atau barangkali sedang mengingatkan dirinya sendiri. Zuriatnya bakal lahir kelak.

Aku masih bingung. Kim sekadar mahu bermain-main denganku atau aku benar-benar sedang mengandung? Semakin difikirkan, makin kusut kepala aku. Sedang pemikiranku menerawang, lenganku ditarik oleh Kim.

Tak semena aku bingkas bangkit. Aku ekori langkah Kim yang berlari anak persis anak kecil.

Tubuhku diheret ke laman. Kalau tidak silap, sudah masuk seminggu aku tidak menginjak kaki keluar dari kediaman ini. Entah apa yang merasuk Kim sehingga dia berlembut hati membenarkan aku melihat dunia luar.

Kim menguak pintu kereta. Matanya menjeling aku meminta aku supaya lekas masuk.

Aku akur permintaan itu. Lantas aku segera mengambil tempat duduk di sebelah kerusi pemandu. Ini kali pertama aku akan melihat Kim memandu kereta. Reti kah dia?

Sehinggalah aku dengar kereta itu berderum kuat sebelum meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Rupanya selama ini aku memandang lelaki ini sebelah mata. Tidak menyangka pula kebolehannya setanding seorang manusia.

"Kim, kau nak bawa aku ke mana?" Soal aku. Kim mengerling aku sekilas.

Tiada respons yang aku perolehi. Sekadar jarum kelajuan yang kian bertambah menjamu penglihatanku. Sesekali aku lihat bibir Kim tersenyum menyinis.

"Tak perlu risau. Aku takkan apa apakan kau."

TBC

[✓] THE KIM - VOnde histórias criam vida. Descubra agora