"Baiklah , semua boleh bawa barang kamu ke khemah yang telah disediakan , satu khemah 4 orang sahaja"kata cikgu

"Baik cikgu!"balas semua murid

Nell mengambil kesemua beg yang di bawanya lalu bergerak ke khemah

Lagi sekali dirinya di langgar Oleh seseorang

"Haih, asyik terlanggar je , sorry"kata athirah

"Apa masalah kau sebenarnya ni?"soal nell hilang sabar apabila asyik di langgar

Dia tahu athirah sengaja melanggar dirinya

"Wow , safura kita makin garang la, sorry la , i tahu la you marah sebab you TERMASUK LONGKANG DULU"kata athirah

Pelajar lain hanya memerhati

'Menyirap betul aku dengan minah kepit ni 'desis nell

Nell menjeling athirah malas , mentang mentang anak orang kaya

Athirah tersenyum menang

Tiba tiba badan athirah di tolak kasar

"Aduh"ujar athirah sakit

"Omg, sorry aku tak nampak lah"ujar daeng acah acah sotong

"You ni kenapa daeng "kata athirah tidak puas hati

Daeng hanya buat muka tidak bersalah

"Jimmy tolong lah"kata athirah

Jimmy memandang athirah lalu meneruskan perjalanan

Emir dan yang lain sudah mengertawakan athirah yang tercengang

"Weh aku tidur hujung eh"kata dino

"Aku pun"kata meyra

Nell dan rara hanya mengangguk  lalu meletakkan barang mereka di tepi khemah

"Jom tandas"kata dino lalu menarik nell

Nell hanya merelakan tubuhnya di tarik oleh dino

"Kau tak masuk?"soalan dino dibalas dengan gelengan dia menunggu di tempat duduk luar sambil bermain telefon barunya itu

Aku dpt fon baru kau hado?

"Weh ye ke athirah tu couple dengan jimmy, aku tengok tadi jimmy tak layan pun dia"kata gadis pertama

"Mungkin diorang bergaduh"balas gadis kedua

"Aku dah cakap kan diorang tak ada apa apa, korang je pergi percaya diorang tu bercinta"kata gadis bernama aywaa

Nell hanya memasang telinga

"Mana kau tahu?, Athirah sendiri yang mengaku kan"kata gadis pertama

Aywaa hanya mengangkat bahu lalu memandang ke arah nell

"Hai kak nell cantiksss"ujar aywaa

Nell membalas dengan senyuman

Aywaa ni dah jadi rapat dengan nell, hari hari dia mesej nell , katanya nell sangat baik

"Kak nell jom tangkap gambar sama sama"ujar aywaa

Nell mengangkat kening

"Jom la kak nell"ujar aywaa lalu mengeluarkan phonenya

"Wah aywaa, rapat nampak, tak takut bau longkang ke"kata athirah yang tiba tiba muncul

Tak apa masalah perempuan ni sebenarnya?

"Bau longkang?, Kak nell wangi je , silap silap lelaki pun tergoda dengan bau kak nell ni, lain lah kau tu athirah, bau kepam"kata aywaa

Pelajar lain yang mendengar sudah menahan tawa

Tetapi tidak bagi nell, terletus tawa yang di tahannya itu

"Uish comelnya kak nell gelak"kata aywaa

"Kau gelak apa perempuan"ujar athirah

Nell memandang telefonnya semula, tawanya semakin perlahan

Lama pulak dino ni, berak batu ke

"Eh perempuan aku cakap dengan kau ni"athirah merampas telefon di tangan nell

Senyuman hilang dari mulut nell

"Woo relax relax , apa ni"kata daeng

"Adula semak kau ni"kata nafis lalu mengambil iphone dari tangan athirah

Iphone itu di beri kepada nell semula

"Ni ha, athirah ni datang pastu kutuk kak nell, dia tak tahu dia tu bau kepam"kata aywaa

"Hahahahhahh boleh tahan jugak eh aywaa ni"kata kasyaf sambil mengunyah gula gula getah di dalam mulut

Nell memusingkan badannya lalu dia melihat kelibat yang di carinya

Rady.

Dia melangkah ke arah rady, sini kau jantan, lepaskau tuduh aku macam macam , kau hilang macam tu je kan

Langkah di atur ke atah rady yang semakin menjauh

"Kak"nafis menarik lengan kakaknya itu

"Eishh kan nafis dah cakap jangan buat perangai"kata nafis

Nell menarik lengannya semula,rimas betul budak ni

"Tolong la , kalau akak marah dengan nafis, nafis minta maaf okay, kakak dah tak sayang nafis ke"kata nafis

Nell memandang raut wajah adik nya itu

Cis

Hatinya masih sakit dengan adiknya itu

Kelibat rady sudah hilang dari pandangannya , melepas.

"Nell sampai hati kau tinggal aku"kata dino

"Ya Allah , sorry aku lupa kau"kata nell

"Ish tanak kawan kau"kata dino

"Lah dino, sorry la woi"ujar nell lalu mengejar langkah dino

Tanpa disedari seseorang memandang ke arah mereka

'tunggu kau, kah gelakkan aku kan'

"Ehem jimmy mata pandang siapa tu"ujar emir

Jimmy menjeling kepada emir yang sedang memerlinya itu

"Mata aku suka hati la"katanya lalu beredar

"Hek eleh , aywaa tengok la abang aywaa tu, kerek betul"kata emir

"Report nanti baru tahu"kata aywaa lalu masuk ke dalam tandas





Athirah dah mula tunjuk belang laaa guys!!




Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now