B2~Gila!

68 3 0
                                    

Vromm vromm!
Sebuah motosikal laju melintas dihadapan muka Eya ..

"Woi buta ke?!"
Jerit Eya dengan muka bengis mahu taknya Eya mengamuk habis basah baju nya ...
Itu okay lagi
Sekali dengan file projek habis basah...

"Eee dasar org gila .. dh la nk langgar aku nasib sempat elak , bukan reti nak minta maaf"

"Kenapa malang sangat nasib aku harini terjumpa dgn org yang ada otak tak reti guna"

Eya merungut sambil membelek bajunya yang basah kuyup.

"Kalau aku jumpa org tu , nak je aku tanya dia , 'awak, awak pekak ke bisu?' ish geramnya!!!"

"Sokayh Eya positif ok positif"

-----------------------------------------
Bang!

"Assalamualaikum.."

"Waalaikummmm..."

" Ehh Eya kenapa dengan awak nih?"

"Habis basah lencuh"

"Awak tak bawa payung ke?"

"Ke awak memang teringin nak mandi hujan?"

"Awak ni nanti demam siapa susah?"

Soal Fiena bertalu-talu sambil mendekati teman sebiliknya.

"Awak sabar la , bagi la saya tukar baju dulu."

"Awak nih kalau boleh tanya 100 soalan tak cukup."

"HAHAHA"

Gelak Eya sambil meletakkan barangnya di atas meja

Memang selalu begitu

Walaupun Fiena kalah mak- mak tiri dialah yg paling memahami Eya..

___________________________________________

Selesai mandi , Eya membelek kembali kertas kerjanya yang sudah lunyai.

"Hmmm nasib baiklah aku ada soft copy, kalau tak, memang aku cari mamat tu sampai ke lubang kubur."

Eya mengeluh....

"Oii makcik!"

"Ye, toknek!"

Lalu mereka berdua membuat jelingan maut sesama sendiri.

"Ish! Apa awak ni Eya, saya ni muda lagi tau, boyfriend pun takde..."

Tiba-tiba tanpa sebab Fiena meluahkan kata-kata yang membuatkan Eya mahu menumbuk Fiena agar sedar dan kembali ke dunia nyata.

"Tak habis-habis dengan lelaki awak ni, nanti kahwin dengan pakcik -pakcik baru awak tahu,"

Eya membalas

"Oklah tu DaddySyurga! Awxhhh! I like I like!"

Fiena teruja sampai menepuk-nepuk bahu Eya

"Banyakla DaddySyurga, daddy syurga dunia adalah, akhirat belum tentu lagi tau."

Kalau tak savage bukan Eya la namanya

"Eh bukan - bukan , DaddySyurga la sebab nanti kan dah halal toiyibban."

Eya tersengih mendengar jawapan sahabatnya itu .

Betul- betul bertekad budak ni.

"Eh wait, saya nak tanya awak ni..."

"Tanyalah cepat, saya nak buat kerja ni."

"Sabarla saya lupa."

"Ish ish banyak makan semut awak ni."

"Yela, semut tu makan makanan saya , saya makan la dia balik, sedap!"

"Ish awak ni merapu la, sanala saya nak siapkan kerja saya yang dah lunyai macam belacan ni."

Eya meninggikan suara

"Haa dah ingat saya nak tanya apa yang dah jadi sebenarnya?"

Fiena menunggu dengan hati yang sudah tidak sabar.

Eya bangun dari meja belajarnya lalu duduk di atas sofa bersebelahan dengan Fiena. Lalu mengeluh panjang.

"Ish cepatla cerita!"

Fiena yang sudah tidak sabar itu , kalau ikutkan hati mahu sahaja dia mengoncangkan badan kawannya itu supaya bercakap.

"Ceritanya begini, saya berjalan jalan lalu berjalanlah saya menggynakan kaki maka dengan izin Tuhan saya dapat melangkah dan mengangkat kaki saya untuk pulang...."

Eya pun melihat wajah Fiena seperti singa yang tidak makan selama setahun lalu menampar paha Fiena agar dia bertenang.

"Awak ingat lawak ke Eya!"

"Okok relax bro , chill , the true story is baba saya suruh kahwin tu problem pertama then tadi waktu saya nak balik bilik , ada moto langgar saya ..."

"Shhhh.... Saya tahu awak nak tanya soalan lain tapi sila tangguhkan ye"

Eya memberi amaran kepada Fiena

"Tapi saya sempat elak cuma terpericik air hujan tu yang basah tu .. tamat."

"Siapa yang langgar awak tu? Man or women? Kalau laki , hensem tak?"

Eya menepuk dahinya dengan kuat sehingga kepalanya terhantuk ke dinding.

"Aduh sakitnya!"

"Soalan awak ni the real KBAT in life la."

"Mana la saya tahu sebab dia langgar astu dia cauu."

"Tapi rasanya laki kot plus tak dilupakan orang tu mesti OKU."

Kata Eya dengan perasaan marah.

"Kenapa OKU?"

Soal Fiena

"Yela dah tak reti minta maaf agaknya bisu la kot."

"Sudahlah malas nak fikir pasal orang yang macam tu takde adab!"

Eya kembali ke meja belajarnya dan menyambung kerjanya yang tergendala akibat melayan karenah Fiena.

"Tak baik awak cakap macamtu mana tahu tu jodoh awak ke?"

Fiena mengusik

"Sudahlah tutup buku."

Kata Eya sambil membaling patung ke arah Fiena.






Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: Sep 23, 2022 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

Mafia Itu Imamku! Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ