Bab 2

135 1 1
                                    

   Waktu subuh sudah memanggil-manggil Hafiz untuk bangun. Sungguhpun begitu, dia tetap juga susah untuk mencelik mata sehinggalah dia terhidu suatu bau yang kurang menyenangkan. 

     "Eeee! Bau apa yang masam ni? Setahu aku, aku takde air liur basi pun!", katanya bersendirian. Cakap sahaja tentang basi, baharu dia teringat akan sesuatu. Dengan tidak semenanya, dia terus meluru ke dapur.

     "Aaaaaaaaah! Apa ni??"

    Nasi yang dimakannya pada waktu semalam sudah basi dan telah dikerumuni oleh 2 ekor tikus. Dia pun apa lagi, terus mengambil penyapu dapur dan menghalau tikus-tikus itu. Maka lesaplah tikus-tikus itu. Nasib baik kau sudah berambus, cik Ti (panggilan buat si tikus yang biasanya Hafiz sebut). 

     "Fuh!", dia menarik nafas lega apabila makhluk yang menggelikan itu sudah pergi.

   Sejurus daripada itu, dia terus membasuh pinggan mangkuk dan cawan-cawan yang telah dibiarkannya semalaman. Habis saja membasuhnya, dia melihat jam dinding. 

     "Alamak! Tinggal 20 minit saja lagi Subuh dah nak habis!". Dia pun apa lagi. Dia pun terus memecut ke tandas, gosok gigi dan mengambil wuduk. Selepas itu, dia menunaikan solat Subuh dengan tenang.

   Setelah siap berpakaian kerja, Hafiz menggoreng telur mata kerbau. Diletakkannya ke dalam lunch box dengan rapi bersama dua kepingan roti yang dilipat dua serta sedikit sos cili. Ditutupnya lunch box itu dengan rapat, lalu menyimpannya ke dalam beg. Selepas itu, dia menghidupkan enjin kereta. 

     "Vrum! Bup,bup,bup!"

    "Eh, bunyi apa pulak tu?". Dia memeriksa keretanya semula untuk melihat jika terdapat apa-apa masalah. 

     "Alahai patutlah!" Dia lupa untuk menutup bonet keretanya. Dengan segeranya dia menutup bonet tersebut. "Bam!"

     Sampai sahaja di tempat kerja...

     Semua staff di tempat kerjanya bertepuk tangan. Aik? Apa yang mereka gembirakan sangat? Naik gaji ke?

     "Woohoo!" Hafiz berjalan dengan gembira lalu menuju melihat keriuhan di sana. Dia menggaru kepala. Pelik! tiada bos di sana untuk memberitahu mengenai kenaikan gaji ke apa. Habis tu, mereka gembira untuk apa? 

     "Wah, Hafiz! Dah sampai pun kau! Meh sini kejap.", sapa Luqman kepada Hafiz, lalu ditariknya lengan Hafiz. 

     "Hah, nak perkenalkan sikit. Yang ini budak baru. Nama dia Shafiqah. Dia ni dah berpengalaman dalam pembuatan sabun dan dapat tawaran yang banyak daripada syarikat lain untuk berkerja. Yang untungnya, dia memilih syarikat kita! Dengan adanya dia, nama syarikat kita mungkin akan melonjak naik. Seronoknya!", Luqman melompat-lompat tanda teruja.

     "Ok,  kenapa pun? Ada kena mengena dengan aku ke?", balas Hafiz penuh kehairanan. Luqman mengetuk kepala Hafiz tanda geram. "Apa ke lambat kau nak faham ni! Maknanya, kalau produk sabun kita banyak di pasaram dan ramai orang yang beli, maknanya gaji kita akan naik le! Lagi satu, budak purdah ni akan satu group dengan korang. So, korang mesti buat dengan betul. Kami mengharpkan kamu semua tau! Kau dengan dia bagus dalam bab pemasaran ni." Dia menepuk bahu Hafiz menandakan bahawa dia yakin rakannya boleh buat. Kata-kata yang bermain dalam fikiran Hafiz,

"Hmmm, boleh berjaya ke aku ni nanti? First time aku kerja dengan orang berpudah ni. Haih!"

Seindah Purdah Ku LihatWhere stories live. Discover now