Z U F R A N 4

7.9K 384 8
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


Melyssa dalam keadaan gelabah sampai dia tak perasan dirinya sekarang sedang berlari arah yang bertentangan dari tempat dia meletakkan kereta.

Sempat juga dia mencabut kasut tumit tinggi yang dia pakai bagi memudahkan dirinya untuk berlari dengan lebih pantas.

"tolong! tolong" jerit Melyssa sekuat hati,

dia dah tak kisah keadaan kakinya yang sakit memijak jalan tar yang panas.

Janji dirinya terlepas dari lelaki lelaki yang sedang mengejarnya.

Hampa Melyssa bila tiada siapa pon yang berada di luar rumah sekarang,

lagi lagi waktu panas macam ni memang orang duduk dalam rumah je berehat.

Sempat lagi dia mengutuk dalam hati, time time darurat ni tak ada siapa pula yang ada dekat luar.

Geram pula Melyssa tapi dia lebih kepada menyalahkan dirinya sendiri yang terburu buru membuat keputusan.

Tengok sekarang dia sedang dikejar oleh lelaki lelaki gatal, perasaanya ketika ini rasa bercampur baur tapi lebih kepada nak menangis kalau apa apa jadi pada dia, dia sendiri takkan dapat maafkan dirinya sendiri.

Dia menoleh ke belakang mana tahu lelaki tu semua tak dapat kejar dia lagi,

rupanya mereka masih lagi ada di belakang.

Melyssa tambahkan kelajuan lariannya,

dalam hati dia bersyukur kerana tak sia sia dia masuk acara larian 200 meter tiap tiap tahun dulu di sekolah dan menjadi johan 5 tahun berturut turu,

dia tak rasa terlalu penat sekarang kerana dah terbiasa dahulu dengan acara sukan larian.

Lariannya masih dalam keadaan konsisten, sampai lah Melyssa melihat sebuah kandang kambing.

Tanpa berfikir panjang dia terus membelok masuk ke dalam,

tak fikir pon pasal bau atau geli janji dirinya selamat, mesti ada orang dalam kandang kambing ni.

Sebaik sahaja masuk terus dia menjerit meminta tolong "tolong!" jeritnya sekuat hati.

Haris, Nubhan dan Badrul yang kebetulan sedang berbual di pangkin, terperanjat bila ada orang menjerit dan suaranya datang dari arah pintu masuk.

Mereka nampak seorang wanita berlari ke arah mereka dalam keadaan ketakutan

"tolong saya...tolong saya ada orang kejar saya" termengah mengah Melyssa berkata

"sabar cik bawa bertenang, siapa yang kejar cik" belum sempat Melyssa menjawab pertanyaan Haris,

beberapa orang lelaki masuk ke dalam kandang kambing.

Melyssa apa lagi terus dia menyorok di belakang tiga orang lelaki tadi dalam ketakutan "diaorang la yang kejar saya" tunjuk Melyssa

"ni bukan budak budak kutu rayau dalam kampung ke Ris?" tanya Nubhan

Haris menjawab dengan anggukan

"bagi kitoarang perempuan belakang kau tu" kata seorang lelaki.

mukanya agak ganas tambah tambah lagi ada parut di dahinya.

Melyssa erat memegang belakang baju Haris dalam ketakutan

"kau ingat kitaorang ni bodoh ke nak bagi je macam tu" jawab Nubhan

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now