Yoora duduk di sebuah kerusi di rumah Taehyung sambil menunggu Taehyung selesai membuat air untuknya. Matanya tidak boleh berhenti memandang seluruh kawasan tersebut.
“Minumlah” kata Taehyung setelah meletakkan dua cawan teh di hadapan Yoora. Yoora menundukkan kepala dan terus meneguk sedikit teh tersebut.
“Sedap! Teh apa ni?” tanya Yoora. Air teh yang diberikan oleh Taehyung kepadanya sangat manis dan menarik lidahnya.
“Teh moyang dulu-dulu.” cerita Taehyung. Yoora mengangguk tanda faham.
“Hurmm, kenapa awak bawa saya datang sini? Dan... Tempat apa ni?” Yoora akhirnya meluahkan perasaan ingin tahunya.
Taehyung duduk di sebelah Yoora. “Saja nak tunjuk,sebab aku tahu... Kau tahu sesuatu kan?” tanya Taehyung. Yoora dapat mengagak apa yang ingin disampaikan oleh Taehyung kepadanya.
Yoora terdiam sejenak. “Aku mengaku, aku vampire. Tapi, separuh je la” Taehyung memulakan ceritanya. “Apa maksud awak separuh?” Yoora tidak berapa faham dengan apa yang dikatakan Taehyung.
“Siang manusia, malam Vampire” jawab Taehyung ringkas. Yoora mula memahami sedikit.
“Kalau kau nak tahu, aku sebenarnya dah berumur 1000 tahun tau” Taehyung bercerita.
Hampir tersedak air teh yang diminum oleh Yoora pada masa itu sebaik terdengar Taehyung menyatakan yang dia berumur 1000 tahun.
Siapalah yang akan percaya kalau mengikut logik manusia? (RIP LOGIK)
“Tak payah main-main lah” kata Yoora agak kelakar mendengar kata-kata Taehyung. Dia ketawa kecil.
“Siapa cakap aku main-main?” kata Taehyung serius. Yoora berhenti ketawa.
Taehyung kemudian menarik tangan Yoora masuk ke satu bilik kecil yang kelihatan seperti bilik stor.
Sebaik sahaja masuk di bilik tersebut, Taehyung kelihatan mencari-cari sesuatu didalam sebuah rak yang dipenuhi dengan buku-buku yang agak berhabuk.
Yoora pula hanya berdiri tegak di depan pintu memerhatikan perbuatan Taehyung yang sedang sibuk mencari sesuatu. Entah apa yang dicarinya, Yoora tidak tahu.
Tidak lama kemudian, Taehyung mengeluarkan sebuah kertas yang digulung dengan kemas. Kemudian, dia membuka kertas tersebut dan menunjukkan isi dalam kertas tersebut kepada Yoora.
Yoora cuba mendekati Taehyung untuk melihat isi dalam kertas tersebut lebih jelas. Didalam kertas tersebut terpamer sebuah gambar keluarga diraja.
Terdapat juga seorang lelaki yang kelihatan sebijik seperti Taehyung.
“Ni kau ke?” tanya Yoora sambil menunjukkan jarinya ke wajah seorang lelaki yang serupa dengan Taehyung didalam gambar tersebut.
Taehyung tersenyum. “Sekarang, kau percaya tak?” Taehyung bertanya lagi. Yoora dengan cepat mengangguk kepalanya cuba menjawab soalan Taehyung.
YOU ARE READING
🦋|| MR.VAMPIRE ||🦋
Vampire。☆✼★━━━━━━━━━━━━━━━━━━━★✼☆。 Mengisahkan tentang seorang lelaki yang disumpah menjadi Vampire atas sebab² tertentu. Namun, dia hidup seperti biasa dalam dunia manusia. Dikatakan bahawa, sumpahan tersebut akan hilang setelah dia berjaya meminum darah...
